Saturday 29 September 2012

APPLIKASI ‘SABAHKINI.NET’ DI NOKIA STORE!


 

Oleh : ADLI AYOB

LAMAN portal berita SabahKini.net memang tidak asing lagi bagi penduduk Negeri Sabah. Kehebatan portal ini ialah ia menjana lebih 8 juta pengunjung pada setiap bulan. Mengapakah ia begitu popular? Sebabnya mudah sahaja, kerana Sabahkini menghidangkan berita-berita sensasi dalam dunia politik dan kehidupan rakyat Sabah.

Apabila di sebut ‘portal’ pastilah ia mempunyai beberapa laman berita, rangkaian sosial dan siaran video sendiri. Untuk itu, semasa saya mencipta aplikasi ini, berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu saya tekankan:

  • Perlu memasukkan 4 RSS (news feed) sekaligus dalam satu applikasi mudahalih. Ini kerana portal Sabahkini ada 4 bahan berita rasmi iaitu – Sabahkini.net, SabahkiniTV (Youtube), Blog IC Palsu dan Blog Sejarah Mazu Sabah. Ini bermakna, bukan menciptakan 4 aplikasi, tetapi memasukkan keempat-empat sumber dalam satu perisian capaian berita untuk peranti mudahalih Nokia.
  • Ia perlu diciptakan untuk berfungsi secara ‘online’. Ini bermakna, saya perlu memilih WIDGET dan menciptakannya seringan yang mungkin. Apabila bersifat widget, ia mestilah boleh diletakkan pada laman ‘homescreen’ dan akan mengemaskini berita secara langsung.
  • Aplikasi untuk Sabahkini pada telefon Android telah wujud pada bulan lepas, jadi aplikasi yang serupa untuk telefon Nokia (terutamanya Symbian) perlulah diwujudkan dengan ‘look & feel’ yang seakan-akan sama dengan portal berita rasmi Sabahkini.net.
  • Ada empat platform pada telefon berjenama Nokia. Yang paling besar tentulah Symbian, kemudian diikuti dengan S40 Touch, S40 keypad dan akhir sekali Maemo/MeeGo. Ini bermakna saya perlu menciptakan satu perisian yang boleh merentas keempat-empat platform ini.
Dengan mengambilkira semua perkara yang telah saya sebutkan tadi, maka lahirlah applikasi widget SabahKini.net yang boleh dilayari untuk semua platform Nokia seperti berikut:
  1. Telefon SYMBIAN (seperti 5800, X6, N97, N8, C7, E7, C6-01) boleh anda pindahturun di SINI: http://store.ovi.com/content/317456
  2. Telefon MAEMO/MEEGO (seperti N900, N950 & N9) boleh anda pindahturun di SINI: http://store.ovi.com/content/317458
  3. Telefon S40 TOUCH (seperti 3050, 3060, Asha 305, Asha 306, Asha 311) boleh anda pindahturun di SINI: http://store.ovi.com/content/317457
  4. Telefon S40 Keypad (seperti 2730, 5130, X2-05) boleh anda pindahturun di SINI: http://store.ovi.com/content/317455
Jika anda sedang menggunakan pelayar web Nokia atau Opera Mobile untuk membaca artikel ini, apa yang anda perlu buat ialah menekan pautan yang disediakan dan memindahturun perisian yang dinyatakan.

Paling mudah ialah dengan menggunakan perisian ‘Nokia Store’ yang memang telah tersedia di telefon anda. Sila buat carian ‘Sabahkini‘ atau ‘Symbianku dan kemudiannya anda akan dibawa terus ke laman pindahturun. Langkah inilah yang PALING TEPAT dan BETUL jika anda tidak perasan atau keliru dengan model telefon Nokia anda.

Perisian ini diberikan secara PERCUMA untuk semua pembaca SabahKini.net di seluruh negara! Dapatkan ia hari ini kerana ia memang dioptimakan untuk skrin telefon Nokia anda.

No comments:

Post a Comment