Monday 2 January 2012

REMAJA PENGSAN DILANGGAR MAT REMPIT



TERBARING......Kelihatan Mangsa langgar lari motorsikal yang menggunakan plet SS 1532 N terbaring sedang mendapat bantuan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI

MEMANG benar malang tidak berbau. Seorang pemuda lingkungan 20-an yang tinggal di Jambatan Lorong 3, Kampung Muhibbah Sandakan, Joji Delacru dilanggar lari motorsikal yang dipandu oleh sekumpulan Mat rempit sejurus selepas pulang daripada menyaksikan Konsert Gempak Tahun Baru 2012 ketika hendak menyeberangi pembahagi jalan.

Mangsa ditinggalkan begitu saja oleh Mat Rempit dalam keadaan pengsan telah dibantu oleh rakan-rakannya yang secara kebetulan menyaksikan insiden itu.

Motor yang melanggar mangsa tersebut telah dikenal pasti menggunakan nombor plet iaitu SS1523 N telah melarikan diri kerana takut dicekup polis.

Semasa kejadian tersebut, secara kebetulan Sabahkini.Net lalu di jalan penghubung Taman Mesra sempat merakamkan gambar mangsa yang terbaring di atas jalan raya tersebut.

Sabahkini.Net sempat bertanyakan salah seorang polis trafik yang mengendalikan kes tersebut menyatakan ini kes langgar lari dan pihaknya akan memburu dan kemungkinan akan mengadakan sekatan jalan untuk memantau Mat Rempit semakin membimbangkan.

No comments:

Post a Comment