Sunday 23 December 2012

MENGGILAP BATU HARAPAN BORNEO





Oleh : NASPAZI

MALAYSIA, hanya satu gagasan antara negara. Malaysia hanya satu persatuan antara negara. Malaysia hanya satu syarikat antara negara; dan Malaysia hanya satu rakan kongsi antara negara yang ditubuhkan bersama oleh Malaya, Sabah dan Sarawak (MASASA). Pembentukan MASASA itu telah diluluskan oleh pemerintah Great Britain untuk dilaksanakan fungsi aspirasi penubuhannya pada 16 September 1963.

Inti dan dasar atau terma dan syarat penubuhan MASASA di pihak Sabah dan Sarawak adalah isi kandungan Perjanjian 18/20 Perkara. Manakala, inti dan dasar, atau terma dan syarat kelulusan atau pembenaran penubuhan MASASA di pihak Great Britain pula adalah isi kandungan Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963.

Antara 9 Julai 1963 hingga 16 September 1963, Great Britain telah membenarkan Sabah dan Sarawak mengisytiharkan tarikh hari kemerdekaan mereka dari menjadi tanah jajahan British. Justeru, Sarawak telah memilih tarikh hari kemerdekaannya pada 22 Julai 1963. Manakala, Sabah pula telah memilih tarikh hari kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.

Dengan kata lain, ada persamaan dengan tarikh, hari dan bulan kemerdekaan Malaya, tetapi berlainan tahun. Menurut Perjanjian 18/20 Perkara, iaitu Perkara 9 menyatakan bahawa, setiap usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh warga Borneo Utara yang sesuai dan berkelayakan.

Tegasnya, perkhidmatan awam kerajaan negara Sabah adalah hak mutlak penduduk tetap negara Sabah. Namun begitu, transisi peralihan kuasa perkhidmatan awam di Sabah dari tangan pegawai British kepada tangan pegawai perkhidmatan awam penduduk tetap Sabah mengambil masa sekurang-kurangnya dalam tempoh sepuluh tahun (31 Ogos 1963 – 31 Ogos 1973).

Malangnya, selepas tempoh transisi pengunduran penuh pegawai perkhidmatan awam British kepada pegawai perkhidmatan awam penduduk tetap Sabah, suntikan maut jarum fitnah regim Malaya telah mula dieksport ke Sabah, iaitu sebagaimana yang telah penulis jelaskan dalam artikel yang lepas-lepas.

Dalam erti kata lain, Regim Malaya telah memecah belahkan pemimpin Sabah kepada beberapa gerombolan yang tamak, gerombolan yang rakus dan gerombolan pentingkan diri sendiri; tanpa menghiraukan lagi atau tanpa memperdulikan lagi, akan hak-hak dan kepentingan holistik atau kepentingan menyeluruh rakyat Sabah.

Pada hal, tujuan sebenar atau kemuncak realiti regim Malaya memecah belahkan pemimpin Sabah kepada beberapa gerombolan adalah untuk membangun sebuah kerajaan 'Barua', sebuah kerajaan 'Boneka' dan sebuah kerajaan 'Kuda Tunggangan' mereka di Sabah; agar mereka dapat merompak, menyamun, mengaut dan memunggah hasil masyhul Sabah ke Malaya dan seterusnya memiskinkan Sabah.

Yang demikian, mereka telah lupa, pura-pura lupa atau dengan sengaja berani tergamak mencabul Perjanjian 20 Perkara dan hak-hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Justeru, puluhan tahun kemudian, rakyat Sabah telah dipaksa menghadapi fakta tragis, fakta tragis yang berhubung dengan ramai pemimpin Sabah yang terkorban dalam peristiwa “Double Six” pada 6.6.1976.

Puluhan tahun kemudian, Sabah kehilangan hak ke atas jabatan-jabatan perkhidmatan awamnya sendiri. Puluhan tahun kemudian, Sabah kehilangan statusnya sebagai negara yang menjadi rakan kongsi Malaya dalam Malaysia. Puluhan tahun kemudian, tanah besar Sabah menjadi sepi dan lengang akibat kehilangan Pulau Labuan dan warganya sebagai satu keluarga besar rakyat Sabah yang menjadi warisan bangsa nenek moyang antara keduanya.

Puluhan tahun kemudian, rakyat Sabah mendapati dirinya dalam buangan di tanah airnya sendiri sebagai bangsa lain-lain dan mendapati dirinya merengkuk di sudut gaung minoriti, akibat rempuhan PATI yang menjadi warganegara Sabah angkara IC Projek regim Malaya.

Justeru, di dalam kotak hati sekian banyak paradigma penulis, sama ada dalam bentuk artikel mahupun video, adalah semata-mata untuk menampilkan sebuah kebimbangan serius tentang nasib malang yang bakal menimpa warisan bangsa penduduk asal bumi negara Sabah.

