Thursday 12 January 2012

JANGAN PERALATKAN RAKYAT



Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

PARA pemimpin UMNO/ Barisan Nasional di negeri ini diperingatkan untuk tidak memperalatkan kemaslahatan dan kesempitan rakyat sebagai medan meraih undi dan populariti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan menegaskan bahawa politik ugut mengugut dan “hanya UMNO yang bagi makan” perlu dihindarkan selagi mana keyakinan dan keesaan yang tinggi kepada Sang Pencipta.

“Rosak UMNO/ BN yang ada pada hari ini bukan disebabkan kepimpinannya yang lemah. Bukan juga faktor ketandusan kepimpinan yang baik. Tapi, rosak dan tandusnya UMNO/ BN disebabkan kejahilan dan khurafat yang tidak pernah padam dalam diri mereka,” ujarnya.

Katanya, kesempitan hidup yang dialami rakyat menjadi tugas utama UMNO/ BN bagi mengekalkan kuasa dan pemerintahan yang ada pada hari ini.

“Rakyat miskin, mereka tindas. Diberi macam-macam ugutan. Kononya tiada UMNO tiadalah tempat tinggal, tiada UMNO tiadalah makanan dan tiada UMNO tiadalah keselesaan. Ini fahaman khurafat yang UMNO/ BN Sabah berjangkit dengan semenanjung. Yang jadi mangsa, rakyat Sabah,” kata Julpikar.

Menurut beliau lagi, kedaifan dan kekurangan yang ada pada rakyat sebenarnya perlu ditingkatkan pengetahuan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpendidikan.

“UMNO sepatutnya bila sudah berkuasa, mampu untuk membawa keluar rakyat daripada kepompong kemiskinan dan kedaifan ini. Jangan tahu mengkritik negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Lihat dulu negeri yang dipimpin ini, sama ada betul atau tidak sudah menepati citarasa rakyat.

“Bagi pendidikan kepada anak-anak kampung, beri mereka sekolah dan pelajaran. Beri mereka penempatan yang bagus-bagus, punya kemudahan dan keperluan asas bukan suap mereka dengan ugutan dan kuasa,” tegas Julpikar.

Dalam perkembangan yang lain, Julpikar yang juga Ketua Penerangan PAS Sepanggar mempelawa para media dan wartawan untuk melihat sendiri hasil usaha dan kerja kuat UMNO Sepanggar yang dikatakan menjiwai kehidupan rakyat.

“Kita (PAS) jemput semua para media dan wartawan untuk menilai sendiri kerja kuat UMNO Sepanggar yang dikatakan sejak tahun 2009 ini.

“Sehingga ke hari ini, penduduk Kampung Numbak dan Kibagu masih tidak mempunyai jaringan perhubungan jalan raya yang baik,” jelasnya.

Kedua-dua kampung berkenaan hanya bersebelahan dengan mercu tanda dan kemegahan pasaraya 1Borneo dan gedung ilmu Universiti Malaysia Sabah.

10 comments:

  1. Hope that no parties will use the critical issues in the state as a political tool to gain voters support.

    ReplyDelete
  2. Jatuh bangun sebuah parti bergantung kepada cara pemimpinnya kendalikan parti.

    ReplyDelete
  3. pas harus mengingatkan diri sendiri juga, jangan hanya pandai mengkritik orang lain.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya semua parti fokus terhadap tanggungjawab mereka kepada rakyat.

    ReplyDelete
  5. semua parti pun kena serius dalam memprjuagkan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Rasanya yang perlu diberikan nasihat adalah parti pembangkang yang membuat pelbagai cerita dan sanggup membuat fitnah untuk meraih untuk dari penduduk.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong kerajaan BN dengan usaha gigih yang mereka buat untuk membantu rakyat. Apa pun kita harap pihak pembangkang supaya tidak terlalu ikut nafsu sehingga lupa akan perjuangan mereka sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. Betul tu, harap parti politik jangan mempermainkan isu-isu penting buat rakyat hanya disebabkan ingin mendapatkan undian.

    ReplyDelete
  9. kerajaan PAS kedah dan kelantan sudah berjaya ka membawa keluar semua rakyat di kedua2 negeri itu dari belenggu kemiskinan?? jika negeri tidak mampu ditadbir dengan baik, bagaimana pula dengan satu negara??

    ReplyDelete
  10. PAS dan pembangkang yang lain juga tidak lari dari memperalatkan masalah dan kesempitan rakyat untuk meraih undi.. lihat saja bagaimana pembangkang meraih undi.. mesti menimbulkan masalah yang dihadapi rakyat kemudian menjanjikan masalah itu akan selesai sekiranya pembangkang diberikan mandat..

    ReplyDelete