KOTA KINABALU: Sehingga 21
September lepas, Sabah telah membelanjakan RM1.971 bilion atau 45.1 peratus
daripada peruntukan bagi tahun ini di bawah pelan pusingan kedua Rancangan
Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10), kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kelmarin.
Katanya Sabah diberikan
RM4.376 bilion untuk melaksanakan 743 projek tahun ini.
“Prestasi ini adalah 0.4
peratus di atas Purata Nasional iaitu 44.7 peratus,” katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri di sini.
Musa berharap pendekatan
merakyatkan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan
sektor tersebut.
Beliau berkata perkhidmatan
awam perlu menilai sumbangan masing-masing kepada rakyat dengan pendekatan
lebih mesra dan bersifat membantu.
“Ketua-ketua jabatan juga
diminta untuk terus turun padang dan melihat dengan lebih dekat pelaksanaan
projek dan pembangunan.
“Semua Setiausaha Tetap,
Pengarah dan Ketua Jabatan disarankan agar lebih responsif yang menekankan
kepada pengurusan berciri- kan sentuhan insan dengan pegawai dan kakitangan di
bawah seliaan masing-masing,” katanya.
Di samping itu, Musa juga
meminta penjawat awam di negeri ini supaya kreatif dan berinovatif dengan
fikiran dan minda yang lebih berdaya saing dan sentiasa mencari idea baru merentasi
Strategi Lautan Biru.
Katanya pendekatan itu bagi
mempersiapkan perkhidmatan awam dalam melaksanakan fasa kedua Program
Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) yang bakal melonjakkan negara ke peringkat yang
lebih tinggi.
Beliau berharap sektor awam
di negeri ini menerapkan prinsip cepat, tepat dan berintegriti serta prinsip
produktif, kreatif dan berinovasi bagi menjayakan GTP 2.0 tersebu
No comments:
Post a Comment