KUALA LUMPUR : Kemusykilan
seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab
apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus
mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.
Perkara itu terbongkar
selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital
Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut
telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.
Sumber memberitahu, sebaik
dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup
bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.
Katanya, salah seorang ahli
keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Polis yang pergi ke rumah
gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi
lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.
“Mayat bayi itu dibungkus
dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik
dilahirkan"
Tambahnya, remaja tersebut
tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.
Menurut sumber itu lagi,
pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi
malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah
mengesahkan kes tersebut. (MyTabloid)
No comments:
Post a Comment