Thursday 19 January 2012

SUKAU, SATU DUN, DUA DAERAH MENTADBIR?



PELANCARAN....TYT Tun Juhar sedang menekan bebola sebagai simbolik upacara merasmikan pembinaan majsjid berkenaan sambil diperhatikan Saddi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ROSALINDA ROSE

ANGGOTA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, berkata sudah tiba masanya pekan ini mentadbir daerahnya sendiri; sebagaimana perancangan dalam kerangka pembangunan Pekan Baru Sukau yang akan bergerak seiring dengan gagasan menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu memikirkan usaha bagi menstukturkan semula Sukau agar perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan dengan lebih baik dan efisen.

Beliau yakin dan percaya usaha mewujudkan sebuah kawasan pertumbuhan ekonomi rakyat yang sekali gus menjadi pusat pentadbiran kerajaan di dalam pekan baru ini akan menjadi kenyataan asalkan pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap kerangka pembangunan sedia ada.

Ini kerana, katanya, pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan di kawasan Sukau terbahagi kepada dua yang mana satu darinya merupakan kawasan sepanjang tanah daratan Sukau ditadbir di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan.

"Manakala di pesisiran pantai pula, terdapat sebanyak 16 buah perkampungan yang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Sistem pentadbiran daerah yang tidak tersusun ini menjadikan soal ekonomi dan pembangunan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut tidak dapat diselaraskan dengan baik dan efisien.

MEDIA.....Saddi sedang mengadakan sidang media selepas acara berkenaan.

SUMBANGAN...Saddi kelihatan menyampaikan replika cek sumbangan dana kepada SMK Sukau.

"Malahan, selain kesukaran berurusan soal-soal pembangunan asas dan mendapat perhatian serta bantuan pihak kerajaan dan banyak lagi keperluan, rakyat di kawasan pesisiran pantai ini terus tersisih dari penyediaan pelbagai program pembangunan sekian lama.

"Manakan tidak, pihak berkaitan yang mentadbir kawasan pesisiran pantai ini jarang sekali menjenguk dan mengambil berat keperluan penduduk setempat. Oleh sebab itu, saya merayu kepada pihak kerajaan supaya penstrukturan Pekan Baru Sukau ini dapat diambil perhatian sewajarnya.

"Boleh kita sifatkan satu DUN, dua daerah yang mentadbir," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar sejurus selepas Majlis Upacara Pecah Tanah Masjid Tun Juhar diatas tapak seluas dua ekar di Pekan Baru Sukau di sini, kelmarin.

Upacara pecah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin yang turut dihadiri bersama isterinya Toh Puan Datin Seri Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni; Presiden MPS Datuk Ir.James Wong dan Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Aripin serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Saddi berharap projek-projek yang termaktub dalam kerangka pembangunan sedia ada dimasukkan dalam peruntukan 'Rolling Plan' yang akan datang, khususnya cadangan membina jambatan kedua melalui kampung Sukau dapat dilaksanakan.

Katanya, kesungguhan kerajaan dalam merubah corak pembangunan kampung untuk menjadi sebuah bandar di kawasan ini akan meningkatkan lagi keyakinan dan sokongan rakyat kepada kerajaan yang memerintah hari ini.

Dalam kesempatan itu, Saddi telah menyampaikan cek bernilai RM2,500 cek sumbangan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Hj Aman kepada salah satu kumpulan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sukau.

12 comments:

  1. Restructuring the Sukau leadership and management is needed to ensure a more efficient and faster operation.

    ReplyDelete
  2. Hope that all the projects that are promised to the Sukau folks will be able to materialize soon.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan dengan penubuhan satu lagi daerah pentadbiran dapat memudahkan serta memberi keseragaman dari segi pembangunan.

    ReplyDelete
  4. moga-moga dia juga dapat mewujudkan sebuah kawasan pertumbuhan ekonomi rakyat yang sekali gus menjadi pusat pentadbiran kerajaan di dalam pekan baru in

    ReplyDelete
  5. dgn ini pasti pentabbiran di Sukau mudah dilakukan, dan perancangan pembangunan dpt dilakukan dgn sistematik.

    ReplyDelete
  6. harap dana yang diberi digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan sekolah.

    ReplyDelete
  7. Sukau pasti tidak akan terpinggir lagi dalam pembangunan.

    ReplyDelete
  8. semoga kawasan2 luar bandar lain di seluruh Sabah ini akan mendapat pembangunan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  9. Sudah sampai masanya Sukau dengan pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan di kawasan Sukau tersendiri yang sebelum ini terbahagi kepada dua yang mana satu darinya merupakan kawasan sepanjang tanah daratan Sukau ditadbir di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan.

    ReplyDelete
  10. Separate the council administration so that their work can be done more efficient.

    ReplyDelete
  11. eloklah Sukau memiliki pusat pentadbiran sendiri.. setiap kawasan semakin lama semakin berkembang.. jika dulu Sukau boleh ditadbir oleh dua daerah, hari ini mungkin kaedah itu sudah tidak relevan lagi..

    ReplyDelete
  12. saya juga yakin dengan penstrukturan semula ini, pentadbiran pekan Sukau akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan..

    ReplyDelete