Friday 20 January 2012

SABAH SERIUS TANGANI MASALAH PATI

KERAJAAN Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata usaha membanteras dan membasmi masalah PATI akan dipertingkatkan melalui pelbagai operasi mengesan PATI di Sabah.

"Pelaksanaan program 5P di Sabah telah memasuki tahap penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan akan meningkatkan usaha membasmi masalah PATI secara berterusan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di sini, pada Khamis.

Musa berkata kerajaan negeri juga turut memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawasi perairan Sabah daripada pencerobohan oleh anasir yang tidak bertanggungjawab, sekaligus mengekalkan kedaulatan negara agar terus terpelihara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata setakat ini kerajaan Sabah sudah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Dalam Negeri bagi membiayai kos operasi penguatkuasaan dan pencegahan PATI di rantau ini, dan operasi itu memerlukan perbelanjaan keseluruhan sekitar RM9 juta.

Musa berkata tahap keselamatan semasa negeri berada dalam keadaan memuaskan dengan tiada kejadian serius yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan rakyat.

"Hasil usaha serta tindakan yang berterusan daripada semua agensi keselamatan menyaksikan kejadian jenayah berkurangan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Musa berkata sejak bermulanya Monsun Timur laut pada awal November lepas tidak ada kejadian bencana yang serius berlaku namun semua agensi pengurusan bencana diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. (BERNAMA)

63 comments:

  1. Harap kerajaan Sabah akan teruskan komitment ini untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Pada tahun lepas, kerajaan Sabah berjaya menghantar balik 17,728 PATI dan 2010 berjya menghantar balik 15,450 PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. melalui program 5P ramai PATI yang telah dihantar balik. harap masalah PATI dpt diselesaikan.

      Delete
    2. Harap program 5P ini berkesan dalam menanggani isu pati.

      Delete
    3. diharapkan program 5P ini akan memberikan hasil yang diharapkan..

      Delete
    4. Semoga program 5P dapat membasmi masalah PATI secara berterusan.

      Delete
    5. lepas program 5P ni kita mahu pula RCI ditubuhkan untuk kenalpasti punca sebenar kebajiran PATI di Sabah ini.

      Delete
  2. Semoga maslaah PATI boleh dikurangkan dengan usaha antara kerajaan Sabah dan juga kerajaan Indonesia, Filipin dan yang lain.

    Rujukan di sini: http://bah-sabah-bah.blogspot.com/2012/01/sejumlah-pti-dihantar-balik-pada-2011.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerjuasama daripada negara asal pati perlu ada barulah hal ini lebih mudah ditanggani.

      Delete
    2. negara asal pati harus memberikan kerjasama kepada sabah untuk membanteras kemasukan pati ke negeri sabah...tanpa kerjasama dari negara asal, usaha ini akan bertambah rumit..

      Delete
    3. I hope by this year 2012, the pati rate in sabah will decrease.

      Delete
  3. harp RCI juga akan ditubuhkan bagi selesaikan isu PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haraplah kan.. Kalau tak pun pastikan saja program ni berhasil.

      Delete
    2. bergantung kepada program 5P sahaja belum tentu akan menyelesaikan isu pati terutama projek IC..maka RCI juga perlu untuk ditubuhkan..

      Delete
    3. With RCI, the issue can be investigated and therefore could also make sure such issue like this will not happen again once this issue is solved.

      Delete
  4. Ramai yang meragui kesungguhan kerajaan tanggani isu pati, namun kita lihat sajalah nanti. Mana tau betul2 berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai kerana telah diracuni oleh pihak pembangkang...sedangkan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu ini..namun RCI juga perlu ditubuhkan.

      Delete
    2. to say that the government is not doing anything at all to solve this issue is not right, they did manage to reduce the pati rate in sabah. Hopefully there be more to come this year.

      Delete
  5. Apapun all the best dan selebihnya kita nantikan saja apa yang berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita nantikan saja keputusan program 5P barulah kita dapat nilai sama ada program ini berjaya atau tidak..

      Delete
    2. for now, its unsure whether the program 5P will be successful one. We'll just have to wait and see. Good luck!

      Delete
  6. Rakyat mahu tengok kerajaan betul-betul serius dalam mengatasi masalah PATI. Mungkin boleh belajar bagaimana cara bekas KM Chong Kah Kiat berusaha menangani masalah PATI. "Bersih" terus tu CP daripada pilak-pilak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kerajaan harus menunjukkan betapa seriusnya dalam mengatasi masalah pati..bersihkan terus tu sinsuran/segama/ dll dari tu pilak2..

      Delete
    2. having sabah to be clean from the pilaks2x is every true sabahan dream.

      Delete
  7. PATI sekarang semakin bermaharajalela. Sabah yang tiada sultan pun boleh ada sultan. Jangan sampai kita yang orang tempatan ni jadi pelarian di negeri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka penguatkuasaan haruslah dilakukan dengan lebih tegas lagi..

      Delete
    2. Sabahans will be outnumbered by the pati if no serious action are done to solve this issue. I really hope 5P will manage to solve this issue.

