Tuesday, 31 January 2012

MALAYSIA TIDAK AKAN BANKRAP



Oleh : MASSITA AHMAD

TAN SRI Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), berkata membuat kesimpulan bahawa Malaysia akan bankrap berdasarkan hakikat bahawa hutang kerajaan berbanding nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, adalah kenyataan yang mengelirukan.

"Jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengawal hutang yang semakin meningkat ini, memanglah perkara ini sesuatu yang serius, tetapi mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil langkah-langkah seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang untuk mengurangkan hutang, nisbah hutang berbanding KDNK serta defisit belanjawan," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas dakwaan oleh beberapa pihak bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang 2019, dan orang ramai tidak harus mengundi parti pemerintah sekarang dalam pilihan raya umum akan datang.

Dakwaan itu dibuat berikutan andaian berdasarkan pendedahan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini bahawa nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK semakin meningkat saban tahun.

Navaratnam berkata sudah difahami bahawa pinjaman perlu dibuat untuk meneruskan pelaburan kerajaan dalam sekolah, hospital, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan prasarana-prasarana utama lain.

"Diharapkan, hutang (yang ditanggung) yang telah dilaburkan untuk membiayai kemudahan-kemudahan prasarana ini akan menghasilkan pulangan pelaburan yang berdaya maju dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

"Apabila KDNK meningkat dan hutang berkurangan, nisbah hutang berbanding KDNK akan lebih baik," tegas beliau.

Dengan menjadikan seseorang yang diserang selesema sebagai analogi, Navaratnam berkata: "Jika seorang itu tidak mengendahkan selesema itu, tidak mengambil ubat, tidak mengambil langkah-langkah untuk melawan selesema itu dan tidak membina kekuatannya, penyakit itu mungkin melarat dan menjadi radang paru-paru.

"Sesiapapun yang rasional akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk sembuh daripada selesema itu dan mencegah penyakit lain. Inilah juga cara ekonomi bertindak," kata beliau.

Navaratnam menegaskan, ada kalanya ekonomi Malaysia mengalami tekanan yang hebat, khususnya sekarang, daripada kesan sampingan prestasi lemah ekonomi di AS, Eropah dan Jepun.

"Juga memang dijangkakan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan lebih lembap, dan dengan demikian kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang lebih tegas untuk memastikan kedudukan ekonomi yang kukuh dan mampan.

"Kita tidak perlu merasa cemas dengan dakwaan tentang negara menjadi bankrap, kerana ini tidak benar," tegas beliau.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Dr Dr Sundaram Annamalai, pada bulan Oktober tahun lepas telah berkata yang kerajaan komited untuk memastikan nisbah hutang berbanding KDNK berada di bawah 55 peratus menjelang 2020.

"Kita mahu pastikan yang ia tidak melebihi 55 peratus pada 2020," kata beliau pada majlis Dialog Pasca-Belanjawan 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia.

"Di bawah Model Ekonomi Baru, kita sepatutnya membawa ia hampir kepada keseimbangan, tepat menjelang 2020," kata beliau.

Nisbah hutang berbanding KDNK kerajaan persekutuan untuk 2011 dijangka sekitar 53.8 peratus dan 54.8 peratus tahun ini.

Menjawab pertanyaan yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada hari Ahad telah menolak dakwaan serupa yang menyatakan negara akan menjadi bangkrap menjelang akhir dekad ini, sambil menambah yang ia adalah permainan politik pihak pembangkang dalam usaha menakutkan orang ramai. Beliau berkata perbelanjaan domestik telah meningkat setiap tahun.

"Jika orang ramai mempunyai kebimbangan terhadap kerajaan, mereka tidak akan berbelanja. Tetapi, ia berlaku sebaliknya. Perbelanjaan domestik meningkat setiap tahun. Orang ramai tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara ini amat progresif," kata beliau.

Nor Mohamed berkata sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat telah menikmati taraf hidup yang lebih baik dan seseorang itu tidak seharusnya melayan dakwaan yang negara akan bankrap.

Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai strategi untuk meningkatkan tafa kehidupan rakyat dan ekonomi negara menerusi pelbagai program, dan yang terbaru, antaranya, ialah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.

15 comments:

  1. The government must make more efforts to ensure that bankruptcy will not happen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not only that, If worse comes to worst, a counter plan must be formulated as well

      Delete
  2. Hope that the country's economy will be improved more before the Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  3. Hopefully our nation will prosper throughout this year.

    ReplyDelete
  4. jika pengurusan kewangan teratur, pasti ekonomi Malaysia akan makin meningkat, jadi ia takkan bankrap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan kewangan negara amat penting.

      Delete
  5. tapi dilihat ekonomi negara kita makin stabil.

    ReplyDelete
  6. Hasil dalam bentuk peningkatan pelaburan asing dan domestik, peluang pekerjaan yang banyak, memperbaiki pendapatan nasional dan penarafan antarabangsa bagi kompetitif perniagaan.

    ReplyDelete
  7. At least 71 Entry Point Projects (EPPs) under 10 National Key Economic Areas (NKEAs) are expected to kick-start the implementation of the Economic Transformation Programme (ETP) in Sabah, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala.

    ETP would kick start Malaysia’s drive towards a high-income nation status with 131 EPPs and 60 business opportunities.

    It aims to almost triple the country’s Gross National Income (GNI) from RM660 billion in 2009 to close to RM1.7 trillion in 2020.

    ETP is forecast to create 3.3 million jobs, of which 63 per cent would in the middle-and high-income segment compared to the current 43 per cent.

    ReplyDelete
  8. Hopefully, there will be no bankruptcy. People get confused and scared when this matter has been widely speculated.

    ReplyDelete
  9. don't be another Greece.

    ReplyDelete
  10. kerajaan pasti akan mengambil langkah yang terbaik untuk menangani masalah hutang ini.

    ReplyDelete
  11. Betul..Itulah yang perlu dilakukan. Hutang jika diurus dengan betul dan berhati-hati pasti akan dapat diselesaikan sebaiknya. Apa yang penting kerajaan perlu mencari bagaimana cara untuk meningkatkan ekonomin dan pendapatan Negara bagi menampung semua ini.

    ReplyDelete
  12. begitu juga jika ada individu yang hendak memulakan perniagaannya.. sudah tentu beliau akan membuat pinjaman yang banyak.. selepas memulakan perniagaan, hasil bulanan beliau tidak semestinya lebih tinggi dari pinjaman yang telah dibuat..

    ReplyDelete
  13. malah ada beberapa buah negara maju yang mana hutang mereka melebihi 100% dari KDNK.. kenapa negara itu tidak bankrap?? pembangkang sebenarnya sengaja menimbulkan ketakutan dikalangan rakyat bagi membolehkan mereka merampas kerajaan selepas PRU nanti..

    ReplyDelete