Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Bajet
Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti
pemerintah Barisan Nasional (BN).
Bajet yang dihasilkan secara
bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN
adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh
masanya untuk dilaksanakan.
“Itu bajet bodoh ...
persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?
“Ia hanya “trick” untuk
menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan
apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada
pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor,
P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata,
beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.
Jelasnya, bajet itu adalah
“tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.
“Ia (bajet) membuatkan saya
ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.
“Bukan seperti BN, kami
melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk
membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri”
dengan pengumuman bajet tersebut.
“Semua dia nak, perdana
menteri, menteri kewangan, buat bajet, beliau seperti syok sendiri,” katanya
lagi.
Sementara itu, ahli Parlimen
Tangga Batu, Datuk Idris Harun menegaskan, idea PR untuk menghapuskan Projek
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam bajet tersebut bukan sesuatu yang
praktikal kerana hanya akan mengakibatkan projek sedia ada yang sedang
dibangunkan akan terbengkalai.
Pengerusi Skim Permodalan
Nasional Berhad (SPNB) ini juga menegaskan cadangan itu lebih kepada menghentam
dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa
yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat
“Proses yang dilaksanakan
kerajaan itu adalah proses percambahan untuk memperbanyakkan lagi syarikat bagi
membolehkan lebih banyak projek kerajaan dapat disiapkan.
“Ia juga dapat mengelakkan
monopoli kerana setiap projek perumahan dan apa yang cuba dijanjikan
pembangkang melalui bajet bayangan mereka itu hanya akan akan mewujudkan unsur
yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.
Dalam pembentangan bajet mereka
hari ini, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh
rakyat Malaysia.
Ketua Pembangkang itu berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat
melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman
pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata,
kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa
meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat
sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Perdana Menteri juga
dijangka akan membentangkan bajet kerajaan pada Jumaat ini yang berkemungkinan
untuk menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun
kadar hutang negara yang semakin meningkat.
Pakar ekonomi berkata Najib
akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan
mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya
setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah
bertarung dengan kenaikan harga barang.
Anwar dan Najib dilihat
menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang
dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba
untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan yang drastik.
Najib perlu melaksanakan
pilihan raya ke-13 hingga April tahun depan namun telah pun mengumumkan
beberapa siri pemberian tunai, termasuk RM2.6 bilion tunai kepada keluarga
berpendapatan rendah. (TMI)
Maklumlah Anwar sudah lama mengidamkan kerusi PM. beliau akan buat apa saja untuk memenuhi hasratnya termasuk meminta bantuan dari pihak luar.
ReplyDeletememang itu sikap anwar...
DeletePerhaps his next target is George Soros?
DeletePR only knows to make rhetoric promises instead fulfilling them.
ReplyDeleteKadang-kadang janji dorang tu tak tercapai oleh akal manusia:P
DeletePakatan is merely giving rhetoric promises.
Deletebajet PR bolehlah dilaksanakan di negeri2 pembangkang sebagai eksperimen...
ReplyDeletePR is getting its nerve.
DeletePandai-pandailah rakyat menilai senario ini secara matang. Jnagan mudah terpedaya sudahlah:P
ReplyDeleteMemang PR tidak tahu dan pasti adakah bajet mereka ini benar-benar untuk rakyat atau kepentingan sendiri.
ReplyDeletetidak perlulah kita terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh PR kepada kita. Semua itu cuma untuk menarik undi daripada rakyat.
ReplyDeletePakatan's budget is not the right budget.
ReplyDeleteNajib is a friendly person and I'm sure his budget is people friendly type.
ReplyDeletepakatan mmg suka buat bajet main rambang saja. jgn mudah terpedaya.
ReplyDeletekena bijak menilai bajet dari pembangkang.
ReplyDeleteIt's not a simple matter. Preparing a budget is not a matter of juggling revenue and expenditure alone. The proposal to reduce excise taxes and tolls will affect government revenue, while new allocations will widen the net deficit..
ReplyDeletethe Pakatan budget proposal contained a smaller expenditure, which would impact economic growth at a time when aggregate demand had to be sustained because of the external economic environment.
ReplyDeleteWhat the government has done so far to strengthen the domestic economy through consumption and public investment is a step in in the right direction.
ReplyDeleteThe government may also need to facilitate more private investments through public-private partnerships so as to mobilise domestic private sector savings, hence, reducing the need for additional borrowing..
Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.
ReplyDeletePerkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.
ReplyDeleteWalaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.
ReplyDeleteHakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.
ReplyDeleteBagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.
ReplyDeleteJika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.
Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.
Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.
ReplyDeleteBegitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.
Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.
ReplyDeletePerkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.