Monday 16 January 2012

KENAPA GURU SABAH KE SARAWAK?



Saudara Pengarang,

SAYA merupakan salah seorang guru baru yang bakal ditempatkan di Sarawak. Saya hairan, mengapa saya dihantarkan ke Sarawak, tetapi yang saya ingat tahun lepas sudah diumumkan semua guru akan balik ke negeri sendiri (maafkan saya jika salah).

Saya tidak kisah akan bekerja di sana, tetapi apa yang saya kesalkan, mengapa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia hanya mengurus guru-guru dari Semenanjung sahaja dan membiarkan guru dari Sabah ternanti-nanti?

Kami dibiarkan resah sendiri dan terpaksa menunggu hari esok untuk nama dikeluarkan mengajar di sekolah mana; sedangkan tarikh lapor diri kami pada 16 Januari 2012 iaitu hari ini? Walaupun kami boleh lapor diri lambat, tetapi ini akan menjejaskan gaji kami.

Salam Hormat,

GURU MALANG

13 comments:

  1. Guru Berasal Dari Sabah, Sarawak Akan Ditempatkan Di Negeri Sendiri - Muhyiddin

    "Sebagaimana disuarakan Sabah dan Sarawak, mereka (kerajaan negeri) minta guru (dari negeri tersebut) dihantar balik supaya budak lebih faham.

    "Tapi ini akan mengambil masa, kerana kita tidak boleh terus tukar guru dari Semenanjung balik ke Semenanjung, dan hantar (kembali) guru Sabah (dan Sarawak), kadang-kadang bilangan (guru) pun tak mencukupi,"

    http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=514502

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap perkara ni menjadi kenyataan. pasti ramai2 guru2 yang menanti kabar2 seprti ni.

      Delete
    2. guru2 kena bersabarlah. lagipun, sudah dinyatakan oleh Muhyiddin sendiri bahawa guru dari Sabah, Sarawak akan ditempatkan di negeri sendiri cuma akan memakan satu tempoh masa tertentu.

      Delete
  2. Teachers from Sabah should be allowed to serve in Sabah, there is no need to send teachers from West Malaysia to Sabah or from Sabah to Sarawak.

    ReplyDelete
  3. The education ministry should be fair in giving chances to all teachers no matter if they are from Sabah or Semenanjung.

    ReplyDelete
  4. jika nak jadi pendidik, dihantar ke mana2 pun tak jadi masalah, tapi lebih baik jika di tempat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih mudah mengajar tempat sendiri kerana mereka memahmi budaya masyarkat setempat.

      Delete
    2. ya, lagipun mereka sudah menandatangani perjanjian yang ada menyatakan persetujuan untuk ditempatkan di mana2 sekolah tidak kira pedalaman, bandar atau luar negeri.

      Delete
  5. hal ini harus diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran.

    ReplyDelete
  6. Tidak apalah kalau kena hantar ke Sarawak daripada kena hantar pergi semenanjung.

    ReplyDelete
  7. Maybe this is called National Integration?

    ReplyDelete
  8. kenapa perlu timbulkan persoalan 'kenapa guru Sabah ke sarawak?' sedangkan penulis tidak kisah ditempatkan dimana2?

    ReplyDelete
  9. wahai Guru Malang, bersyukur la dapat profesion dalam bidang perguruan.. ramai lagi GSTT dan lepasan Ijazah yang tidak mendapat peluang itu..

    ReplyDelete