Sunday 8 January 2012

NGO BANGSA SUNGAI TENTANG 901



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FAIRUL ZAMAN

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sukau dan Gum-Gum, Datuk Mohd Saddi Abdul Rahman dan Datuk Hj Zakaria Hj Eddris yang mewakili Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS); merangkumi 30 sub-etnik suku kaum Sungai membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sandakan pagi kelmarin bagi membantah perhimpunan “Kempen Bebaskan Anwar 901” yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Januari ini.

Kata Zakaria, tindakan parti pembangkang khususnya para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengadakan perhimpunan tersebut akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan negara.

Berikut isi kandungan penuh laporan polis No Report SKN/RPT/0279/2012;

“Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) yang merangkumi 30 sub-etnik suku kaum Sungai di negeri Sabah membantah keras tindakan pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan ‘Kempen Bebaskan Anwar 901” di ibu negara pada 9hb Januari ini’.

Perhimpunan itu hanya akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan negara. SABAS merayu kepada pemuda-pemudi terutama sekali ahli SABAS agar jangan terlibat dengan kempen Bebaskan Anwar 901. Kempen tersebut merupakan kempen berbahaya dan boleh dianggap sebagai satu bentuk ugutan kepada sistem kehakiman negara.

Kempen ini lebih bersifat untuk kepentingan peribadi dan secara dasarnya memperlekehkan sistem perundangan negara. Perhimpunan jalanan bukannya satu cara penyelesaian yang bijak malah mengakibatkan kesan negatif yang sangat serius terhadap imej negara kita.

Kita telah mendengar dan melihat keadaan hura hara di Negara luar akiibat daripada kempen-kempen seumpama ini yang mengakibatkan keadaan hura-hara dan ketenteraman yang tidak stabil.

Laporan polis ini dibuat agar pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur Kempen sedemikian dengan seberapa segera kerana tindakan mereka itu boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian Negara.”

Dalam sidang media yang diadakan di hadapan perkarangan Balai Polis Sandakan sejurus selepas laporan dibuat, Zakaria menjelaskan tindakan pihak pembangkang berbuat demikian telah melanggarkan tatatusila rukun negara yang boleh menimbulkan pelbagai kejadian yang tidak diingini.

Kata Zakaria lagi, biarlah undang-undang yang menentukan nasib Anwar jika beliau di pihak yang benar, tidak perlu bimbang atau takut. Sebaliknya jika dia dapati bersalah, kita kena menerima hakikat yang dia bersalah wajar dihukum.

“Kita tidak boleh bertindak dengan sesuka hati tanpa memikirkan implikasinya dan jadilah parti pembangkang yang sihat agar disenangi oleh rakyat jelata dan bukan menjadi satu parti yang berunsur militant,” ujarnya.

12 comments:

  1. Tidak wajar kita melupakan budaya etnik kita.

    ReplyDelete
  2. Sampai di Sandakan pun buat bantahan ya.

    ReplyDelete
  3. DSAI didapati tidak bersalah. Cabang kehakiman telah menjalankan tugas bebas daripada campur tangan cabang eksekutif.

    ReplyDelete
  4. perhimpunan jalanan tidak hrus dijadikan budaya kita..

    ReplyDelete
  5. apa pun, kes sudah selesai dan semua perlu menghormati keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  6. perhimpunan2 dan demo yang dijalankan sebelum ini memang nyata memberikan kesan negatif yang lebih besar. jadi, harap2 tiada lagi pihak mahu wujudkan kekecohan.

    ReplyDelete
  7. wajar disokong Akta Perhimpunan Aman jika mahukan negara aman dari kekecohan oleh rakyat yang terlalu taksub kepada kebebasan melampau.

    ReplyDelete
  8. Pasti lebih ramai yang tidak bersetuju dengan perhimpunan 901 yang bertujuan membela Anwar. Seharusnya kita sedar akan undang-undang kita yang ada. Mahkamah menentukan sesuatu itu dengan berdasarkan bukti yang ada. Apa yang dilakukan oleh perhimpunan ini mencabul kehormatan undang-undang mahkamah kita.

    ReplyDelete
  9. Harap rakyat kita tidak akan terlibat dalam perhimpunan jalanan kerana ini bukanlah budaya yang kita patut galakkan.

    ReplyDelete
  10. NGO tidak patut masuk campur dalam urusan politik bagi menjaga integriti mereka..

    ReplyDelete
  11. segala peristiwa yang berlaku di semenanjung, biarlah berlaku di wilayah itu.. lagipun perhimpunan yang mereka anjurkan itu tidaklah menjejaskan kepentingan orang awam di negeri ini..

    ReplyDelete