Friday, 28 September 2012

BAJET 2013 GESA PERBELANJAAN BERHEMAH DAN GST





Oleh : LEE WEI LIAN

KUALA LUMPUR : Putrajaya perlu memastikan perbelanjaannya untuk meningkatkan kedudukan fiskal untuk meyakinkan para pelabur, kata para ekonomi, walaupun dikatakan Bajet 2013 ini akan penuh dengan gula-gula pilihan raya demi meningkatkan undi Barisan Nasional (BN).

Ketua pakar ekonomi RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata, sementara kerajaan tidak memotong perbelanjaan kerana perkembangan ekonomi yang perlahan, ia juga harus tidak melanggar had perbelanjaan untuk memberi keyakinan kepada sektor swasta.

“Memandangkan ekonomi global yang lemah, kerajaan tidak seharusnya memotong perbelanjaan untuk menyokong ekonomi, tetapi ia boleh dilakukan tanpa melanggar hadnya,” kata Yeah.

Ketua pakar ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi lllias berkata, beliau mahu melihat wang itu dibelanjakan secara efektif tanpa kebocoran dan pembaziran.

“Cadangan dari laporan ketua audit negara seharusnya dilaksanakan,” katanya lagi.

Suhaimi juga berharap bajet kali ini dapat mengubah minda masyarakat terhadap implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan oleh perdana menteri tahun lalu dan mungkin akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti.

“Sementara kerajaan cuba untuk membuat bajet mesra rakyat, kerajaan juga harus mendidik rakyat untuk bersedia dengan GST,” kata Suhaimi lagi.

Kewangan kerajaan Malaysia dikatakan antara yang terlemah di Asia dan ramai pakar ekonomi mencadangkan implementasi cukai GST untuk meningkatkan kewangan kerajaan.

Agensi seperti Standard and Poor's (S&P) dan Fitch memberi amaran akan memberi penilaian yang rendah sekiranya Malaysia tidak menggunakan perubahan signifikan terhadap kewangannya.

Fitch Ratings pada bulan lalu berkata Malaysia masih belum memberi pelan yang menyakinkan untuk menangani perbelanjaan defisit dan hutang kerajaan persekutuan.

Ia juga memberitahu dengan keadaan kewangan yang lemah, dengan menerima penilaian 'A' dan Malaysia kini sama paras dengan negara yang banyak berhutang seperti Itali.

Malaysia juga turun empat tangga ke tempat 25 dalam persidangan ekonomi dunia (WEG) dalam kedudukan negara paling berdaya saing tahun ini, dan jatuh dari tempat ke 96 ke 110 dalam kerajaan dengan bajet berimbang.

Pakar ekonomi Citi, Kit Wei Zheng berkata, memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, sebarang implementasi GST bagaimanapun akan meracuni mood politik.

"Dengan GST hanya akan berlaku selepas pilihan raya, sebarang pemotongan cukai peribadi atau korporat diharap perlu ditinggu, walaupun pengumuman potongan pada 2014 akan membeli impak positif, seterusnya untuk melaksanakan GST," katanya lagi.

Yeah dari RAM juga berkata perbelanjaan kerajaan haruslah bersifat meritokratik untuk memastikan persaingan nasional di kalangan sektor swasta.

Ini termasuk belanja untuk pembangunan dan kajian, pembangunan kemahiran dan latihan pekerja.

"Perbelanjaan kerajaan seharusnya dapat dibantu dengan membina asas untuk persaingan dalam ekonomi," kata Yeah.

Kit berkata dia menjangkakan bajet tahun ini akan defisit dengan sasaran 4.7 peratus KDNK.

Harapan Bajet 2013 dari pakar ekonomi dari:

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia

1) Elaun Pelaburan Semula

2) Insentif untuk penjimatan tenaga dan penjagaan

3) Pengurangan cukai korporat dan pendapatan

4) Insentif untuk Kajian dan Pembangunan

Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan

"Saya mahu melihat cukai korporat diturunkan untuk menjadi lebih kompetitif dengan Singapura (17 peratus) dan Hong Kong (15.5 peratus), di mana Malaysia kini terlalu tinggi (25 peratus). Cukai harus diturunkan kepada bawah 20 peratus.

"Saya juga mahu melihat pengurangan bebanan cukai pendapatan di kalangan rakyat Malaysia."

"Jika Malaysia mahu menarik ramai bakat-bakat yang terbaik, cukai pendapatan kita tidak begitu menarik.

Cukai pendapatan seharusan di dalam lingkungan 15 peratus atau sama seperti kadar cukai di Iskandar Malaysia. (TMI)

No comments:

Post a Comment