Sunday 9 September 2012

MALAYSIA TUAN RUMAH APEC 2020




BERSEDIA....Najib dan Anifah sedang bersiap di belakang tabir untuk mesyuarat dan perbincangan di Persidangan APEC 2012 di Vladivostok, Rusia. (Gambar ehsan : Najib Razak)

VLADIVOSTOK : Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2020, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata mengikut turutan, Malaysia dijadual menganjurkan acara itu pada 2020, iaitu tahun yang bertuah dan penting bagi negara ini.

"Perkara ini dalam perancangan dan (Malaysia) akan menjadi tuan rumah acara itu," katanya ketika memberi taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Apec ke-20 yang berakhir di sini Ahad. (Bernama)

No comments:

Post a Comment