Pada hal, kebimbangan di ruang hati, seperti yang tersebut di atas, tidak sewajarnya melanda kehidupan setiap anak-anak bumi negara Sabah pasca merdeka yang telah dijamin kedudukan mereka; yang telah dijamin hak-hak mereka; dan yang telah dijamin masa depan mereka untuk bebas dan bahagia oleh para arkitek 'Founding Fathers' Malaysia yang menandatangani deklarasi Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963.

Namun begitu, hari ini dan sekarang, terang dan jelas bahawa, pihak regim Malaya telah gagal sepenuhnya dalam mematuhi isi kandungan surat Perjanjian Malaysia 1963, dengan memakai topeng Malaysia sebagai topeng Malaya dan kemudian mendakwa bahawa, Malaya itu adalah Malaysia yang kononnya merdeka pada tahun 1957.

Akhirnya rakyat negara Sabah telah dipakaikan dengan topeng penjajahan dan kemiskinan di dalam bank penipuan keadilan yang bankrap, tanpa sedikit wujud perasaan bersalah dan malu kerana mengkhianati isi kandungan surat perjanjian pembentukan Malaysia 1963.

Sehubungan itu, tatkala segelintir golongan terpelajar rakyat Sabah, menyuarakan tuntutan yang berhubung dengan bacaan kedudukan, hak dan masa depan rakyat Sabah dalam Malaysia, mengikut sebagaimana jaminan yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh para 'Founding Fathers' Malaysia, dalam deklarasi surat Perjanjian Malaysia 1963, dengan tiba-tiba regim Malaya saban hari melaung-laungkan simfoni api perkauman dan sentimen keagamaan yang begitu mengerikan.

“Jangan cabar Ketuanan Melayu!; Jangan rakus cabar Ketuanan Melayu!; Jangan pertikaikan Ketuanan Melayu!; Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Islam!; dan Melayu jangan jadi bacul!”.

Yang demikian, rakyat Sabah akhirnya mendadak laksana tikus-tikus mondok yang berlari bertempiaran masuk ke dalam sarang masing-masing di lereng-lereng bukit dan di sudut-sudut lembah kerana ketakutan angkara laungan api perkauman dan sentimen keagamaan regim Malaya sebagaimana yang dinyatakan.

Lantas, rakyat Sabah yang bagaikan tikus-tikus mondok, dengan muncung yang berjojolan dari dalam sarang kengerian, kesian mereka hanya mengangguk, sebagai tanda akur dan taat kepada segala kehendak nafsu serakah regim Malaya; tanpa mengambil kira, bahawa kedudukan, hak dan masa depan mereka dalam Malaysia sebenarnya adalah dijamin atau telah dijamin oleh surat Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963, andai saja ada kejujuran bersama untuk ia tidak dikhianati.

Sesungguhnya, segala sesuatu akan selamat dan sejahtera jika mematuhi janji hukum alam yang telah ditetapkan ke atas mereka. Contohnya, burung telah dijanjikan untuk hidup di udara dan membiak di atas pokok-pokok; cacing telah dijanjikan untuk hidup di dalam tanah dan membiak di dalam tanah; ikan telah dijanjikan untuk hidup di dalam air dan membiak di dalam air; dan singa telah dijanjikan untuk hidup di darat dan membiak di atas tanah.

Justeru, andai kata janji hukum alam yang telah ditetapkan ke atas segala makhluk dicabul atau dikhianati, nescaya bencana besar akan menimpa makhluk-makhluk itu sendiri.

Demikianlah, Sabah terpaksa menanggung ribuan wajah derita kini dan sekarang akibat ketetapan yang dimeterai dalam perjanjian pembentukan Malaysia sah telah dilanggar dan dikhianati oleh regim Malaya.

Lantaran itu, setelah 49 tahun penubuhan Malaysia, dan Sabah sebagai sebuah wilayah yang mempunyai kekayaan sumbar alam yang besar dan hasil masyhul bumi yang sekian banyak; namun semenjak 2010 hingga kini Sabah sekali lagi dipaksa berdepan dengan keaiban pahit yang meloyakan, lantaran dijatuhkan kepada negeri termiskin di Malaysia; sesudah dijatuhkan dari status negara kepada status negeri sebelumnya.

Oleh itu, sekarang adalah masanya bagi seluruh peringkat lapisan masyarakat rakyat Sabah agar betul-betul bangkit mengangkat anak-anak bangsa negara Sabah dari ketidakadilan dan penindasan; perjanjian dan pengkhianatan; pembohongan dan pendustaan; sentimen keagamaan dan api perkauman; kepada permata intan perpaduan dan simfoni indah persaudaraan, dengan menggilap batu harapan di tanah manis kebebasan Borneo, bagi memancarkan cahaya fajar untuk menamatkan kegelapan panjang, dari baju biru penipuan dan payung merah penindasan regim Malaya sehingga Sabah jatuh termiskin di Malaysia.

