Thursday 26 January 2012

VVIP SABAH LINDUNGI SINDIKET IC PROJEK?

Saudara Pengarang,

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, maka terlaknatlah saya jika mengeluarkan penulisan fitnah atau hasutan.

Namun demi namaMu Ya Rabbi, atas nama negara yang tercinta dan rukun negara yang saya junjung, maka wajiblah saya menyebarkan apa yang perlu untuk ikhtibar kita semua. Seandainya penulisan ini penipuan semata-mata, maka terkutuklah saya dan seluruh keturunan saya.

Jika sebelum saya menyertai PDRM, mungkin saya tidak percaya, tetapi semenjak peristiwa di suatu malam, ketika saya bertugas sebagai Anggota Cawangan Khas), barulah aku percaya bahawa Sindiket IC Projek memang benar-benar wujud.

Baru-baru ini, pasukan kami diarahkan membuat serbuan ke sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Cheras Indah, Ampang,Kuala Lumpur. Dalam serbuan itu, pasukan kami menahan sepasang suami isteri yang mengaku sebagai rakyat negeri Sabah.

Namun seorang rakan saya, orang lama dalam PDRM mengatakan mereka sebenarnya asalnya adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filifina beretnik Suluk.

Pada malam itu, pasukan kami merampas pelbagai dokumen seperti borang sebuah pertubuhan bernama 'Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah' dan dokumen rasmi berupa resit sementara dan beribu kad pengenalan yang sudahpun diproses!.

Namun pada malam itu juga, seorang VVIP telah mencampuri urusan dan bidang tugas kami kerana beliau telah menghubungi 'orang atasan' kami dan mengarahkan pasangan terbabit dilepaskan bersama bukti yang kami rampas!.

Mengapa dan kenapa? Satu persoalan yang sukar saya dan kumpulan saya jawab. Mungkin benarlah bahawa mana-mana pemimpin SABAH adalah kaki rasuah dan suka menyalahguna kuasa.

Pada malam itu, kami terpaksa menelan kata-kata VVIP itu yang menghina profession polis dan menghina bangsa Melayu Semenanjung. Kami bukannya Anti-Orang Sabah. Sebagai anggota PDRM, kami sayangkan Anak Negeri Sabah termasuk suku kaum Kadazan, Rungus, Murut dan sebagainya.

Bagi kami, etnik Bugis dan Suluk yang ada di Sabah hari ini adalah pendatang yang majoritinya masih berstatus pendatang haram.

Mungkin apa yang terjadi di Sabah suatu masa lalu adalah satu kesilapan bangsa Melayu Malaysia, tapi kali ini apakah patut ia dipendam begitu sahaja? Tidak!

Lihat gambar sedutan borang keahlian Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah (terpaksa disunting untuk mengelak disalah guna untuk tujuan songsang); ada yang tidak kena kerana menyenaraikan dokumen yang dimiliki pemohon termasuk IMM13.

Pasukan kami menyemak dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah dan dimaklumkan bahawa Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah tidak dalam rekod mereka. Sewajarnya KDN perlu segera menyiasat perkara ini dan membatalkan sebarang permohonan (jika ada) bagi mengelakkan kegiatan suami isteri ini berkembang biak semula.

Memandangkan rakyat Sabah semakin bangkit memberontak, maka Sindiket Kad Pengenalan Projek ini memindahkan operasi mereka ke Semenanjung kerana di sini masih ramai PATI Myanmar, India, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Thailand, Rohingya yang tidak berdokumen.

Salam Hormat,

“Kami Bukan Anjing”

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

SB GELISAH

60 comments:

  1. Sabah berharap RCI dapat diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan sebelum PRU13. Segala dalang yang berkaitan pasti dapat dibongkarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. And there be better chances for the election to be held clean and fair with RCI being set up before election..

      Delete
    2. RCI harus segera diluluskan dan ditubuhkan untuk menyiasat projek IC.

      Delete
    3. semua pun berharap RCI akan ditubuhkan secepat yang mungkin.

      Delete
    4. Masalah PATI bukan perkara baru dan ia semakin kritikal, hari demi hari. Entah mengapa Parlimen masih belum menyatakan keputusan mereka.

      Delete
  2. Sabah Umno dan BN memandangkan telah menyatakan sokongan ke atas RCI, maka harus terus mendesak atau menyuarakan hal tersebut supaya masalah tersebut tidak tenggelam dalam kesibukan Parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabah UMNO and BN will need to pressure the parlimen to look into this proposal by constantly pushing them to implement RCI in sabah.

      Delete
    2. kerajaan negeri harus mendesak agar RCI segera ditubuhkan..

      Delete
    3. pemimpin-pemimipin Sabah menyokong usaha untuk menubuhkan RCI.

      Delete
    4. Lebih baik rakyat dan pemimpin Sabah tidak kira ideologi politiknya bersatu hati mendesak Parlimen mempercepatkan penubuhan RCI. Jangan sampai rakyat Sabah hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan Persekutuan.

      Delete
  3. This is most disturbing indeed. Hopefully This matter will be looked into.

    ReplyDelete
  4. sebab itu kita perlukan RCI untuk selesaikan isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tiada alasan mengapa RCI harus ditolak..

      Delete
    2. Betul tu.. Tapi terpulanglah pada kerajaan utk buat keputusan.

