Friday, 28 September 2012

PEMBANGKANG HANYA KAUT 'KEUNTUNGAN POLITIK'




KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan belanjawan yang dibentangkan pembangkang semalam adalah semata-mata untuk mendapatkan 'keuntungan politik' dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata reaksi dan komen pakar-pakar ekonomi menunjukkan bahawa belanjawan itu tidak realistik kerana mengandungi banyak perkara yang ingin dihapuskan.

Apa yang ditawarkan dalam belanjawan itu bukanlah perkara baru kerana sebahagiannya terkandung dalam manifesto dan Buku Jingga.

Sebaliknya, kata Muhyiddin rakyat sebenarnya menantikan Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok.

"Rakyat sedang menunggu-nunggu esok. Jadi, itu yang lebih utama kerana pihak pembangkang tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Mereka boleh tawar bulan, bintang, matahari, cakerawala tetapi mereka tidak mempunyai locus standi untuk buat begitu.

"Mereka cuma nak menggambarkan inilah yang mereka akan tawarkan jika mereka menang pilihan raya. Bagi mereka, yang penting ialah untuk mendapatkan political mileage.

"Mereka bukan kerajaan, jadi mereka boleh buat apa-apa tawaran yang disebutkan dalam belanjawan itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Festival Bahasa dan Sastera 2012 di sini, Khamis.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas belanjawan yang diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, yang antara lain menggariskan beberapa langkah yang kononnya boleh membantu rakyat termasuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata pakar-pakar ekonomi turut mempersoalkan asas-asas belanjawan pembangkang yang dilihat tidak membolehkan negara berkembang berikutan berdepan banyak masalah.

"Tetapi kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri mengambil kira semua perkara. Ada asas-asas dan prinsip belanjawan yang bertunjangkan kepada keupayaan, menumpu dan menjurus kepada perkara yang mampu dibekalkan oleh kerajaan berdasarkan kepada perkara keutamaan dan dikehendaki rakyat.

"Ia juga mesti merupakan satu belanjawan yang realistik, berasaskan kepada hasil sumber negara, kawalan ke atas kewangan, menguruskan belanjawan secara berhemah. Ia mesti juga mengambilkira usaha mengurangkan defisit...hal-hal sebegini yang digunakan sebelum belanjawan itu dibentangkan oleh Perdana Menteri esok," katanya.

Muhyiddin berkata Belanjawan Pembangkang yang menyatakan ia akan menghapuskan pinjaman PTPTN juga tidak munasabah.

"Jika dihapuskan, sumber mana yang hendak dicari untuk membiayai keperluan pelajar pada masa akan datang, sedangkan penubuhan tabung pendidikan itu adalah bagi membantu pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan dengan jumlah peruntukan yang disediakan lebih RM42 bilion, dan memberi manfaat kepada lebih sejuta pelajar.

"Jadi, mungkin bagi mereka yang mendapat pinjaman mendengar tawaran yang dibuat itu agak menarik, tetapi jika itu berlaku apa akan jadi kepada pelajar yang akan datang," katanya.

Jika itu berlaku, katanya lebih ramai anak-anak Malaysia tidak mampu melanjutkan pelajaran ke universiti berikutan tidak ada lagi tabung pendidikan diwujudkan.

Muhyiddin berkata jika diteliti, belanjawan pembangkang sebenarnya boleh menjadi bebanan besar kepada rakyat. (Bernama)

31 comments:

  1. Maximus said the government's RM120m allocation to build an asphalt road and implement an Agropolitan programme to provide economic activities and development for the resettled 450 families at Gana, Kota Marudu, is a good example of promise delivered by BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The families were from 10 villages scattered within and adjacent to the Lingkabau Forest Reserve who were relocated through the Gana resettlement and Integrated Development Project in 1997.

      Delete
  2. The fiscal deficit is expected to be cut by RM2.3 billion to RM40 billion next year, thus putting the government on track towards the achievement of its longer term fiscal goals.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government estimates that the resilient 4.5 to 5.5 per cent growth of the Malays ian economy (RAM Economics’ estimate: 5.2 per cent) will continue to support fiscal revenues next year.

      Delete
    2. Notably, Budget 2013 reiterates the government’s commitment to its targeted fiscal deficit of 3 per cent of GDP by 2015, without breaching its current self-imposed public-debt limit of 55 per cent of GDP.

