Wednesday 26 September 2012

PEKAN MELALAP BERWAJAH BARU




TEMUBUAL..... Fredian (tengah) ketika di temubual di studio radio Keningau Fm baru-baru ini.

Oleh: JACKSON LU

TENOM: Satu lagi sejarah pembangunan untuk rakyat bakal dilakar kerajaan Barisan Nasional apabila Pekan kecil Melalap kira-kira 15 kilometer dari pekan akan dibangunkan tidak lama lagi dengan bermulanya Projek Penaiktaraf Pekan Melalap.

Projek tersebut dijangka dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada September 29, jam 11 pagi di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, kata Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Fredian Gan yang juga Ketua urusetia pelaksana majlis pecah tanah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah Keningau FM dalam satu kenyataan di konti radio Keningau FM pada Rabu.

Menurutnya, pelbagai program akan berlangsung dalam majlis perasmian tersebut, antaranya sukaneka kendalian Kementerian Belia dan Sukan, serta program Ramah Mesra Bersama Pemimpin Setempat dengan seluruh masyarakat di mukim berkenaan.

Fredian berkata, artis tempatan seperti Jimmy Palikat, Abu Bakar Ella akan turut memeriahkan program tersebut selain pelbagai pameran daripada agensi agensi kerajaan dan swasta.

Dalam pada itu, stesen radio tempatan, Keningau fm akan turut menyertai pameran berkenaan dengan mengadakan ujibakat penyampai dalam Bahasa Murut.

Fredian berharap agar orang ramai disegenap pelusuk daerah adalah dialu alukan untuk menghadiri majlis yang penuh bersejarah itu tanpa mengira usia dan latar belakang serta fahaman politik dengan satu tujuan untuk memeriahkan lagi program yang diadakan itu.

15 comments:

  1. A number of issues for the government’s attention, among others the road upgrading in Ulu Tomani, the establishment of Melalap township, the low rubber prices paid to smallholders, and the bridge that connects Murut Cultural Centre to Sabah Agriculture Park.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau ada usaha yang baik untuk membangunkan pekan yang terpencil ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekan2 terpencil yang lain jg perlu dibangunkan.

      Delete
  3. Projek Penaiktaraf Pekan Melalap satu usaha yang baik yang dirancang oleh kerajaan. Harap perkara ini akan menjadi realiti kepada disekitar itu.

    ReplyDelete
  4. Congrats to Melalap. Janji Ditepati.

    ReplyDelete
  5. Thanks to the government for being attentive.

    ReplyDelete
  6. Yes, Melalap villagers should be grateful.

    ReplyDelete
  7. satu berita baik kepada penduduk Melalap, pekan Melalap akan dibangunkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah semestinya ini merupakan berita baik kepada penduduk melalap.

      Delete
  8. ini merupakan sesuatu yang amat diharapkan oleh penduduk di sana.

    ReplyDelete
  9. syabas kepada kerajaan BN sabah kerana terus melaksanakan kerja2 pembangunan di negeri ini..

    ReplyDelete
  10. jika negeri ini terus menerus menerima dana pembangunan samada dari persekutuan mahupun kerajaan negeri, saya yakin Sabah mampu setanding dengan negeri2 di semenanjung tanpa perlu menunggu tahun 2020..

    ReplyDelete