SOKONGAN…….Abdul Rahman (empat dari kiri) menerima cendera kenangan disampaikan oleh masyarakat kaum Tionghua Kota Belud.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
AHLI PARLIMEN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk menjadikan daerah Kota Belud sebagai pusat agropolitan, membangunkan jelapang padi, memajukan industri pelancongan dan menjadikan daerah itu sebagai pusat sumber minyak dan gas terbaru di negeri ini bukan sahaja mampu mengangkat daerah itu setanding dengan daerah lain yang terdahulu telah maju.
Malah jelas Abdul Rahman, limpahan perancangan pembangunan kerajaan Barisan Nasional itu secara langsung juga berupaya meningkatkan taraf ekonomi pelbagai suku bangsa penduduk yang tinggal di daerah Kota Belud.
Menurutnya, daerah Kota Belud dan penduduk di daerah tersebut akan mengalami perubahan dari segi peningkatan taraf ekonomi bilamana rancangan kerajaan yang bertujuan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya menjadi kenyataan sepenuhnya.
“Dengan wujudnya nanti, agropolitan, jelapang padi, terbinanya beberapa buah hotel bertaraf lima bintang yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara melancong ke daerah ini, dan juga terlaksananya pusat sumber minyak dan gas terbaru di negeri ini saya yakin sudah pasti dapat membawa penduduk dan daerah ini keluar dari belenggu kemiskinan.”
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pesta Ang Pau sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah di adakan di Dewan OKK Datuk Annuar, dekat sini, baru-baru ini.
Pada majlis yang sama, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata salah satu perkara yang amat dikagumi dengan masyarakat kaum Tionghua di daerah Kota Belud ialah kemampuan kaum ini untuk bersama-sama dengan masyarakat pelbagai kaum yang lain di daerah ini.
Menurutnya masyarakat Tionghua di daerah ini mampu bergaul, bercakap dalam pelbagai bahasa yang ada di daerah ini, berinteraksi tanpa segan silu, tanpa ada perasaan syak wasangka diantara satu dengan yang lain.
Katanya, di tempat-tempat lain di negara ini, semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh masyarakat kaum Tionghua di dearah Kota Belud tidak begitu wujud di tempat-tempat yang lain.
“Saya berada di Kuala Lumpur lebih 22 tahun dan telah tinggal di merata tempat di bandar-bandar besar di negara ini, saya kira hari ini kita berbangga kerana masyarakat Tionghua di daerah ini boleh berbangga dan berdiri tinggi seterusnya menjadikan satu contoh yang terbaik dalam negara kita dalam erti kata ikatan perpaduan di antara masyarakat di daerah ini.” katanya lagi.
Abdul Rahman berkata tanpa pengorbanan dan jasa masyarakat kaum Tionghua, tanpa ada perasaan kasih sayang antara satu dengan yang lain, tanpa ada keinginan untuk menjadi keluarga yang lebih besar dengan bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam di negara ini, masyarakat Tionghua dan Kota Belud ini tidak akan mampu untuk bergerak ke hadapan.
“Inilah kelebihan kita, perpaduan yang harus kita pupuk dalam diri kita, dan saya selaku Ahli Parlimen Kota Belud sejak dari dahulu telah mengistiharkan bahawa saya adalah Ahli Parlimen bukan sahaja untuk orang bajau, orang dusun, orang ubian, orang iranun tetapi juga untuk masyarakat kaum Tionghua yang akan kita pertahankan,” tambahnya lagi.
Hope that this plan to upgrade Kota Belud into a Metropolitan district will go smoothly.
ReplyDeleteI'm impressed with the high level of unity among the people in Kota Belud, hope that this spirit will be continue until the end of time.
ReplyDeletenot only in Kota Belud but all over Sabah. proud to be Sabahan!
DeleteHopefully this transformation will become a reality for the betterment of the people.
ReplyDeleteKota Belud mmg berpotensi untuk dijadikan pusat agropolitan dan jelapang Padi, semoga rancangan ini berjaya.
ReplyDeletejika berjaya, pasti KB akan menjadi daerah yang sangat maju.
ReplyDeletefor district to develop, more investor need to set their factories and businesses.
ReplyDeleteWith good planning, development can be achieved by ensuring the profits are distributed fairly.
DeleteSemua penduduk KB harus bekerjasama dan mnenyokong program transformasi kerajaan supaya dapat memajukan KB.
ReplyDeletePenduduk KB dan kerajaan kena saling bekerjasama.
DeleteKota Belud memang berpotensi untuk dimajukan. semoga apa yang telah dirancangkan oleh kerajaan akan menjadi realiti.
ReplyDeleteTeruskan usaha menjadikan apa yang dirancang akan menjadi sesuatu kenyataan. Buktikan kepada penduduk bahawa BN merancang sesuatu demi kebaikan rakyat sendiri.
ReplyDeletemembangun ekonomi sesebuah kawasan sememangnya tanggungjawab kerajaan, namun dalam masa yang sama kerajaan juga bertanggungjawab menjaga kepentingan semua rakyat atau penduduk dikawasan yang hendak dibangunkan itu.. maknanya, pembangunan kerajaan perlu tidak bertentangan atau menjejaskan kepentingan rakyat..
ReplyDeletePerpaduan kaum di Kota Belud memang amat rapat sejak berkurun kurun. Mereka amat banggakan daerah Kota Belud. Bila mereka berada di luar daerah Kota Belud nampak benar lah seolah olah mereka bersaudara walaupun sebelumnya mereka tak mengenali antara satu dengan yang lain. Saya bangga menjadi warga Kota Belud
ReplyDeletesama jugalah ketika rakyat sabah berada diluar sabah.. seolah2 mereka bersaudara walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.. saya bangga jadi warga sabah..
Delete