TOLAK....Pemuda
MCA menolak kajian UMCEDEL yang mengatakan isu integriti pemimpin Umno/BN
sebagai batu penghalang untuk meraih undi.
Oleh : K PRAGALATH
PETALING JAYA: Pemimpin
Pemuda MCA, Datuk Chua Tee Yong menolak
hasil penemuan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL) bahawa integriti pemimpin Umno/BN menjadi batu penghalang meraih undi
di dalam pilihan raya umum ke 13.
“Di Malaysia hasil kajian
dan pola pengundian tidak selari seperti di Amerika Syarikat,” kata Ketua Biro
Profesional Muda MCA itu.
Chua turut mencabar Pakatan
Rakayat untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri di negeri yang
diperintah Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
“Ini tidak bermakna Pakatan
Rakyat sempurna. Mereka boleh mengisytiharkan pilihanraya di negeri
masing-masing dengan serta merta,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani.
Manakala, Setiausaha BN
Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pilihan raya umum ke 13 akan
menentukan sama ada integriti kepimpinan BN dan Umno tercalar atau tidak.
“Biar rakyat yang jadi
penentu di dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Rahman yang juga
merupakan ahli Parlimen Kota Belud.
Rahman bagaimanapun, mempersoalkan kaedah metodologi dan
pengalaman yang digunakan oleh UMCEDEL dalam menjalankan kajian sebegini.
`Kegagalan kerajaan’
“Adakah mereka menjalankan
kajian sebegini sebelum ini?”
Beliau mengulas hasil kajian
UMCEDEL yang mendapati isu integriti pemimpin Umno/BN sebagai batu penghalang
untuk meraih undi di dalam pilihan raya umum ke 13.
Sebanyak 70 peratus dari
2,282 responden dalam bulan April dan 66 peratus dari 1,536 responden pada
bulan ini menyatakan isu integriti pemimpin Umno dan BN menjadi batu penghalang
untuk mereka mengundi parti pemerintah kebangsaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen
PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad
berkata mereka akan menggunakan kajian ini sebagai modal kempen pilihan raya.
“Ia akan memudahkan kempen
pilihan raya kami. Hasil kajian ini menunjukkan kegagalan kepimpinan kerajaan
untuk melaksanakan wawasan kerana mereka gagal mengamalkan ketelusan dan
keutuhan kepimpinan,” kata beliau yang turut menjadi ahli jawatankuasa PAS
Pusat.
Beliau menambah bahawa usaha
ini akan dibuat selaras dengan usaha menggunakan pelbagai media untuk
menyampaikan mesej kepada para pengundi. (FMT)
No comments:
Post a Comment