Saudara Pengarang,
TIDAK siapa menduga dengan
gaji kecil dan berjawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pemuda MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, mampu hidup mewah
ketika majoriti Ahli Parlimen Malaysia masih berada dalam lingkungan YB PPRT!
Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa diakui oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan menjalankan siasatan sekalipun
beberapa laporan rasmi telah dibuat terhadap Wilfred Yong; termasuk enggan
mengarahkan 'Macai Shafie' ini membuat pengisytiharan harta.
Wilfred Yong @ Wilfred Bin
Apdal bolehlah dianggap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengawal
Kewaangan bagi syarikat Golden KKLW Berhad (111111-A) iaitu syarikat hanya
wujud dalam kepala Shafie dan Wilfred; tetapi belum didaftarkan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak
perlu menggunakan kanta pembesar Sherlock Holmes atau menggunakan khidmat James
Bond untuk menyiasat kes kemewahan, penggubahan wang haram dan pelarian cukai
oleh Wilfred Yong dan mungkin juga menjadi proksi menterinya.
Sebagai Setiausaha Politik;
tidak mungkin Wilfred mampu memiliki dan memandu Ferari (kereta baru); Maseratis,
Porche Panamera yang kesemuanya bernilai RM5 juta. Kekayaan luar biasa Wilfred
Yong ini tidak termasuk dua unit Apartment Mewah berdekatan KLCC yang bernilai
lebih RM10 juta.
Saya tidak terkejut jika
laporan Sabahkini.net sebelum ini bahawa Shafie Apdal telah melantik 'isteri
kedua'nya Zahida Mohd Rafik untuk menyimpan semua hartanya di luar negara
termasuk rumah mewah di London yang bernilai RM10 juta dan wang tunai RM3
billion di Swiss Bank.
Namun tidak mungkin hartanya
juga disimpan oleh Setiausaha Politiknya, Wilfred Yong; terutama kereta mewah,
rumah dan wang tunai kerana Wilfred Yong mendakwa semua itu hasil kerja
kerasnya selama ini.
Memang diakui ramai termasuk
juga Pegawai Penyiasat SPRM bahawa kebanyakan projek khas dan mewah KKLW
dilaksanakan oleh salah seorang lagi 'Macai Shafie' yang jarang muncul di khalayak ramai iaitu Winston
Garet Majaham (Emas Ramai Sdn.Bhd) yang menyimpan dana politiknya; tidak
termasuk Presiden KDM Malaysia (Agen GESTAPO Shafie) Datuk Peter Anthony (Asli
Jati Engineering Sdn.Bhd) yang mendapat kebanyakan kontrak runding terus atau
terhad KKLW.
Ketiga-tiga mereka ini,
Wilfred Yong, Winston Majaham dan Peter Anthony adalah 'Menteri' dalam Kabinet
Bayangan Shafie di KKLW. Isu ini bukan menjadi rahsia lagi di kalangan kontraktor
di KKLW.
Mengikut modus operandi yang
dikesan selama ini, setelah kontraktor dipilih (tender tertutup atau terhad),
Shafie akan mengarahkan proksi atau bill collectornya memungut antara 20 hingga
60 peratus daripada nilai projek Top-Up.
Beberapa bill collector yang
telah dikenalpasti ialah Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, Hamid Apdal, Marzuki
Nasir (anak Nasir Tun Sakaran) Datuk Christopher Chiew, Azis Jamman, Alfred
Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said,
Wilfred Yong dan sebagainya.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar SPRM dibubarkan sahaja jika tidak
mampu menjalankan siasatan dan mendakwa Wilfred Yong dan bossnya, Shafie Apdal
yang telah disahkan oleh SPRM mendapat sejumlah wang daripada projek 'Top-Up' Sistem
Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi.
Salam Hormat,
C.K.ABDULLAH
No comments:
Post a Comment