Saturday 22 September 2012

WANITA UMNO BEAUFORT KUTUK PENGHINAAN



KUTUK......AJK Wanita Umno Bahagian Beaufort sebulat suara mengutuk penerbitan hina Islam dan Nabi Muhamad.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT : Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort mengutuk dan menentang sekeras-kerasnya penerbitan filem 'Innocence of Muslims' oleh karyawan Amerika Syarikat yang didakwa telah menghina Islam dan Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata penerbitan filem yang menyentuhi sensitivi umat Islam itu boleh menjejaskan keharmonian sejagat dan ianya dikhuatiri akan mencetuskan sebarang bentuk keganasan.

“Apabila perasaan umat Islam tersinggung dan timbul perasaan tidak puas hati maka segala kemungkinan boleh berlaku yang dibimbangi akan mencetuskan keganasan,” katanya sambil memberitahu ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat AJK Wanita Umno Bahagian Beaufort.

“Ketetapan ini adalah keputusan sebulat suara oleh semua AJK termasuklah AJK kita yang beragama Kristian iaitu Catherine Gumat seorang AJK yang juga tidak bersetuju dan menentang penerbitan filem tersebut,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Pejabat Wanita Umno di sini, kelmarin.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia itu bagaimanapun menegaskan bahawa Wanita Umno bahagian itu tidak menyokong sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

“Bagaimanapun saya ingin menegaskan bahawa Pergerakan Wanita Bahagian Beaufort ini juga tidak menyokong keganasan, perhimpunan haram dan apa jua bentuk kegiatan aktiviti yang membawa kepada ketidakstabilan pada negara dan masyarakat.

“Dalam apa keadaan sekalipun, yang kita utamakan ialah memelihara kesejahteraan yang sedia ada. Saya penuh yakin bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan Agama dapat bertenang dan lebih matang untuk menghadapi cabaran ini kerana kita sudah sekian lama menikmati keadaan hidup yang aman makmur. Justeru kita jangan terlalu emosi dalam menyatakan protes kita tanpa memikirkan perkara yang lebih utama untuk negara dan rakyat.

Wakil rakyat Klias yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu memberitahu Wanita Umno di bawah pimpinannya bersatu hati menyatakan taat setia kepada parti dan kepimpinan pusat.

“Parti ada pemipinnya, sebagai ahli parti kita mestilah sayangkan parti dan taat kepada mereka yang menjadi pemipin dalam parti,” katanya.

19 comments:

  1. Memang tentangan telah dibuat atas penghinaan yang dibuat dalam filem keatas Nabi Muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu ini tidak akan selesai selagi mereka tidak meminta maaf.

      Delete
    2. The film get very negative respond especially to those muslim.

      Delete
  2. Apa pun semoga Kerajaan BN di SAbah ini akan terus mendapat sokongan daripada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  3. pihak yang cetuskan isu sensitif agama mahupun perkauman patut dikutuk. tindakan mereka ni bukan saja membuatkan hubungan sesama masyarakat yang beragama Islam dan Kristian retak malah lebih teruk jika peristiwa seperti Perang Salib boleh berlaku. Satu dunia akan merasainya.

    ReplyDelete
  4. sama2lah kita memupuk rasa hormat kepada sesama mereka yang mempunyai perbezaan dari apa2 aspek.

    ReplyDelete
  5. harus juga saling hormat menghormati.

    ReplyDelete
  6. “Bagaimanapun saya ingin menegaskan bahawa Pergerakan Wanita Bahagian Beaufort ini juga tidak menyokong keganasan, perhimpunan haram dan apa jua bentuk kegiatan aktiviti yang membawa kepada ketidakstabilan pada negara dan masyarakat.

    Masyarakat tidak terima aktiviti yang mengancam ketenteraman negara juga.

    ReplyDelete
  7. Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort mengutuk dan menentang sekeras-kerasnya penerbitan filem 'Innocence of Muslims' oleh karyawan Amerika Syarikat yang didakwa telah menghina Islam dan Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

    Pasti ada salah faham diantaranya, semoga pihak America cepat memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  8. Unsur sensitif yang berkaitan agama harus dielakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pula mengungkit isu yang sensitif ini, kesan yang amat negatif yang tidak terjangka akan berlaku.

      Delete
  9. Irresponsible parties use racial and religious sensitivity to gain political edge.

    ReplyDelete
  10. Bangsa dan agama harus saling menghormati.

    ReplyDelete
  11. Penghinaan harus dielakkan, ini cuma membawa kesan sampingan yang amat negatif.

    ReplyDelete
  12. Semoga ini tidak menjejas hubungan baik kedua negara.

    ReplyDelete
  13. cukup sekadar tunjuk pendirian macam Datuk Azizah.. tidak perlulah sampai turun ke jalan raya menunjukkan pendirian..

    ReplyDelete
  14. dengan perkembangan ini, sepatutnya satu badan antarabangsa ditubuhkan untuk mengadili, mengawal dan menyelesaikan konflik2 antara negara atau antara agama yang boleh mencetuskan peperangan..

    ReplyDelete