      Delete
  5. perlu dikesan mereka yang terlibat dan kenakan tindakan paling tegas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni agak sukar membezakan yang mana original Sabahan yang mana pula bukan. Almaklum la Sabah kepelbagai etnik.

      Delete
    2. tidak sesukar mana pun..sabahan tulen tahu membezakan mana yang ori dan tidak..sedangkan kanak2 pun tahu membezakan..

      Delete
    3. harap pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

      Delete
  6. RCI memang diperlukan sangat2 di Sabah. Sekiranya diluluskan oleh Parlimen bolehlah segera dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharapkan pemimpin2 sabah akan mendesak agar RCI segera ditubuhkan...akhir2 ini macam suara2 menuntut RCI semakin tidak kedengaran..

      Delete
  7. There is definitely a need for RCI. The parlimen must approve of RCI being set up in sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I will not agree if RCI will be set up after GE-13.

      Delete
  8. Logik fikir pun memang projek ic ni wujud. Kalau tak macam mana pula pati boleh dapat ic palsu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin atau ribut. saya percaya Projek IC ni wujud.

      Delete
    2. Banyak sudah bukti diberi tapi amat mengecewakan bila masalah ini seolah-olah tidak mendapat perhtian yang serius oleh KDN apabila menteri menyangkal kewujudan projek ic.

      Delete
  9. Soal vvip pula, mesti ada punya la... Tanpa vvip projek ini takkan bertahan lama.

    ReplyDelete
  10. Namun saya hanyalah rakyat biasa yang tak punya apa2 bukti. Justeru saya amat berharap agar isu ini dapat disiasat dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  11. Desakan mengenai penubuhan RCI harus diberi perhatian. Manalah tahu menerusi RCI masalah ini dapat ditanggani. hihi

    ReplyDelete
  12. Jangan sebarkan sesuatu jika belum pasti kesahihannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sebarang isu yang tidak mempunyai bukti tidak patut dimainkan.

      Delete
  13. Itulah kenapa RCI diperlukan mengenai IC Projek ini. Bagi menyiasat siapa dalang dalam semua ini. Kerajaan Negeri Sabah sendiri tidak membantah penubuhan RCI.

    ReplyDelete
  14. Mungkin kita masih menunggu kebenaran dalam mengaitkan kes ini dengan VVIP.Kita tunggu siasatan seterusnya dibuat mengenai projek IC ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesahihan aduan ini belum tentu kebenarannya. Tetapi jika ianya benar2 berlaku, macam mana nak harapkan ketelusan untuk menyiasat VVIP tersebut jika beliau sangat berpengaruh?

      Delete
  15. harap isu ini tidak pula dijadikan bahan politk oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  16. Biarlah RCI menjalankan tugasnya.

    ReplyDelete
  17. VVIP harus disiasat terlebih dahulu, tindakan undang-undang harus diambil tanpa beragu-ragu.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan negeri tidak harus berdiam diri, harus berjuang bersama penduduk di Sabah.

    ReplyDelete
  19. No reason that parliment reject RCI.

    ReplyDelete
  20. Harus mengambil tindakan bijak untuk menubuhkan RCI untuk mengenal pasti masalah.

    ReplyDelete
  21. VVIP yang merupakan "tiger behind the mirror". Harus bertindak untuk membawa harimau besar ini ke mahkamah.

    ReplyDelete
  22. Pasti ada agenda yang tidak diketahui.

    ReplyDelete
  23. RCi adalah cara yang baik untuk mencari punca masalah PATI.

    ReplyDelete
  24. Tidak mungkin kerajaan persekutuan enggan menubuhkan RCI. Ini cuma memberi pandangan yang amat negatif oleh golongan awam.

    ReplyDelete
  25. Harus ada bukti yang sah. Maka, siasatan harus dibuat supaya yang terlibat diambil tindakan.

    ReplyDelete
  26. Sehingga kini, RCI adalah cara yang lebih wajar sementata kaedah baru dikesan.

    ReplyDelete
  27. Harap RCI dapat ditubuhkan agar semua pihak berpuas hati.

    ReplyDelete
  28. Semoga masalah PATI ini akan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia menyebabkan terlalu banyak masalah

    ReplyDelete
  29. rakyat Sabah tulen perlu bersatu untuk melindungi kepentingan bersama

    ReplyDelete
  30. We Sabahan must fight for our rights to defend our welfares at least for future purpose

    ReplyDelete
  31. semoga usaha membanteras dan membasmi masalah PATI akan dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Sabah melalui pelbagai operasi mengesan PATI di negeri ini.

    ReplyDelete
  32. dan berharap usaha berterusan perlu dibuat sehinggalah masalah pati ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  33. Treat Sabahans fairly. RCI, it's now or never.

    ReplyDelete
  34. kenapa penulis tidak dedahkan sekali nama dan pangkat VVIP itu?? alang2 menyeluk perkasam biar sampai kepangkal lengan.. alang2 sudah buka cerita, dedahkan saja identiti individu yang terlibat..

    ReplyDelete
  35. Hopefully, these illegal immigrants will be resolved soon because it causes too many problems to Sabah

    ReplyDelete
  36. the people of Sabah (genuine) need to unite

    ReplyDelete
  37. Sabah people must fight for their rights

    ReplyDelete
  38. Let’s keep praying for the leaders and the people of Sabah..

    ReplyDelete
  39. Sabah will be fine if the government is committed and serious about addressing the problem of illegal immigrants (illegals), which is no end in this country ...

    ReplyDelete