Saudara Pengarang,
TIDAK siapa menyangka bahawa
Pasaraya D'ONE Mart yang terletak Lot 11, 12, 13, 14, 15, 16, Lazenda
Shophouse, Jln. Tun Mustapha, 87000 Labuan milik syarikat bumiputera (LPM
Corporation Sdn. Bhd) yang mula beroperasi pada 3 Mei 2009 lebih mengutamakan
pekerja asing daripada rakyat tempatan.
Tidak tahu bagaimana dan kenapa
Jabatan Imigresen boleh meluluskan Kuota Menggaji Pekerja Asing dan membenarkan
pekerja asing dari sektor Pembantu Rumah bekerja di Sektor Perkhidmatan
Pasaraya yang sewajarnya dilakukan oleh pekerja tempatan.
Hanya pekerja asing yang
sesuai bekerja di Pasaraya ini kerana Pengurusnya, Emelda Doliente @ Norsiah
Abdullah ialah Warga Filipina yang mendapatkan kad pengenalan projek dan
memberikan layanan buruk kepada pekerja tempatan.
Baru-baru ini, seorang
pekerja tempatan telah mengadu ke Jabatan Tenaga Kerja kerana tidak dibayar
elaun lebih masa dan pelbagai elaun lain termasuk gaji berganda kerja pada cuti
umum, SOCSO dan KWSP; malangnya pekerja tersebut telah dibuang kerja serta
merta.
Kini, Pasaraya ini menjadi
koloni Warga Asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau
menyalahguna pas kerja kerana terbukti setiap kali ada serbuan Imigresen;
Pasaraya ini kekurangan pekerja kerana mereka disembunyikan dalam tempoh
tertentu sehingga operasi selesai.
Mungkin agak menghairankan
kerana ketika Kerajaan Persekutuan berhempas pulas mahu menjayakan Penubuhan Suruhanjaya
Siasatan DiRaja (RCI); Pasaraya milik bumiputera ini bebas menggaji pekerja
asing tanpa permit.
Tambahan pula, seluruh
rakyat Labuan tahu bahawa Emelda Doliente ini memperolehi MyKad dengan cara
tidak sah atas bantuan suaminya, Hj Mohd Alias Hj Abd Rahman dan turut memiliki
beberapa pasport palsu sebagaimana yang telah didedahkan media alternatif
sebelum ini.
Salam Hormat,
LABUAN INTERPOOL
Kenapa perlu mengambil perkerja daripada warga asing untuk mengisi kekosongan yang ada.
ReplyDeletekena utamakan orng temapatan untuk bekerja.
DeleteAda juga sebilangan warga negara amat memilih kerja.
DeleteBanyak peluang pekerjaan telah diberi oleh kerajaan, belia harus menghargai dan membaiki diri agar dapat offer yang lebih baik.
DeleteTidakkah orang Sabahan juga ada yang boleh mengisi tempat kosong?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTambahan lagi menjadi masalah adalah mengambil mereka yang tidak ada permit. Ini satu kesalahan undang-undang. Maka perlu disiasat mengenai perkara ini.
ReplyDeletemana2 majikan yang mengambl pekerja asing tanpa permit harus dikenakan tindakan.
DeleteKalau perkara ini betul, memang tidak hairanlah kalau ia jadi topik hangat.
ReplyDeleteHarap perkara ini dapat disiasat dan sebolehnya utamkanlah pekerja tempatan.
ReplyDeleteOrang tempatan juga harus menghargai peluang pekerjaan yang ada.
DeleteEmployers have been reminded to register their legal foreign workers under the State Immigration's Legal Foreign Workers' Registration biometric programme.
ReplyDeleteAbout 25% or 59,331 legal foreign workers have registered out of the total 237,338 as of Oct 24 2011.
DeleteMentek said it was important to know which worker is still working for which company, or whose employees have already returned to their countries or changed their names and so forth
Deletemost foreign workers come from the plantation industry, with about 51 per cent or 52,506 of them already registered under State Immigration's Legal Foreign Workers' Registration biometric programme from a total of 102,735 statewide.
DeleteThe agriculture, manufacturing, construction and service sectors recorded a total of 67,228, 30,480, 12,847, and 9,911 legal foreign workers as of last Monday, respectively, with each sector having 3.24%, 10.32%, 4.38% as well as 2.1%t registered under the Pasah programme.
DeleteThe resource-rich east Malaysian state is dependent on thousands of Filipino and Indonesian immigrants to work in plantations, restaurants and coffee shops, and on construction sites.
ReplyDeleteYet they are ironically frowned upon by the local people who have blamed their socio-economic problems on them.
DeleteFinding a solution has thus far been elusive. But the Malaysian navy, coast guards, and the marine police have done a great job in policing the coast to keep the waters safe for shipping.
DeleteBefore this, immigration department in Sabah was stopped from banning foreign workers from working as waiters, waitresses and kitchen helpers at restaurants and coffee shops after their employers protested.
DeleteForeign workers cannot be pampered too much, or else they will step our head.
DeleteWarga Sabah harus diberi keutamaan.
ReplyDeleteJika tidak, taraf hidup dan isu kemiskinan juga tiada perkembangan juga.
DeleteJabatan imigresen harus menjalankan tugas untuk menyekat golongan yang tidak mempunyai dokumen sah masuk ke Malaysia.
ReplyDeleteGolongan yang tiada dokumen sah harus dihantar balik.
ReplyDeleteJika nak guna pekerja asing, gunakanlah dengan cara mengikuti undang-undang yang betul.
ReplyDeletePekerja asing yang tiada dokumen sah harus dihantar balik.
ReplyDeletekalau betullah pasaraya ini menggaji pekerja asing tanpa permit, sepatutnya pengadu buat laporan polis.. bukannya membuat laporan sabahkini..
ReplyDeletepengadu juga patut buat follow up berkenaan dengan aduan bekas pekerja di jabatan tenaga kerja..
ReplyDeletekadang2 kita tidak boleh percaya disebelah pihak sahaja.. banyak kemungkinan yang boleh dijadikan sandaran kenapa aduan ini timbul.. mungkin juga sebab persaingan perniagaan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJanganlah menilai atau mengambil pandangan daripada segelintir pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan masalah peribadi semata-mata. Jika kes ini benar-benar berlaku kenapa Pihak Berkuasa iaitu Perbadanan Labuan masih lagi meneruskan lesen perniagaan kedai ini? Saya orang Labuan lebih arif dan mengetahui keadaan sekitar saya.
ReplyDelete