Monday 23 January 2012

JADIKAN PULAU BUM BUM PANGKALAN TUDM



SEORANG peguam kelahiran Semporna, Datuk Ainal Fattah, mencadangkan supaya pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia turut dibina di Pulau Bum Bum.

Bercakap kepada New Sabah Times beliau berkata, dengan adanya pangkalan itu yang tidak jauh dari tanah besar Semporna ianya bukan saja akan dapat memperkukuhkan keselamatan di kawasan itu juga dapat mengembangkan ekonomi di kawasan itu.

Daerah itu terletak tidak jauh dari sempadan dengan beribu-ribu pulau kecil tidak jauh dari laut Sulawesi memerlukan kawalan keselamatan yang ketat.

Beliau berkata, cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum Bum dengan tanah besar akan membolehkan perubahan besar berlaku di daerah itu dari segi ekonomi kerana ianya mempunyai banyak daya tarikan marina seperti Sipadan.

Menteri Pembangunan Laur Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal awal bulan ini memberikan jaminan bahawa kerajaan akan memenuhi janji- janji membina jambatan itu, yang pada pendapat Ainal akan pengwujudan pangkalan udara akan dapat memantapkan lagi kekuatan keselamatan di pantai timur Sabah itu.

“Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk mewujudkan pangkalan tentera udara di pulau itu terutama sekali apabila ada jaminan projek jambatan itu akan dibina,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kaitan rapat antara keselamatan dan pembangunan ekonomi di negeri ini.

“Saya percaya inilah wawasan yang mungkin boleh dikongsi bersama terutama sekali oleh Ketua Menteri kita, Datuk Seri Musa Haji Aman yang terus bekerja keras untuk mentransformasikan ekonomi negeri seperti yang kita lihat hari ini. Saya amat gembira sekali di bawah hala tuju kerajaan sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan terus bekembang,” katanya.

Beliau berkata, untuk memastikan perkembangan dan kemakmuran di negeri ini, aspek keselamatan juga perlu diperkukuhkan.

Ainal, yang juga dilahirkan di pulau itu yang juga Ketua Cawangan Umno Bum Bum Utara, berpendapat kawasan itu amat strategik untuk pangkalan udara.

Beliau berakta, dengan pengawasan udara berterusan, pihak berkuasa boleh mengawasi pergerakan kapal yang datang dan pergi dari Semporna termasuk elemen jenayah yang melintasi sempadan.

“Rekod menunjukkan terdapat kejadian penculikan berlaku di sini dan kawasan sekelilingnya,” katanya, sambil merujuk beberapa kejadian penculikan membabitkan pelancong asing di resort-resort di beberapa pulau dan yang terbaru membabitkan dua rakyat Malaysia yang masih ditahan sejak diculik dari Pulau Sebangkat.

Beliau berkata, cadangan pangkalan udara itu juga sejajar dengan komitmen masyarakat antarabangsa untuk memerangi ancaman pengganas yang boleh menjadikan beribu-ribu pulau berhampiran Semporna dan sempadan sebagai tempat kegiatan dan operasi mereka.

“Dari itu adalah wajar untuk pangkalan udara diwujudkan di sini. Semporna adalah kawasan yang cantik dan mempunyai banyak potensi,” katanya.

“Ianya juga boleh dijadikan pintu masuk bagi elemen-elemen negatif. Saya masih ingat lagi kenyataan bekas pesuruhjaya polis negeri tentang cabaran yang dihadapi oleh pihak keselamatan memandangkan persisiran yang panjang dan cara terbaik untuk mengatasinya ialah mengawasinya dari udara,” tambahnya.

Mengenai sosio ekonomi, Ainal berkata, cadangan pembinaan jambatan dan pangkalan udara sudah pasti akan dapat meningkatkan kehidupan lebih 10,000 penduduknya.

Beliau melihat akan wujud lebih banyak peluang pekerjaan dari projek-projek itu dan pelaburan juga akan bertambah masuk.

Ainal percaya dengan adanya kemudahan itu, kegiatan soiso ekonomi akan terus berkembang dengan agensi dan jabatan kerajaan juga sudah pasti akan membuka pejabat mereka di pulau itu.

“Apa yang kita lihat di sini pengwujudkan pangkalan tentera udara adalah sebagai nilai tambah kepada projek pembinaan jambatan ini. Ianya bukan saja akan meningkatkan sosio ekonomi dan impak keselamatan kepada penduduk di Semporna.

2 comments:

  1. salam,

    idea pengkalan tentera udara memang sgt menarik. Namun saya kurang bersetuju kalau pembinaannya di pulau Bum-Bum. Saya yang berasal dari sebuah kampung nelayan di pulau tersebut tidak bersetuju atas cadangan tersebut:-
    1. bunyi bising jet-jet pejuang boleh mengganggu ecosistem dan eko-pelancongan yg sedang rancak sekarang dinikmati oleh penduduk Semporna;
    2. boleh menjadikan daerah Semporna menjadi daerah berisiko tinggi menjadi sasaran ketenteraan (military targets) pihak-pihak yg suke bertelingkah dgn Malaysia;
    3. ruang atau keluasan pulau tidak mencukupi untuk kegunaan TUDM. Ini boleh menyebabkan penduduk tempatan akan kehilangan tanah untuk meberi laluan kepada pembinaan landasan atau pengkalan TUDM;
    4. keaslian budaya hidup penduduk Bajau tempatan kemungkinan akan terganggu dgn kehadiran TUDM.

    Ada baiknya airport Semporna yg sudah lapuk itu dibangunkan untuk tujuan TUDM ini sekiranya benar-benar diperlukan. Ini kerana jet-jet pejuang hanya akan mengambilk masa beberpa saat saja untuk sampai ke destinasi sekalipun berpengkalan di airport ini mahupun airport lama Tawau.

    Kalau saya, elok kita salurkan peruntukan dgn baik dan bijaksana. Gunakan mana infrastruktur yg sedia ada dan boleh dibangunkan dgn berhemah. Jgn membazir...Salam.

    Umar.

    ReplyDelete
  2. salam,

    Kalau pembinaan jambatan pulau bum-bum saya sokong penuh. Ia boleh mempercepatkan pembangunan di sana. Tapi pihak pemimpin tempatan khasnya para pemimpin, ketua-ketua kampung atau JKK kenalah berhati-hati degnan kedatangan org-org yg akan menawarkan berbagai benda demi untuk mendapatkan tanah atau faedah untuk menapak di pulau tersebut. Jangan sampai tanah-tanah pusaka nenek moyang kita yg amat bernilai tergadai begitu sahaja.

    Suvai kita apandai, da'a kita nirupang....magsukul.

    Umar.

    ReplyDelete