MAJLIS Bandaraya Kuala
Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau
mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri
Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas
dari ancaman makhluk perosak itu.
Beliau berkata sehubungan
itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara
besar-besaran di bandar raya ini.
"Kita buat kempen ini
berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan
ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya
seperti kencing tikus.
"Program ini juga
dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan,"
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco
kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.
Ahmad berkata kempen itu
akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada
kempen tersebut.
"Kita buat percubaan
dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan
bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan
kepada penduduk di Kuala Terengganu.
"Tak eloklah kalau
tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan
membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita," katanya.
Bagaimanapun Ahmad
mengigatkan penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang
perlu semasa menangkap haiwan tersebut. (Bernama)
No comments:
Post a Comment