      Delete
  3. belanjawan pembangkang memang tidak realistik dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belanjawan pembangkang tak tau dibuatkan berdasarkan apa? jgn main rambang saja.

      Delete
  4. rakyat haruslah bijak menilai...janji2 pembangkang tidak mungkin akan ditunaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mudah trpedaya dgn pembangkang.

      Delete
  5. Nampaknya tidak ada sokong untuk pembentangan bajet PR 2013 ini.

    ReplyDelete
  6. Kami menanti bagaimana bujet ini dilaksanakan.

    ReplyDelete
  7. Muhyiddin berkata Belanjawan Pembangkang yang menyatakan ia akan menghapuskan pinjaman PTPTN juga tidak munasabah.

    Jika benar, siapa yang dimanfaatkan?

    ReplyDelete
  8. Semoga peruntukan yang mencukupi disalurkan untuk Sabah dalam projek pembangunan.

    ReplyDelete
  9. Tawaran pembangkang memang menarik.

    ReplyDelete
  10. Jika benar janji pembangkang ditunaikan, rasa urusan kewangan negara juga akan mengalami masalah.

    ReplyDelete
  11. CM said the State Government is committed in its plan to assist the more than 32,000 job seekers in Sabah obtain employment, since the government has implemented the Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga skim ini dapat membantu golongan penganggur.

      Delete
  12. The USS Stennis' historic visit to Sabah reflects very close US-Malaysia ties and an expanding relationship between the two navies

    ReplyDelete
  13. KK Mayor Abidin said RM600,000 has been set aside for a programme that will require food operators in the City to separate leftovers that will later be processed into fertilizer or compost.

    ReplyDelete
  14. the private sector should ensure that Sabah has available expertise to meet the present needs and also industry needs, and expressed confidence that the involvement of the private sector through its CSR in the SL1M programme would form potential canddiates as quality workers and capable to be guided according to the current employment market.

    ReplyDelete
  15. the government has agreed to provide double tax cut incentives to companies that participated in the programme, which will be given for 5 years starting June 1 2012 until Dec 31 2016.

    ReplyDelete
  16. Tax reduction 1% akan memanfaatkan golongan majority.

    ReplyDelete
  17. Rakyat harus bijak menilai sebab PRU semakin mendekati.

    ReplyDelete
  18. Harap tiada penyelewengan dalam pengurusan kewangan.

    ReplyDelete
  19. Musa berkata serangan berterusan oleh pembangkang kepada pemimpin BN Sabah tidak melemahkan gabungan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KM menasihati semua pemimpin parti komponen harus kekal bersatu dan bekerja bersama-sama untuk memperkukuhkan kekuatan UMNO BN.

      Delete
    2. KM juga menasihati rakyat supaya tidak mudah dipengaruhi oleh tuntutan pembangkang bahawa Sabah masih ketinggalan dalam pembangunan berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini

      Delete
    3. KM menasihati rakyat tidak mudah ditipu oleh janji-janji dan pembohongan pembangkang

      Delete
  20. Bekas PM Dr Mahathir Mohammad berkata kemungkinan pembangkang akan menggunakan demonstrasi ganas untuk memenangi pilihan raya umum ke-13

    ReplyDelete
  21. Since we are talking about the opposition, here's an interesting finding related to the opposition so-called 'alternative budget'. The opposition coalition's budget failed to prioritise education and lacked provisions on allocation for academic matters, said Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi. Puad said he was not impressed with the plans as they did not contain anything concrete on education."The opposition promised a RM500 one-off payment to teachers but the government's 2013 Budget includes half-month bonus payments.

    ReplyDelete
  22. Even during debates in Parliament, the opposition failed to address matters related to education. He said the 2013 Budget was on the right track and more convincing."If they are serious, I challenge them to present an education blueprint as what the government had done with the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Preliminary Report." He also criticised the opposition for their alleged list of shadow cabinet, which suggested former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as a potential education minister."I am not sure about the veracity of the list, but I remember during Parliamentary proceedings that Nizar never said anything in relation to education issues."In fact, he never said anything in Parliament and yet he is to be the education minister," he said after handing out RM100 contributions to 942 orphaned students from 47 schools here.

    ReplyDelete