Friday, 28 September 2012

RCI WAJIB FOKUS ISU EMELDA?




Saudara Pengarang,

SELURUH penduduk Labuan masih mengingati kes seorang PATI Filipina, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah yang dikatakan memiliki beberapa pasport Filipina dan kini memiliki MyKad 670105-65-5058 melalui pintu belakang sekalipun sudah bernikah dengan Ahli Perniagaan ternama, Haji Alias Abdul Rahman.

Beberapa laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda PKR Sabah seperti menutup bangkai gajah dengan daun lalang kerana Emelda pernah ditahan kerana kesalahan imigresen dan dihantar balik ke Filipina.

Saya agak kesal kerana jika laporan palsu dibuat di Balai Polis Labuan oleh seorang pekerja Emelda, Mohd Adnan Jaafar terhadap Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman atas tuduhan memiliki dua kad pengenalan, pihak cawangan khas bukan sahaja menyiasat segera; malah mengundang campurtangan SPRM sehingga membazirkan wang rakyat menjalankan siasatan yang tidak perlu kerana setiap warganegara Malaysia hanya mempunyai sekeping kad pengenalan sejak sistem biometrik dilaksanakan.

Tetapi jika laporan dibuat oleh AMK -PKR, Polis tidak pun memanggil pelapor untuk mengambil keterangan, malah menutup kes berkenaan sehingga kini; sekalipun mempunyai bukti yang sahih.

Penduduk Labuan agak jengkel melihat Emelda @ pendatang haram Filipina memandu kereta sport Peugeot 206 Cabriolet Coupe 1.6 Auto (atap terbuka) bernombor LC 2281 di Pulau Bebas Cukai, Labuan; malah dilantik sebagai Ladies Captain di Kelab Golf Labuan.
Mungkin ramai penduduk Labuan terkejut kerana Emelda dan suaminya Alias yang menjadi pemilik bersama Tunas Rakyat Sdn.Bhd, turut memiliki beberapa syarikat seperti Labuan Container Terminal Sdn.Bhd, LPM Corporation Sdn.Bhd, Liberty Maritime Sdn.Bhd, JPL Venture Sdn.Bhd, Labuan Support Base Sdn.Bhd, Project Solution (Prosol) dan Insan Saga Sdn.Bhd.

Dengan bantuan Alias, Emelda telah berjaya mendapat kad pengenalan hijau H8032925 yang digandingkan dengan IMM13 iaitu suatu proses yang ganjil dan bercanggah dengan undang-undang.

Mungkin ada baiknya jika kita mengkaji salah satu laporan polis yang dibuat PKR iaitu SKN/RPT/14267/07 pada jam 12.24 tengah hari, 7 November 2007 yang berbunyi;

“Pada jam lebih kurang 11 pagi tadi, saya menerima beberapa dokumen daripada team Parti Keadilan Di Labuan bahawa seorang Pemegang Saham Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd. yang juga pengarah dan pemegang saham Tunas Rakyat Sdn.Bhd, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad IMM13 secara tidak sah dan kini memegang kad pengenalan merah H8032925/670105-65-5058 kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan wanita Filipina untuk kegiatan maksiat di Labuan. Mengikut siasatan saya, hanya pelarian perang yang beragama Islam yang datang ke Sabah sekitar 1970-an sahaja diberikan Kad IMM13, sedangkan Emelda adalah berketurunan Visaya yang memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan Pengarah LLPM iaitu Mohd Alias Abd Rahman, seorang rakyat Brunei yang mendapat taraf warganegara Malaysia. Saya turut mendapat maklumat daripada Istana Malacanang Filipina bahawa Emelda Doliente adalah Agen Khas kerajaan Filipina di Malaysia. Pengesahan juga boleh dibuat melalui email totingbunye2000@yahoo.com. Saya datang ke balai membuat laporan agar polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menyiasat bagaimana seorang PATI boleh memperoleh IMM13 dan kini mendapat taraf warganegara secara tidak sah dan menangkap PATI berkenaan. Laporan juga dibuat terhadap Mohd Alias Abd Rahman kerana bersubahat dan membuat akuan palsu sehingga isterinya memperoleh dokumen pengenalan diri secara tidak sah. Sekianlah laporan saya.”

Jika RCI memerlukan bukti yang sahih, mereka perlu menumpukan kepada kes Emelda dan Alias kerana kerakyatan mereka 'Tidak Telus' malah menjadi kata kunci kepada ratusan GRO yang menjalankan kegiatan haram di Labuan.
Salam Hormat,

M. RAFI

32 comments:

  1. Jika tuduhan ini benar, maka isu memberikan mykad kepada warga asing memang di tahap kritikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang terlibat dalam sindiket seperti ini tidak boleh dimaafkan dan dijatukan hukuman yang berat.

      Delete
    2. Pihak berkuasa tidak boleh sama sekali bersekongkol dengan mereka yang bersalah. Rasuah adalah haram.

      Delete
    3. Adakah kes tentang Emelda ini ditutup walaupun ada bukti yang sahih untuk menyokong laporan yang telah dibuat?

      Delete
    4. Bila warga asing dibela dan rakyat tempatan ditindas, keadaan akan jadi porak peranda.

      Delete
    5. Isu mykad harus diatasi.

      Delete
    6. Warga asing tidak berhak untuk memiliki apa-apa kad di Malasysia.

