Wednesday 19 September 2012

KEMISKINAN TEGAR TERUS JADI KEBANGGAAN BN?


 
WAWANCARA…..BUMBURING sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai perjuangan dan fungsi sebenar Angkatan Perubahan Sabah (APS)

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

PENGERUSI Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Mujilip Bumburing berkata, kehidupan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Labuk-Sugut terus dibelenggu kemiskinan tegar dan ketinggalan dalam menikmati pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan Sabah sejak 49 tahun lalu.

Ini jelas terbukti, kata Bumburing kerana para penduduk Kampung Kobambangan dan Kampung Pinangkau dalam Zon Paitan di Parlimen Beluran dan DUN Sugut yang majoritinya suku kaum Sungai terus terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan negara seperti jalan kampung, bekalan elektrik, sekolah, klinik dan juga  bekalan air paip bersih.

Walaupun Sabah sudah merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi kehidupan rakyatnya termasuk keadaan kampung masih tidak berubah sehingga masih ada mereka berumah berbumbungkan atap rumbia, berlantai dan berdindingkan kulit kayu; masih minum air perigi atau air sungai yang tercemar dan tidak dirawat.

Bumburing menegaskan demikian dalam ucapannya di Majlis Bertemu Rakyat anjuran Parti  Pakatan Rakyat Cabang Beluran yang diadakan di Kampung Kobambangan, Paitan Sugut, kelmarin.

“Kalaupun ada projek dan kemudahan-kemudahan lainnya yang disalurkan oleh kerajaan UMNO/BN ke satu-satu kampung, hanya berfokus kepada kroni-kroni ADR dan ADUN atau kepada penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja; sementara penduduk yang tidak menyokong atau bukan menjadi ahli parti komponen BN/UMNO terus terpinggir dan dianak tirikan oleh ADUN Sugut Datuk Surady Kayung dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee,” ujarnya.

Tidak hairanlah tambah Bumburing, kerana budaya rasuah dan kroni ini memang sudah menjadi satu budaya kepada para pemimpin UMNO/BN yang mengutamakan sistem pilih kasih dalam pengagehan kek pembangunan dan kesejahteraan.

“Jika dibandingkan kehidupan harian rakyat jati Sabah dengan penduduk bumiputera celupan (klon) yang memegang Kad Pengenalan H 035XXXX dan H 053XXXX; rakyat klon ini lebih mewah lagi kerana anak jati anak Sabah seperti masyarakat kaum Dusun/Kadazan, Murut dan Sungai sukar mendapat kemudahan-kemudahan yang untuk menjamin kehidupan masa depan mereka.

"Peluang niaga dan perniagaan seperti permit bas, permit teksi dan Lesen PUKONSA semakin disekat dan diketatkan dengan pelbagai syarat. Namun jika rakyat klon hanya seminggu sudah diluluskan. Apa semua ini?,” tanya Bumburing dengan nada kesal.

Bumburing menegaskan, beliau ingin mengimbas kembali sejarah hitam yang banyak menimpa para peduduk Paitan ini berhubung tanah adat (NCR) yang mengusahakan tanah berpuluh-puluh ekar sejak empat generasi lalu; daripada hutan belukar sehingga menjadi kebun buah-buahan dan juga kelapa sawit untuk menjana pendapatan mereka.

"Tiba-tiba tanah tersebut diceroboh oleh syarikat gergasi yang datangnya dari Semenanjung; didalangi dan direstui oleh pemimpin Sabah. Bukan sahaja tanah-tanah yang sudah ditanami sawit diradu dengan traktor, sementara rumah-rumah mereka dibakar oleh para pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Sabah.

"Dan yang paling menyedihkan dan menyayat hati ialah tanah perkuburan nenek moyang turut dimusnahkan diradu tanpa rasa hormat atau belas kasihan kepada roh leluhur nenek moyang dan rasa peri kemanusian,” ujarnya.

Perbuatan para pegawai kerajaan yang pro kepada UMNO/BN lebih kejam daripada rejim Israel kerana mereka begitu tergamak 'membunuh' anak bangsanya sendiri sedangkan ramai para pekerja Jabatan Perhutanan, tambah Bumburing berbangsa Kadazan, Dusun dan Sungai.

"Tetapi oleh kerana bersekongkol dengan para pemimpin UMNO, maka mereka sanggup menjahanamkan bangsanya sendiri kerana terlalu taksub kepada UMNO," ujar Bumburing yang kesal kerana pemimpin UMNO di Beluran langsung tidak berhati perut.

Kata Bumburing lagi, Angkatan Perubahan Sabah (APS) adalah merupakan pendukung  sumber aspirasi dan tunggak pendorong kepada parti Pakatan Rakyat di Sabah yang bekerjasama untuk menumpaskan kerajaan UMNO/BN yang terlalu songsang dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

Tegas Bumburing, di Sabah populasi orang asing yang merangkumi tiga suku  bangsa terbesar iaitu bangsa Bugis, Suluk/Bajau dan Pakistan yang telah diberikan MyKad sehingga berstatus bumiputera telah menjangkau 1.3 juta orang.

Nisbah mereka kata Bumburing, 70 peratus Bugis, 20 peratus Suluk/Bajau Filipina dan 10 peratus Pakistan yang dipanggil 'Fixed Deposit' UMNO/BN.

Semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai Pertubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission Inquiry-RCI) Bumburing menjelaskan penubuhan RCI itu merupakan satu gimik atau sandiwara sahaja dengan tujuan  untuk menyedapkan hati rakyat Sabah; tetapi hakikatnya tidak dilaksanakan sebab jika ini berlaku, maka UMNO akan kehilangan 1.3 juta penduduk asing yang merupakan tunjang kekuatan UMNO pada PRU 13 nanti.

