Oleh: HAMZAH BIN ABDULLAH
KEMARAHAN Anak Negeri Sabah
yang tulen (bukan Anak Negeri Palsu) di atas rampasan tanah NT dan juga tanah
nenek moyang mereka yang diwarisi sejak turun temurun @ 'Tanah Adat'; sama ada
yang dilakukan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) yang diketuai oleh
Pengarahnya, Datuk Osman Jamal atau Jabatan Perhutanan, Datuk Sam Mannan, masih
belum reda.
Kemarahan Anak Negeri Sabah
tulen semakin memuncak apabila tanah bertaraf 'Communal Title' atau geran
berkelompok pun turut telah diceroboh dan dirampas oleh syarikat-syarikat besar
yang tentunya ada kaitan dengan individu yang memegang tampuk kuasa di negeri
ini.
Anak Negeri tulen sudah
tidak lagi mempercayai usaha JTU untuk bertindak menubuhkan pasukan bergerak
pergi ke tempat-tempat yang sukar dikunjungi bagi memberi nasihat dan mendidik
penduduk pribumi tulen ini konon bagi menyelesaikn isu tanah yang mereka
hadapi.
Maka, penduduk pribumi tulen
ini sudah mula melaungkan slogan 'Ini Kali Lah' yang membawa maksud bahawa kali
ini mereka berazam untuk menumbangkan UMNO/BN pada pilihanraya ke-13 akan
datang ini.
Mereka sedia faham bahawa
punca kepada kemelut penduduk pribumi hilang hak ke atas tanah NT dan tanah
adat adalah disebabkan JTU diketuai oleh pegawai yang tunduk kepada pengaruh
dan arahan pucuk pimpinan UMNO/BN Sabah.
Pasukan bergerak yang
ditubuhkan JTU ini hanya membazir wang pembayar cukai dan tidak akan mampu
menyelesaikan masalah yang semakin kronik. Punca kepada masalah ini adalah
UMNO/BN dan JTU sendiri dan ia hanya mampu diselesaikan apabila UMNO/BN tumbang
pada PRU 13 ini.
Oleh yang demikian, pasukan
bergerak JTU ini mempunyai agenda politik yang bermatlamat memperdayakan
penduduk pribumi agar mempercayai kononnya usaha ini untuk membantu mereka bagi
mendapatkan semula hak-hak mereka yang telah dirompak oleh kroni-kroni UMNO/BN!
Pejabat Hal Ehwal Anak
Negeri Sabah juga turut menyumbang kepada hilangnya hak pribumi tulen ke atas
tanah NT dan tanah adat apabila Pengarahnya dengan sewenang-wenang mengeluarkan
surat pengesahan bangsa Sino-Kadazan atau Sino-Native dan seterusnya memperakui
individu yang sejak 50 tahun sijil kelahirannya mencatitkan seorang yang
berbangsa Cina sebagai layak menyimpan dalam Skim Amanah Nasional (ASN/ASB)
serta layak memiliki tanah NT.
Perakuan yang dibuat
Pengarah Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ini mempunyai implikasi yang cukup berat kerana
surat pengesahan ini melayakkan anak-anak mereka mendapat biasiswa/pinjaman
MARA, layak memasuki UiTM, layak dikategorikan sebagai Kontraktor Bumiputera,
layak membida projek-projek yang dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera!
Wahai bangsa pribumi,
ingatlah bahawa pengkhianat bangsa pribumi terdiri dari pribumi sendiri, yang
sanggup menggadai maruah dan harga diri mereka dengan mendapat balasan dan
habuan berupa wang ringgit.
Maka hiduplah mereka dengan
bersenang-lenang di atas keperitan hidup yang terpaksa dilalui oleh bangsa
pribumi. Maka pastikan, 'Ini Kali Lah', undi anda diberikan kepada ABU, Asal
Bukan UMNO!
No comments:
Post a Comment