Saturday, 29 September 2012

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA





HARI ITU, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS) nya ialah Sarjan Sagar Singh.

Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan,” Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ”, katanya.
“Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (Lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

Lans Koperal Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.

“Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di Balai Polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu terputus terus.

“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat dan mereka terus melawan dengan beraninya.

Bullah yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali dan perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban.

Bullah cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sarjan Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sarjan Sagar dan orang-orangnya terkorban, mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru, lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung,” kata Bullah dengan perasaan amat geram.

“Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.

Menurut Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur.

Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sarjan Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya,” ceritanya lagi.

Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya, Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi.

Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semunul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menghantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa Pembantu Hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu Bullah dan Panglima Jakarullah serta orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30 Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan. (Sumber: Berita Bukit Aman, 1983)

24 comments:

  1. Over a decade ago, fishermen on the east coast of Sabah often had sleepless nights fearing attacks by pirates or known by the locals as “mundu”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now, the presence of various security agencies, especially on islands near Tawau, Semporna and Kunak, had clearly given positive impacts, in terms of psychological, social and economic, to coastal residents.

      Delete
    2. The implementation of the Padanan and Sipadan Island Resort Operation, dubbed ‘Ops Pasir’ in 2000 following the kidnapping incident in Sipadan Island on April 23, 2000 by Abu Sayyaf, were a big relief in term of daily security.

      Delete
    3. Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal also said the government had done so much to increase security aspects in the east coast of Sabah, especially in Semporna.

      Delete
    4. He said the police station in Semporna has been upgraded in term of its ability and manpower. Now, it has a beautiful building and the staffs are also placed at the coastal areas and islands.

      Delete
  2. perairan sabah harus dikawal dengan lebih ketat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawalan harus diketatkan agar aktiviti harian boleh dijalankan seperti biasa.

      Delete
    2. Well, there is something to learn about this story.

      Delete
  3. anggota keselamatan dan peruntukkan keselamatan juga harus ditambah untuk mengelak peristiwa sama berulang semula di mana2 kawasan di sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, semoga pihak berkuasa dapat menjamin keselamatan semua golongan.

      Delete
    2. What I can conclude here is that, we can't stop something to happen but we can make something happened out of it.

      Delete
  4. Maka sebab itulah sekarang ini Menteri Kesalamtan sedang memastikan perairan di Negara ini selamat daripada lanun.

    ReplyDelete
  5. Keselamatan harus sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  6. Ekonomi kurang baik juga punca utama kes rompak, curi dll.

    ReplyDelete
  7. Tambahkan lebih banyak security.

    ReplyDelete
  8. General Operations Force (GOF) deputy director Datuk Salleh Mat Rasid said through the new blueprint, security forces and other enforcement agencies in the state would work together to maintain security at the state’s border.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga implimentasi ini mencapai kesan yang positif.

      Delete
  9. Efforts are being made to monitor and tackle the problem and I believe it can be solved with the implementation of the new blueprint.

    ReplyDelete
  10. Biarlah pihak berkuasa untuk menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  11. satu peristiwa yang amat sukar dilupai. semoga mereka yang terkorban, dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  12. kini perairan dan sempadan negara kita dikawal ketat dan tidak mudah untuk lanun2 bermaharajalela.

    ReplyDelete
  13. Sabah and the east coast of Sabah, including the various dive destinations of Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Padanan, and Langkayan islands are safe. While espect the US Embassy's concern about undesirable elements in the southern Philippines, for the past several years, the Malaysian Government dedicatedly installed armed security personnel to ensure the safety of Malaysians and tourists on islands in the east coast of Sabah. The Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Musa Aman also reiterated that the Sabah east coast is safe.

    ReplyDelete
  14. Malaysian Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin informed that the Malaysia armed forces is patrolling and monitoring the waters off the east coast of Sabah and there is no need to fear. He stressed that steps are taken to monitor and control the sea borders. Malaysian Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the country's security forces are working closely with intelligence agencies in neighbouring countries to safeguard its borders against incursions by any armed groups into Malaysian and Sabah water. He said Malaysian security forces are in full alert, he added: I want to assure all tourists and people living in islands in Sabah's east coast that they should not be worried for the safety".

    ReplyDelete