      Delete
    3. PATI sekarang sudah ada IC. tidak mustahil kalau mereka akan kuasai negeri ini suatu hari nanti dan kita rakyat tempatan jadi pelarian di negeri sendiri. mudah-mudahan ini tidak akan berlaku.

      Delete
  8. Semoga masalah PATI ini akan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia menyebabkan terlalu banyak masalah kepada Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. most crimes in sabah were done by this illegal immigrants. They need to go.

      Delete
  9. We Sabahan must fight for our rights to defend our welfares at least for future purpose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyone must unite and fight for our rights. The future is in your hand to change the future.

      Delete
    2. pemimpin dan rakyat perlu bersatu hati menghapuskan PATI di Sabah. mohon kerajaan Persekutuan memberikan kuasa autonomi kepada imigresen di Sabah.

      Delete
  10. dalam erti kata lain, rakyat Sabah tulen perlu bersatu untuk melindungi kepentingan bersama

    ReplyDelete
  11. baguslah kalau kerajaan Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. it wouldn't be an easy issue to solve since this issue has been in sabah for a very3x long time.

      Delete
  12. Let’s keep praying for the leaders and the people of Sabah..

    ReplyDelete
  13. harap RCI akan dilaksanakan sebelum PRU13

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is what everyone hope for.

      Delete
    2. tapi ada pihak yang mengatakan kelulusan penubuhan RCI ini hanya akan dapat diketahui selepas PRU-13. saya sangat ragu2 dengan keputusan seperti ini.

      Delete
  14. PTI problem should be solved.

    ReplyDelete
  15. The government is committed to get this issue solved once and for all. All the best to the gov in doing so.

    ReplyDelete
  16. Masalah PATI sudah semestinya ditangani sepenuhnya dan dipandang serius oleh kerajaan Negeri Sabah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. how about Federal Gov.?RCI?

      Delete
    2. ya..masalah pati harus dipandang serius dan usaha untuk menanganinya perlu sentiasa dibuat.

      Delete
  17. Datuk Musa Aman perlu memastikan apa yang dikatakan itu perlu dikotakan sepenuhnya. Datuk Musa pasti tidak akan membiarkan masalah ini terus menghantui Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..apa yang dikata perlu dikota agar masalah yang berlaku tidak berlarutan.

      Delete
  18. UMNO Sabah tidak ada bantahan untuk perlaksana RCI di Sabah. Itulah yang dikatakan oleh ahli UMNO Sabah kepada media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..rata-rata bersetuju dengan RCI, harap ianya akan ditubuhkan dengan segera.

      Delete
  19. Mengenai PATI di Sabah. Perkara ini seharusnya perlu diberikan tumpuan. Kerana kehadiran PATI semakin membimbangkan di Negeri tersebut. Kerajaan Negeri perlu memaksa kerajaan pusat untuk mencari jalan atau menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  20. Masalah ini sememangnya bukan mudah untuk ditangani. Namun jika kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh tidak mustahil perkara ini akan dapat ditangani.

    ReplyDelete
  21. usaha yang berterusan perlu dibuat untuk mengatasi isu pati yang berlaku ini.

    ReplyDelete
  22. semua pihak juga harus sentiasa bekerjasama. harap masalah pati ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  23. Masalah PATI tidak harus dilengah-lengahkan lagi.

    ReplyDelete
  24. How soon the UMNO to establish RCI for PATI matter? Seems UMNo is buying time.

    ReplyDelete
  25. PATI harus dihantar balik secepat mungkin sebelum keadaan bertambah serius and di luar kawalan.

    ReplyDelete
  26. RCI is good and ideal to fidn the root cause of the issue.

    ReplyDelete
  27. Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata setakat ini kerajaan Sabah sudah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Dalam Negeri bagi membiayai kos operasi penguatkuasaan dan pencegahan PATI di rantau ini, dan operasi itu memerlukan perbelanjaan keseluruhan sekitar RM9 juta.

    Siapakah yang memulakan PATI ini? Kini, kerajaan memerlukan jumlah peruntukan yang begitu besar untuk menyelesaikan masalah. Satu kesilapan yang amat serius.

    ReplyDelete
  28. Jika tidak RCI, apakah cara yang lebih berkesan dan sesuai?

    ReplyDelete
  29. Kos untuk menanggani masalah PATI terlampau tinggi, satu beban untuk kerajaan juga.

    ReplyDelete
  30. Some hidden agenda. Im sure it is hard to get the big shark behind the scene.

    ReplyDelete
  31. Masalah PATi memerlukan strategi dan perancangan yang wajar supaya masalah tidak berpanjangan.

    ReplyDelete
  32. I thought UMNO Sabah have coem to the decision to setup RCI. Is that true?

    ReplyDelete
  33. saya lebih suka jika kerajaan dapat menguatkan dan mengetatkan kawalan sempadan dan pintu2 masuk negara samada pintu hadapan mahupun pintu belakang.. walaupun jumlah yang dihantar pulang sedikit, jika kawalan sempadan kita ketat, masalah ini akan tetap selesai..

    ReplyDelete