Oleh : ABU BAKAR ESAH
SIPITANG:Teknik Relaksasi
merupakan kaedah efektif dan berkesan dalam mengurangkan tekanan dan stresS. Demikian
menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah
Mohd Dun.
Teknik itu katanya
melibatkan pergerakan otot-otot dan pernafasan yang memerlukan ntumuan terhadap
sensasi mida.
“Teknik Relaksasi ini
diklasifikasi kepada mental dan fizikal yang mana ianya melibatkan meditasi,
terapi muzik, aromaterapi, latihan pernafasan dan urutan.
“Pelbagai faedah boleh
diperolehi dengan mempraktikkan kaedah ini dalam kehidupan seharian. Antaranya
ia mampu mengurangkan masalah fizikal akibat tekanan seperti sakit kepala,
sakit dada dan keletihan selain meningkatkan daya tindak dan harga diri hasil
keupayaan mengawal stress dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian
kepada media selepas menyempurnakan majlis perasmian Seminar Minda Sihat
sempena Sambutan Hari Wanita 2012 Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna di
sini, kelmarin.
Seminar yang dianjurkan
Jawatankuasa Kesihatan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) itu disertai 458
peserta yang sebahagain besarnya terdiri daripada kaum wanita disamping
terdapat peserta dari kalangan lelaki.
Hadir sama, Setiusaha Tetap
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP), Datuk
Asnimar Sukardi, Pegawai Daerah Sipitang, Latip Ahmad, Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Datuk Siti Sapoo Ahok, Pengerusi MPWS, Datuk
Mariati Robert, Ketua Daerah Sipitang OKK Arif Ismail, Ketua-ketua Jabatan
serta pemimpin masyarakat.
Terdahulu dalam ucapannya
Azizah berkata minda sihat merupakan kriteria utama kesihatan secara menyeluruh
dan amat penting untuk menentukan kesejahteraan hidup seseorang individu.
“Kesihatan minda berkait
rapat dengan kehidupan seharian kerana apabila kita memiliki minda yang sihat
sudah tetu kita akan berasa selesa dengan diri kita dan juga dengan orang lain
di sekeliling dan kita akan menempuhi cabaran hidup seharian dengan fikiran
positif.
Beliau berkata faktor
sosial, psikologi dan biologi seperti masalah kewangan, diskriminasi gender,
tekanan pekerjaan, penderaan, buli, penyakit kronik, penyalahgunaan dadah,
beban kerja yang berlebihan dan sebagainya adalah faktor penyumbang kepada
tekanan atau stress yang boleh memberikan kesan negatif kepada minda kita
sekiranya tidak mampu dikawal dengan sebaik mungkin.
“Faktor-faktor ini bukan
sahaja memberi impak yang besar kepada individu malah kepada keluarga,
organisasi, masyarakat dan negara,” katanya.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata pelbagai langkah dan tindakan yang
lebih agresif sedang dan akan diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di
bawah rancangan Malaysia ke sembilan bagi membangunkan dan memperkasakan
program kesihatan minda ini termasuklah intervensi promosi minda sihat yang lebih
efektif dan komprehensif.
“Memandangkan pentingnya
minda sihat kepada kesejahteraan hidup kita, maka kerajaan negeri juga sentiasa
mengambil langkah-langkah perlu menerusi jabatan-jabatan dan agensi-agensi
kerajaan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Ini termasuklah
pelaksanaan program-program kesihatan minda.
“Hari ini kementerian saya
melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) mengambil inisiatif membawa seminar
yang sihat ini masuk ke kawasan luar bandar. Langkah ini di ambil agar penduduk
luar bandar tidak tercicir dari memperolehi manfaat berguna melalui seminar
mental sihat ini,” katanya.
Di akhir majlis seramai lima
peserta bertuah menerima hadaiah daripada pihak penganjur yang disampaikan
Azizah.
No comments:
Post a Comment