Sunday 30 September 2012

PRO-ISRAEL, PRO-PEMBANGKANG? EPISOD II




TAKLIMAT...... Anwar sedang memberi taklimat dalam program 'Democracy In The Muslim World - Priorities and Strategies'. Turut memerhatikan Anwar adalah Carl Gershman (Presiden NED) & Radwan Masmaodi (Director CSID).



CARL GRESHMAN, Presiden NED President merupakan bekas ahli Governing Council of the American Jewish Congress dan Naib-Pengerusi kumpulan Young People's Socialist League dan pada tahun 1968.

Beliau telah bekerja dalam Jabatan Kajiselidik Pertubuhan Anti-Defamation League of B’nai B’rith, dianggap sebagai satu Pertubuhan Perkhidmatan Yahudi yang terkemuka di dunia yang komited kepada keselamatan dan keberterusan kewujudan Negara Israel. [10]

Pertubuhan Anti-Defamation League merupakan satu badan hak asasi manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat komited kepada 'keselamatan Israel dan kaum Yahudi sedunia,' dan dibabitkan pada tahun 1993 oleh Peguam Daerah San Francisco atas tuduhan menyelia operasi pengawasan yang luas untuk memantau warga negara Amerika yang menentang dasar Israel di Tebing Barat dan Gaza sebelum menyalurkan maklumat peribadi mereka kepada kerajan Israel di Tel Aviv. [11]

Selain daripada menyediakan tabung biaya kepada kumpulan Bersih melalui National Democratic Institute (NDI),  operasi National Endowment for Democracy (NED) di Malaysia menyumbang US$100,000 (RM 317,260) untuk tujuan berita berunsur politik kepada laman web  Malaysiakini, yang dianggap sebagai saluran berita yang paling pro-pembangkang di Malaysia. [12]

Premesh Chandran, CEO Malaysiakini, penerima geran dari Open Society Foundations milik Gorge Soros dan telah melancarkan pertubuhan berita itu dengan geran berjumlah $100,000 Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) yang berpusat di Bangkok, juga merupakan penerima biaya dari Open Society Institute, Pertubuhan  NED, dan Freedom House, sebuah pertubuhan yang bergantung kepada bahagian peratusan geran yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat. [13][14]

NED juga menyediakan biaya berjumlah $90,000 (RM 285,516) kepada SUARAM, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia. [15]

Penerima paling penting kepada program NED di Malaysia ialah Badan  International Republican Institute (IRI), yang menerima sebanyak $802,122 (RM 2,544,670) setiap tahun dan ditugaskan untuk 'bekerjasama dengan pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan kaji selidik tentang pandangan umum (public opinion research), latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih efektif dalam kawasan yang mereka wakili.” [16]

Tindakan IRI untuk menyebutkan kawasan tertentu ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana kuasa di Pulau Pinang dipegang oleh Democratic Action Party (DAP) sementara Selangor dipegang oeh Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua daripada pertubuhan yang menganggotai Pakatan Rakyat, pimpinan Anwar Ibrahim.  






Senator Amerika Syarikat, John McCain, penyokong kuat ketenteraan Amerika menyebut dirinya sebagai “Pro-Amerika Dan Pro-Israel Yang Bangga”,  mempengerusikan Badan International Republican Institute, dengan kenyataan misinya di Malaysia yang berbunyi berikut:

"Sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, negara ini telah mengalami pelbagai siri pilihanraya negara tetapi tidak pernah ada perubahan dalam kerajaan negara. Pakatan parti pemerintah yang dikenali sebagai Barisan Nasional sejak tahun 1973 telah memegang pemerintahan secara berterusan sepanjang sejarah Malaysia sejak merdeka.

"Dalam pilihanraya umum 2008, buat pertama kalinya BN telah kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen dan kehilangan kuasa majoriti di lima dewan undangan negeri kepada pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

"Seterusnya pada April 2011 di Sarawak (satu-satunya negeri yang mengadakan pilihanraya umum negeri sebelum pilihanraya umum kebangsaan diadakan) BN menawan semula dewan undangan negeri tetapi dengan majoriti yang menurun secara mendadak.

"Maka dalam konteks inilah, IRI menyediakan bantuan teknikal dan perundingan kepada parti-parti politik untuk membangunkan pengetahuan dan menyalurkan kemahiran yang membolehkan para pemimpin politik pembangkang dan pemerintah di Malaysia untuk menangani masalah rakyat dengan berkesan.

"Kerja-kerja IRI pada masa ini adalah dalam bidang ini bermula pada tahun 2009 apabila Institut itu memulakan siri sesi latihan yang dirangka untuk membantu parti-parti politik dalam membangunkan kemampuan untuk melaksanakan dan menganalisa kumpulan perbincangan secara dalaman. Sesi-sesi ini diikuti dengan pelbagai bengkel yang membolehkan para penyelaras untuk menyampaikan hasil kajian mereka kepada rakan-rakan dan merangka mesej yang akan digunakan bagi menarik ahli-ahli parti politik yang baru dan mengekalkan ahli yang sedia ada. [17]"






Oleh itu, tidaklah menghairankan jika pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dengan berani berkata mengenai  'Kebangkitan Malaysia' kerana pertubuhan sama yang menyemarakkan kebangkitan pembangkang di Kuala Lumpur telah berjaya membangkitkan peristiwa yang membawa kepada pelbagai siri kebangkitan di seluruh dunia Arab pada tahun 2011. 

Pertubuhan seperti ini bergantung kepada keberkesanan emosi para pengikut mereka dan menyemarakan keluhan-keluhan tulen rakyat jelata untuk menekankan satu perubahan  dalam kerajaan. 

Hal ini dicapai melalui pembentukan berita bersifat pembangkang oleh pertubuhan media dan dengan menggunakan salah guna kuasa oleh pihak polis serta salah laku hak asasi manusia untuk menjatuhkan maruah kerajaan yang berkuasa di mata masyarakat antarabangsa. 

Hasutan seperti ini bukan suatu yang mempromosikan rangka demokrasi yang tulen; matlamatnya ialah penubuhan secara beransur-ansur sebuah kerajaan nasional yang mesra kepada kepentingan Amerika dengan menyemarakkan satu kebangkitan yang popular dan huru-hara.

(Nile Bowie is a Kuala Lumpur-based American writer and photographer for the Centre for Research on Globalization in Montreal, Canada. He explores issues of terrorism, economics and geopolitics.)


.............Bersambung di Episod III



Nota Kaki :

[10] Who is Who, Annual Conference on World Affairs, 1971
[11] The ADL Spying Case Is Over, But The Struggle Continues, Counterpunch, February 25, 2002
[12] Malaysiakini Blog: Donors, 2011
[13] Southeast Asian Press Alliance, Southeast Asian Press Alliance, 2010
[14] 2007 Annual Report, Freedom House, 2007
[15] Malaysia | National Endowment for Democracy, National Endowment for Democracy, 2011
[16] Ibid
[17] Malaysia, International Republican Institute, 2011


No comments:

Post a Comment