Oleh: KREW SABAHKINI.NET
PEMANGKU Ketua UMNO Bahagian
Beaufort, Isnin Aliasnih mengingatkan generasi muda bijak menilai setiap
informasi yang mereka terima yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Katanya, pihak berkenaan
sengaja melakukan serangan peribadi yang tidak masuk akal dengan melakukan
pembohongan.
"Anda jangan mudah
terpedaya. Biarlah rakyat yang menghukum perbuatan mereka, kita tahu bahawa
perbuatan mereka (pembangkang) ibarat membuka pekung di dada kerana setiap isu
yang mereka timbulkan merupakan kegagalan mereka semasa bersama kerajaan
dahulu," katanya tanpa menamakan pihak terbabit.
Beliau berkata demikian
semasa berucap pada Majlis Santai bersama ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO
pusat daerah mengundi pekan Menumbok, dekat sini.
Isnin berkata, mereka cuba
kaitkan isu masalah air di kawasan Kuala Penyu
dan Menumbok sedangkan sebelumnya pihak terbabit gagal untuk menyuarakan
permasalahan tersebut di peringkat kerajaan pusat mahupun dalam persidangan
Parlimen.
“Bayangkan kepintaran mereka
memutarbelit isu tersebut. Perbuatan tersebut umpama baling batu sembunyi
tangan," tegasnya.
"Seperti semua maklum,
sebelum ini individu berkenaan hanya lantang menyuarakan pembinaan Jambatan Si
Tompok (Kuala Penyu) dan bukannya memperjuangkan masalah air di kawasan ini.
Ini kerana pihak tersebut hanya mementingkan diri mahu mendapatkan projek
tersebut; bukannya menyuarakan untuk kesejahteraan rakyat di kawasan itu,"
tambahnya lagi.
Isnin yang juga Setaiusaha
Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur menambah, semasa PRU ke-12 yang
lalu, individu tersebut yang juga sebagai calon Parlimen berjanji dengan
lantang; “beri saya tempoh tiga bulan selepas PRU, masalah air Kuala Penyu -
Menumbok akan selesai. Namun, hakikatnya permasalahan air di kawasan ini beliau
tinggalkan bersama angan-angan yang baru,” katanya dengan mengibaratkan
individu itu sebagai seorang pelakon yang handal.
"Kita yakin bahawa
masyarakat di daerah ini masih ingat kata-kata beliau semasa berkempen dalam
PRU-12 di tapak tamu Pekan Menumbok ketika itu," tegasnya.
"Kalau sudah ketandusan
idea, mereka sanggup cakap apa saja. Pembinaan rumah saya mereka katakan di
sana sini bernilai RM 1.7 juta dan adakalanya RM 1.2 juta. Peliknya, mereka
lebih tahu menilai sedangkan pembinaannya belum siap lagi," kata Isnin.
Beliau turut menjelaskan
sebelum meninggalkan BN, pihak berkenaan pernah merayu agar tidak mengaitkan
isu peribadi namun terbukti pihak ini (pembangkang) sudah mula menggunakan
taktik kotor untuk mempengaruhi rakyat.
"Kita yakin rakyat
bijak menilai keperibadian mereka, biarlah mereka berkata apa saja. Terserahlah
kepada rakyat untuk menghukum perbuatan mereka dalam PRU-13 nanti kerana rakyat
sekarang bukan mudah untuk diperdagangkan atau dilelong bagi mengaut keuntungan
peribadi,”, katanya.
No comments:
Post a Comment