Saturday, 29 September 2012

PEMBANGKANG SAMBUT SINIS BAJET 2013



             
PEMBANGKANG menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan Bajet 2013:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang

"Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik. Kedua-dua ini nampak tidak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan. Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

"Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara. Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion. Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini. Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja. Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi."

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

"Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat."

Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS

"Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli. Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai. Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan."

Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

"Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi. Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi. Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat. Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara."

Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP

"Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya. Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah. Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah. Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya."

Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)

"Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi. Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya. Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum. Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - popular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat."

Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)

"Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi. Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar 'saya beri kamu wang untuk tuisyen daripada memperbaiki kualiti pendidikan." (MKINI)

33 comments:

  1. Saya bersetuju dengan pendapat timb. perdana menteri kita ini:

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2013 adalah yang terbaik pernah dilakukan kerajaan kerana begitu fokus, realistik, kukuh, mengambil kira senario ekonomi semasa dan memberi rahmat kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bujet ini tidak mungkin memanfaatkan kesemua golongan. Pasti ada suara yang negatif.

      Delete
    2. Yang penting, golongan berpendapatan rendah dimanfaatkan.

      Delete
  2. Muhyiddin juga menyatakan bahawa "Semua pihak sama ada rakyat biasa, petani, nelayan, pegawai kerajaan dan pesara mendapat rahmat. Tiada satu pun kumpulan yang terasing atau terkeluar daripada nikmat bajet kali ini."

    ReplyDelete
  3. Berkenaan dengan bonus pegawai kerajaan, Muhyiddin berkata:

    "Saya kira tidak ada pihak yang rasa terkilan termasuk pegawai kerajaan yang menerima bonus sebulan setengah gaji. Bajet 2013 ini memberi nikmat kepada 100 kumpulan sasar melalui pelbagai pemberian dan tawaran," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini."

    ReplyDelete
  4. Berkenaan dengan dakwaan pembangkang kononnya Bajet 2013 adalah bajet pilihan raya, Muhyiddin berkata:

    "dakwaan pembangkang itu tidak berasaskan kepada bajet nasional tersebut yang diputuskan Najib selaku Menteri Kewangan yang mengambil kira soal kos hidup rakyat, masalah ekonomi dunia serta berpandukan tanggungjawab fiskal."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib berkata pembangkang berasa tercabar apabila kerajaan memilih slogan "Janji Ditepati" kerana mereka tahu bahawa janji-janji mereka buat tidak dapat dipenuhi.

      Delete
    2. Semoga janji yang dibuat benar ditepati agar rakyat masih memberi sokongan yang berterusan.

      Delete
  5. Berkenaan dengan BR1M untuk golongan bujang, Muhyiddin berkata:

    "Dasar ini kita sudah laksanakan sebelum ini dan kesannya bukan sahaja dapat mengurangkan kos hidup rakyat, tetapi wang yang dibelanjakan mereka berjumlah lebih RM2 bilion pada BR1M terdahulu terbukti berupaya membantu pertumbuhan ekonomi negara."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib berkata pilihan nama 'Bantuan Rakyat 1Mlaysia' (BR1M 2.0) yang diumumkan dalam Bajet 2013 adalah juga salah satu cara menangkis hasutan pembangkang untuk menganjurkan Bersih 2.0.

      Delete
    2. Najib berkata lagi pemberian BR1M adalah untuk kemakmuran rakyat.

      Delete
    3. BR1M akan membebankan kerajaan sahaja.

      Delete
    4. BR1M adalah berita baik untuk rakyat yang berpendapatan rendah.

      Delete
  6. Kurup, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, menasihati penduduk kawasan pensiangan tidak mudah dipengaruhi oleh tuntutan pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Penampang Umno Chief Datuk John Ambrose berkata rakyat tidak perlu mengambil risiko dan mengundi pembangkang untuk beri mereka kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, belum tentu pembangkang dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
  8. Tidak hairanlah kalau pembangkang tidak suka dengan bajet kerajaan BN.

    ReplyDelete
  9. The opposition will always say NO to changes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The opposition always seek for changes but changes must be realistic and achievable also.

      Delete
  10. Personally I don't think the opposition will shine out.

    ReplyDelete
  11. On the issue of prudent financial management, the officials said the Governmment remained committed towards further lowering the fiscal deficit to around 4% in 2013 from 4.5% in 2012 and to 3.0% by 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan untuk membaiki kelemahan amat membanggakan.

      Delete
  12. They said reducing the deficit would not be a problem as long as the local economy thrived and remained resilient against the adversities of a harsh external environment.

    ReplyDelete
  13. it is geared towards putting in place various initiatives for the well-being of the people on several fronts, like easing the cost of living, improving healthcare, developing human capital and expanding basic infrastructure in under-developed areas, especially Sabah and Sarawak

    ReplyDelete
  14. pembangkang hanya banyak mengkritik saja..nama pun pembangkang.

    ReplyDelete
  15. yang penting, bajet ini baik untuk rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  16. Bujet ini juga memanfaatkan golongan yang berpendapatan kurang.

    ReplyDelete
  17. pembangkang mmg mcm tu, semua kerajaan lakukan mereka akan kritik.

    ReplyDelete
  18. bajet 2013 ini mendapat sambutan baik dari rakyat. ia byk memberi keutamaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  19. Pelaksanaan bujet juga penting supaya peruntukan yang mencukupi dapat disalurkan.

    ReplyDelete
  20. The opposition will not have the opportunity to criticise the 2013 Budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as it looks after the interests of all strata of society. Information, Communications and Culture minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said instead the budget would move the people to have greater appreciation for the ruling government and country. Therefore Malaysians should open up their eyes and listen closely so that they can give recognition to the deeds of the government in fulfilling its promises. Meanwhile, Works Minister Datuk Seri Shaziman Abu Mansor said he was convinced the construction industry would see a strategic growth next year due to the multiple allocations in the budget. He expected an increase in the volume of projects that would encourage more participation by contractors Malaysia’s construction industry has a brighter future because a lot of projects, particularly under the Economic Tranformation Programmes, are still on-going since last year.

    ReplyDelete
  21. Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad said Felda would collaborate with state governments in search for available land to develop 20,000 houses for its new generation which had been allocated in the budget. Meanwhile in Kuala Lumpur, Information, Communications and Culture deputy minister Datuk Maglin Dennis D’Cruz said the RM150 million budget would encourage the younger generation to be informative and knowledgeable with the establishment of 100 internet centres in public housing schemes. Rural areas in Sabah and Sarawak already have their Wifi villages. What the Prime Minister announced, is an additional allocation to all levels of the society. He said with the allocation of a RM200 rebate for 3G smartphones for youths aged 21 to 30, it showed the government’s support for the younger generation to be technology savvy and never to be left behind.

    ReplyDelete
  22. Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil Aiicco Insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar 3% dikembalikan. jika anda berminat kenalan Ini (CEO) E-mail address:xavigeradloanfirm@yahoo.com Aiicco insurans plc hanya dibenarkan pada pada usia 20 di atas.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Kami memberi pinjaman daripada 500,000 euro kepada 800,000 USD.Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik.Hubungi kami hari ini pada .. SR GERAD Jude pinjaman Pelaburan plc: E-mail:xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete