Thursday 27 September 2012

PRO ASPIRASI KUASAI PILIHAN RAYA KAMPUS




Oleh : AMIRUL AZAM ZULKAFLI

PETALING JAYA: Kumpulan Pro Aspirasi (Pro A) menguasai pemilihan Maljis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 yang dijalankan semalam di universiti seluruh negara.

Pro A menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti. Antaranya, UPM, UUM, UPSI, UPNM, UMP, UMS dan USM. Setakat ini, Pro A menguasai 12 universiti.

Bagaimanapun, keputusan di UIAM terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kerosakan teknikal pada sistem e-undi.

Dekan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Dr Akmal Khuzairy berkata, proses pengundian melalui sistem e-undi yang digunakan semalam telah mengalami masalah teknikal untuk membuat pengiraan jumlah pengundian.

Pilihan raya ulangan akan berlangsung seminggu kemudian menggunakan sistem manual.

Pada Khamis lepas, Pro A telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Di UiTM pula, Aspirasi membolot kesemua 226 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan pilihan raya kampus UKM memihak kepada kumpulan Pro M seperti yang dijangka kerana UKM merupakan kubu kuat Pro M. Mereka  menang 19 kerusi berbalas 7 untuk Pro A.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Malaya juga ditangguh ekoran dua kerusi iaitu di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pendidikan mendapat undi sama banyak.

Difahamkan, undian semula di kedua-dua fakulti itu akan dibuat hari inj bagi menentukan keputusan rasmi. Bagaimanapun, keputusan stakat semalam menyaksikan Pro M kampus itu mendahului dengan kemenangan di 20 kerusi.

Kemenangan dijangka berpihak kepada Pro M. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Naib Canselor UM, Tan Sri Ghauth Jasmon pada Khamis.

8 comments:

  1. tahniah atas kejayaan Pro Aspirasi memenangi Pilihanraya kampus.

    ReplyDelete
  2. Pro Aspirasi mendapat tempat di hati pengundi siswa dan siswi.

    ReplyDelete
  3. Kekalutan semasa pengundian universiti dijalankan diharap tidak berlaku dalam PRU13.

    ReplyDelete
  4. kebangkitan Pro-A di UM kali ini adalah manifestasi penolakan mereka terhadap gerak kerja politik kumpulan Pro-M yang dilihat sudah melampau batas dan semakin tersasar jauh dari matlamat utama yakni mendahulukan kebajikan pelajar.

    ReplyDelete
  5. kekalahan teruk Pro-M di UPSI merupakan antara peristiwa manis untuk dikenang kerana pada tahun ini IPTA itu pernah dihimpit kontroversi apabila salah seorang pelajarnya, Adam Adli dan beberapa kuncunya telah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan nama baik UPSI.

    ReplyDelete
  6. Barangkali sukar untuk pimpinan parti-parti pembangkang menerima hakikat bahawa ideologi dan susur galur perjuangan mereka sudah semakin pudar dari perhatian ramai khususnya dikalangan para belia kita.

    ReplyDelete
  7. Keputusan PRK 2012 sebenarnya lebih dari mencukupi sebagai bukti sebahagian besar orang muda dan para belia sudah serik dan semakin jauh dari jangkauan dakyah pakatan pembangkang.

    ReplyDelete