“Saya bersyukur kerana rakyat di Sugut sudah beransur-ansur sedar terhadap kerajaan kuku besi UMNO/BN yang terus menghimpit penduduk Sabah, tetapi  kalau PATI mereka betul-betul  pelihara; diberikan tanah beratus-ratus ekar.

"Contohnya di Kampung Paris 1-2 dan 3 di Kinabatangan dengan sokong wakil-wakil rakyatnya, tetapi kalau anak jati tempatan Sabah terlalu sukar untuk mendapatkan tanah. Jangan kata satu ekar, satu incipun kepayahan kerana Pengarah Jabatan Tanah ialah Datuk Osman Jamal. Dia hanya fokus kepada suku-suku  bangsanya sahaja, sementara orang Kadazan-Dusun atau orang Sungai pula, kempunanlah kalau boleh dapat Tanah di Sabah,” terangnya lagi.
Katanya lagi, PRU 13 adalah peluang bagi rakyat Sabah untuk menghukum  habis-habisan segala perbuatan para pemimpin UMNO  yang berkelakuan kejam kepada anak-anak jati Sabah, jika lalai maka peluang keemasan ini terlepas begitu sahaja.

29 comments:

  1. Program mengurangkan kemiskinan tetap menjadi keutamaan dalamagenda pembangunan kerajaan negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk program basmi kemiskinan dilakukan, moga ia dpt menurunkan lagi kadar kemiskinan.

      Delete
    2. kerajaan telah laksanakan PPRT, 1 Azam dan pelbagai perkhidmatan 1Malaysia untuk membantu rakyat.

      Delete
    3. Ekasih, BR1M..these are the poverty eradication programme being introduced.

      Delete
    4. Semoga program membasmi kemiskinan berhasil.

      Delete
  2. Betul ini satu kebanggaan BN untuk memastikan kemiskinan di Sabah ini akan dapat ditangani sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. And where are the oppositions? Are they helping as well?

      Delete
  3. Janganlah PR risau akan usaha yang dibuat kerajaan. Kerajaan tengah berusaha untuk memastikan yang terbaik dan cuba untuk membantu meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk.

    ReplyDelete
  4. Pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk menbantu rakyat. Seperti 1Azam, Rumah PPRT, BR1M, program-program kemahiran dan macam-macam lagi usaha yang telah dibuat oleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat kena manfaatkan program2 ini.

      Delete
    2. The development of ICT in where we have frequent updates on job opportunities.

      Delete
  5. datuk, sepanjang datuk dalam BN dan bergelar YB, apa yang datuk lakukan untuk rakyat?

    ReplyDelete
  6. kemiskinan adalah isu merentasi sempadan..mana2 di dunia ada kemiskinan...yang membezakan adalah usaha kerajaan...kerajaan malaysia sentiasa berusaha untuk menghapuskan kemiskinan..macam2 program disediakan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup...terpulang kepada rakyat sendiri untuk berusaha dengan bantuan kerajaan...yang tidak berusaha tetapi mengharapkan bantuan kerajaan dan lain2 pihak tidak akan keluar dari kepompong kemiskinan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di Sabah ni pula kemiskinan juga mengambil kira faktor PATI yang tinggal secara haram. merekalah salah satu penyebab kemiskinan ini berlaku.

      Delete
    2. If there is nothing been done by the Government, I don't think some of us have free houses, PPRT homes and etc.

      Delete
  7. Kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk pastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan kalaupun tidak sifar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadar kemiskinan di Sabah dah makin brkurangan.

      Delete
    2. amat sukar untuk menjadikan kemiskinan pada tahap sifar namun apa yang penting usaha berterusan diperlukan agar terus menunjukkan penurunan.

      Delete
    3. Should blame illegals for doing this.

      Delete
  8. Namun semuanya itu perlukan masa. Kita memang sudah hilang sabar tapi tipulah kalau kita cakap takda perubahan dari dulu kan. Saya nampak taraf kehidupan lebih baik sudah juga dari dulu.

    ReplyDelete
  9. kena berusaha jika ingin keluar dari kepompong kemiskinan.

    ReplyDelete
  10. Bantuan kewangan harus dikurangkan, pembangunan ekonomi adalah cara penyelesaian berjangka masa panjang.

    ReplyDelete
  11. rakyat sendiri juga harus berusaha membaiki kelemahan.

    ReplyDelete
  12. Tidak mungkin Sabah dalam kemiskinan sedangkan Sabah ada industri yang kaya seperti balak, pertanian, petroleum, pelancongan dll.

    ReplyDelete
  13. kerajaan sentiasa menjalankan program untuk mengurangkan kadar kemiskinan, usaha ini harus diteruskan.

    ReplyDelete
  14. itu bagi pembangkang.. bagi BN pula, kemiskinan tegar menjadi kebanggan pembangkang.. sebab itu pemimpin2 pembangkang suka sangat menghasut rakyat supaya membantah semua projek2 pembangunan ekonomi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  15. pembangkang lebih suka jika rakyat di negeri ini miskin supaya mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan ketika waktu pilihanraya..

    ReplyDelete
  16. bumburing cuba memainkan isu kemiskinan, tapi beliau lupa bahawa beliau juga sebahagian dari kerajaan sebelum menyertai pembangkang.. apa subangkan dia kepada rakyat di negeri ini??

    ReplyDelete
  17. mengatakan kerajaan gagal menyelesaikan masalah kemiskinan, sama la ibarat Bumburing meludah muka dia sendiri..

    ReplyDelete