Saturday 14 January 2012

"MAAFKAN RASUAH KECIL"



Oleh : YOW HONG CHIEH (TMI)

PAKATAN Rakyat seharusnya memaafkan pelakuan rasuah kecil jika memenangi Putrajaya supaya negara boleh terus maju ke hadapan selepas perubahan kuasa berlaku, kata Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 itu memetik Truth and Reconciliation Commission of South Africa, berkata, pengampunan adalah satu alat utama bagi membentuk kerajaan yang bersih kerana ia akan mendorong lebih banyak perubahan dalam budaya politik tanah air.

Walaubagaimanapun menurutnya, ini bukan bermakna mereka yang melakukan rasuah besar akan turut diampunkan.

“Kita mesti menghukum 'ikan besar', dan memaafkan 'ikan kecil' supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya di Alor Setar, Kedah di hadapan 2000 kumpulan di Konvensyen Pakatan Rakyat.

Ambiga (gambar) kata satu pengampunan serupa bagi yang terlibat dalam kematian A. Kugan, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini juga akan memberikan ketenangan kepada keluarga masing-masing.

“Adakah Pakatan akan menubuhkan satu Truth and Reconciliation Commission seperti Afrika Selatan?” soalnya, dan menerima tepukan gemuruh dari hadirin.

Bekas presiden Majlis Peguam ini juga meminta semua kakitangan awam yang terlibat dalam pendaftaran pengundi warganegara asing sebagai pengundi berhenti daripada penglibatan mereka dalam aktiviti seperti itu.

“Kami meminta kakitangan awam. untuk tidak membantu mana-mana penipuan parti dalam pilihan raya,” katanya.

Lapan permintaan kesemua Bersih mesti dipenuhi sebelum pilihan raya berikutnya, beliau berkata, jika tidak ia akan menjadi satu penghinaan bagi jawatankuasa khas parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) serta orang ramai.

Ambiga menambah bahawa para pengundi mesti menolak politik kotor, dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, tidak mempunyai integriti dan meletakkan diri mereka lebih daripada kepentingan orang ramai.

No comments:

Post a Comment