      Delete
    7. Pihak berkuasa harus bertindak untuk menyelesaikan isu mykad yang merunsingkan semua pihak.

      Delete
    8. I think she maybe someone mistress or so.

      Delete
    9. Investigation is badly needed!

      Delete
  2. Memang patut disiasat mengenai isu yang dikaitkan dengan Emelda di Labuan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak yang berkuasa harus bertindak untuk membuat siasatan yang berpatutan.

      Delete
    2. There is nothing beat this investigation.

      Delete
  3. RCI masih tiada berita lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI will be implemented in Sabah on this December.

      Delete
  4. Semoga pihak imigresen menjalankan tugas untuk menyekat kemasukan PATI yang tiada dokumen sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not only the authorities but we need to play our role as well.

      Delete
  5. Kes Emelda harus diurus dengan bijak dengan bukti yang ditedahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah ahli Panel menguruskan siasatan, Emelda pasti tidak akan terlepas daripada siatan RCI.

      Delete
  6. Najib harus bertindak cepat untuk menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penubuhan RCI kena dipercepatkan segera.

      Delete
  7. Isu Emelda harus diselesaikan, jika tidak, mykad kami tidak bernilai langsung.

    ReplyDelete
  8. Tetapi jika laporan dibuat oleh AMK -PKR, Polis tidak pun memanggil pelapor untuk mengambil keterangan, malah menutup kes berkenaan sehingga kini; sekalipun mempunyai bukti yang sahih.

    Kenapa pula tiada tindakan? Adakah sudah makan rasuah?


    ReplyDelete
  9. Joseph Kurup berkata mereka yang memperolehi dokumen melalui cara yang diragui harus tampil ke hadapan secara sukarela dan menyerahkan dokumen mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurup yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Menteri Alam Sekitar berkata bahawa sejak RCI telah diberikan 6 bulan untuk menyiapkan kerja yang diamanahkan kepada mereka, jadi mereka harus pastikan memulakan kerja serta-merta dan mula memanggil saksi.

      Delete
    2. PBRS mengalu-alukan penubuhan RCI seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat ke dalam masalah pendatang tanpa izin dan mereka yang memiliki MyKad diperolehi melalui pintu belakang.

      Delete
  10. Sedikit info daripada Jabatan Pendaftaran Negara sejumlah 501.941 MyKad tidak dituntut oleh pemohon di seluruh negara.

    ReplyDelete
  11. RCI nnti akan siasat mereka yang memiliki mykad lalu jalan belakang.

    ReplyDelete
  12. But the existence of a syndicate issuing and giving the MyKad to foreigners in Sabah is known publicly. We have heard thousands had been issued and this will give a permanent negative impact to Malaysia socially, politically and economically. Parti Bersatu Sabah (PBS) has appealed for the revocation of all identity cards issued to foreigners and illegal immigrants illegally in Sabah. Pairin said several main issues must be resolved by the BN before the General Election that is on the illegal immigrants, fair power sharing, poverty, equal opportunity for local entrepreneurs in business especially oil and gas industry and that the people of Sabah are waiting for the oil royalty increase.


    ReplyDelete
    Replies
    1. However, we realise that there are weaknesses. Before this the Identity Card was changed to the bunga raya and then to the card equipped with a micro chip but applicants need not bring along citizenship papers such as the birth certificate. This has raised suspicion that ICs obtained illegally would also be allowed to be changed to the new version," he said, adding that the people of Sabah wanted an assurance on the latest process to be used to legitimise cards which were obtained through dubious means, especially in Sabah. "We want additional or supporting documents such as the birth certificate to be attached when processing the change of ICs. This is to ensure only qualified people or locals could obtain the new identity card," he said.




      Delete
    2. Pairin said PBS hoped issues related to the illegals and ICs would be approached through one of the National Key Result Areas (NKRA), that is security."The presence of foreigners in Sabah and perception that foreigners are in possession of identity cards have reached the level where it affects the confidence of the people in the Barisan Nasional (BN) government," he said.He also hoped the Federal Government would take the proposal by PBS in good faith to set up a Royal Commission of Inquiry on illegals in Sabah.Pairin said PBS also wanted the setting up of a Philippine Consulate in Sabah to be expedited to facilitate the processing of travel documents for Filipinos.He said PBS had been making the call for quite some time and that he understood that it had something to do with the claim on Sabah by the Philippines."I suggest that the matter be addressed seriously at the United Nations level," he said. Pairin who is also a Deputy Chief Minister, said it could not be denied that the people of Malaysia still need Barisan Nasional (BN).




      Delete
    3. PBS hoped the national BN Management Committee meeting would be held every three months and every two months at state level, while monthly at the parliamentary level.He said this was important to coordinate and resolve whatever issue arising together."Failure to meet will result in the people feeling no longer close and may allow propaganda of the opposition to seep in causing doubts and unity," he said.In this respect, he said a BN office and secretariat not only be set up at the central and state levels but also at parliamentary level. He hoped the BN chairman at the parliamentary constituency level would be given the mandate, power and sufficient financial means to implement their responsibility. Pairin also suggested that the political appointments in each constituency be determined by consensus among the BN components and not by the assemblyman. He also called for the local community leader post, especially village head and JKKK chairman, to be elected as long as those contesting are BN members.

      Delete