Friday 13 January 2012

NKRA BERJAYA BENDUNG JENAYAH



SALAM....Kelihatan Rowell sedang bersalaman dengan salah seorang anggota PDRM yang dinaikan pangkat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah-langkah yang drastik untuk mengurangkan kadar jenayah, terutamanya melibatkan jenayah indeks dan jenayah jalanan sejak Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan.

Katanya, mengikut perbandingan jenayah indeks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sandakan bagi Januari hingga Disember 2010 dan 2011 menunjukkan penurunan kes jenayah kekerasan iaitu sebanyak sembilan kes atau 7.14 peratus.

Beliau berkata, bagi jenayah harta benda juga menunjukkan penurunan sebanyak 14 kes atau 2.54 peratus sekaligus memperlihatkan anggota polis terus memberikan komitmen yang lebih cekap selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat di negara ini.

"Tahniah saya ucapkan atas kejayaan ini. Statistik ini bukan sahaja menentukan kejayaan tetapi menjadi penanda aras kepada kita untuk memudahkan lagi segala perancangan yang akan dilaksanakan secara teliti dan teratur," katanya.

Rowell menyatakan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2012 di perkarangan IPPD Sandakan, di sini, pagi kelmarin.

Menurut beliau, kejayaan itu turut didorong kerana wujudnya kerjasama yang mantap di antara pihak polis dengan agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta terutama seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM); Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tentera Darat dan Persatuan Polis Bantuan yang memberi kerjasama sangat rapat.

Ujarnya, pengalaman secara kolektif bersama agensi-agensi ini mampu memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan pihak polis melalui perkongsian amalan-amalan baik melibatkan satu agensi dengan agensi yang lain.

Kementerian Belia dan Sukan, kata Rowell lagi, telah membantu pihaknya menganjurkan program 'Crime Awareness Team' yang melibatkan remaja berusia 15 hingga 23 tahun untuk membantu polis dalam pencegahan jenayah.

Katanya juga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula bekerjasama dengan polis dalam penggubalan undang-undang serta pengendalian kes-kes jenayah melibatkan wanita dan kanak-kanak termasuklah talian Nur-Alert.

"Banyak lagi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang bekerjsama dengan polis secara bersepadu sekali gus memberi impak positif terhadap masyarakat di negara ini," jelasnya.

Dalam pada itu, tambah beliau, anggota polis perlu menzahirkan konsep 3C iaitu 'Creativity, Communication and Collaboration' sebagaimana ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya perkhidmatan awam terus relevan ke arah melonjakkan prestasi masing-masing.

Oleh itu, ujarnya, setiap anggota polis perlu memahami dan menghayati pelaksanaan konsep 3C ini supaya objektifnya tercapai sekali gus meningkatkan prestasi dan produktiviti.

"Konsep dan prinsip 3C ini akan tinggal slogan sekiranya anggota tidak menzahirkannya. Saya selalu menyentuh mengenai pentingnya kita mempertingkatkan produktiviti, kreativi dan inovasi. Ini kerana ia sangat penting membantu untuk mencari kaedah-kaedah baru dalam proses dan aliran kerja ke arah menambah kecekapan sektor awam," tambahnya.

Rowell juga memberitahu sambutan orang ramai terhadap media sosial polis seperti Facebook dan Twitter mendapat sambutan menggalakkan.

Justeru, setiap anggota polis disaran menyertai platform seumpama ini yang akan membantu dari segi mengetahui dan di mana perlu seterusnya membantu orang ramai yang memberi maklum balas.

Beliau turut menyarankan supaya anggota-anggota polis bergiat aktif dalam apa jua jenis sukan mahupun aktiviti riadah memandangkan manfaatnya yang akan menentukan kesejahteraan hidup mereka.

Menurutnya, tanpa penyertaan dalam aktiviti riadah maka tentu sekali mereka mudah dilanda pelbagai penyakit.

Sementara itu, Perhimpunan Bulanan Bulan Januari kali ini menyaksikan penyampaian sijil penghargaan dan anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010.

Seramai 21 anggota polis pelbagai pangkat telah menerima sijil penghargaan diatas komitmen dan perkhidmatan yang cekap ketika bertugas.

Supt.Fadzil Mohd Ali mendahului upacara penyampaian sijil penghargaan yang disampaikan Rowell. Turut menerima kenaikan pangkat adalah sukarelawan polis bagi pegawai dan anggota yang menyaksikan seramai 14 orang menerima anugerah tersebut.

Majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis KM 4.5, Jalan Chi Wah Sandakan telah dihadiri Timbalan OCPD Supt Fadzil Mohd Ali dan para pegawai kanan Polis dari pelbagai jabatan.

13 comments:

  1. Usaha yang baik di bawah NKRA, diharapkan pihak polis akan teruskan usaha mereka untuk membendung jenayah di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Anggota polis perlulah peka dengan masalah yang berlaku setiap masa supaya boleh mengelakkan jenayah ataupun membongkarkan sesuatu kes dengan berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalankan tugas dengan proaktif dan hindarkan tindakan2 yang boleh mencemarkan imej PDRM.

      Delete
  3. hopefully the police force will continue to perform their duties not only for King and Country, but also for the safety and order of the public

    ReplyDelete
  4. hopefully the success of bringing down the crime rate not only from the interdepartmental cooperation, but also cooperation from the general public as well

    ReplyDelete
  5. Kerjasama baik antara di antara PDRM dengan pihak kerajaan mampu membuahkan hasil yang positif.

    ReplyDelete
  6. Diharap PDRM sentiasa meningkatkan imeh dan kualiti perkhidmatan mereka dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  7. usaha membanteras jenayah harus giat dijalankan, tahniah kepada PDRM akan kejayaan mereka.

    ReplyDelete
  8. Harap akan lebih banyak jenayah dapat ditangkap.

    ReplyDelete
  9. Mudah2an kadar jenayah dapat dikurangkan. Syabas kepada PDRM.

    ReplyDelete
  10. Pihak keselamatan seperti Polis perlulah memastikan kes jenayah yang ada di Negara kita ini akan dapat ditangani dan dibersihkan. Semoga pihak polis akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. semoga anggota polis dapat menzahirkan konsep 3C bagi mengekalkan kerelevanan dan ke arah melonjakkan prestasi masing2.

    ReplyDelete
  12. syabas.. bukan senang membendung jenayah.. jenayah boleh berlaku dimana2 sahaja dan pada bila2 masa.. penurunan ini, walaupun sedikit adalah merupakan petanda baik bahawa anggota polis mampu melaksanakan tugas mereka dengan cekap..

    ReplyDelete