Sesungguhnya, betapa kemiskinan mendadak Sabah dalam konteks masa kini bukan ciptaan rakyat Sabah sendiri yang miskin. Justeru, ia adalah hasil dari sistem pemerintahan yang telah melaungkan sebuah manifesto ‘Gagasan Sabah Baru Ke Arah Negeri Maju Dan Moden’; kononnya bagi mewajarkan kewujudan sebuah 'Kerajaan Lanun Standard Demokrasi Longkang' yang menjadi habitat katak-katak biru beracun sebelumya.

Yang demikian, regim Malaya dan gerombolan Melayu baru UMNO di Sabah boleh menabur ratusan ribu janji baru yang bersalut umpan beracun; suatu janji yang mereka akan kaitkan dengan isu pembangunan dan kemajuan, kemodenan dan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah kononnya.

Namun, lumrah gerombolan baju biru dan payung merah bukan sekali, tetapi berkali-kali lari dari janji. Hutang janji lama mereka dalam manifesto ‘Gagasan Sabah Baru Ke Arah Negeri Maju Dan Moden’ pada tahun 1994; bukan sahaja belum dibayar, bahkan Sabah mereka campak ke lembah gaung negeri termiskin di Malaysia, dan pada akhirnya, rakyat Sabah selamanya hidup mendekam di dalam penantian mahligai janji sepanjang hayat sampai kiamat.

84 comments:

  1. Semua etnik di Sabah dan Sarawak diberi peluang dan hak sama rata sebagai warganegara Malaysia menyandang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aspek berkenaan tidak pernah diabaikan SPA, sejajar konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

      Delete
    2. Konsep ini memang baik, harus diamal dan dipractiskan.

      Delete
  2. Pembentangan Bajet 2013 membuktikan Kerajaan Pusat terus memberikan perhatian kepada Sabah dari segi peruntukan dan inisiatif pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan 2013 harus dikendali dengan bijak agar tiada penyelewengan.

      Delete
  3. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, antaranya dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM386 juta bagi menyeragamkan harga barangan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subsidi yang tidak terkawal juga membebankan.

      Delete
  4. "Kita selalu nyatakan harga barangan kita tinggi dibandingkan dengan harga di Semenanjung. Jadi dengan adanya penyeragaman harga ini sudah tentunya ia amat dinantikan rakyat Sabah," katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem kabotaj adalah unsur utama.

      Delete
    2. Jika benar, sudah pasti akan memanfaatkan semua golongan di Sabah.

      Delete
  5. Menurut Musa, bajet yang dibentangkan itu merupakan bajet menyeluruh yang mengambil kira kepentingan dan kehendak semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Katanya, keprihatinan kerajaan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dengan memperluaskan kepada golongan muda membuktikan kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada golongan muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan muda yang berbakat harus diberi peluang.

      Delete
    2. Parti memerlukan darah baru.

      Delete
  7. Tambahnya, bajet itu berupaya melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan program transformasi ke arah menjadikan Malaysia negara maju.

    ReplyDelete
  8. "Sesuai dengan tema Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ternyata bajet 2013 itu adalah satu bajet yang sangat prihatin, ikhlas, inklusif dan realistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budget 2013 is more friendly to the people.

      Delete
  9. "Jadi saya menyeru semua pihak sama ada pemimpin, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat keseluruhannya untuk terus meningkatkan iltizam dan komitmen bagi menjayakan agenda bajet ini," ujarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pelaksanaan bujet memerlukan kerjasama dan pemantauan yang ketat dan teliti.

      Delete
  10. DERINGAN HATI KESEDARAN NEGARA SABAH

    1. SAYA ramai jumpa sejenis manusia di Malaysia ini, yang apabila bercakap seolah-olah dirinya sendiri saja yang betul; seolah-olah dirinya sendiri saja yang pintar; dan seolah-olah dirinya sendiri saja yang bijak. Dengan kata lain, andai kata Barack Obama (seorang Negro) lahir di Malaysia dan warga Malaysia, nescaya ia tidak akan menjadi pemimpin besar dunia kerana tidak dihiraukan oleh sejenis manusia yang saya maksudkan.

    2. Yang demikian, saya sedar bahawa, ramai komentar kritis terhadap artikel saya ‘di sana sini’ yang begitu kontra dengan hanya melihat tajuknya sahaja, tanpa membacanya untuk menghayati isi kandungannya, apatah lagi menjawab pokok persoalan artikel dengan fakta, iaitu fakta dari sudut sejarah tentang kedudukan dan hak bersama ‘Sabah Sarawak Malaya’ dalam Malaysia sebagaimana aspirasi asal pembentukan Malaysia 1963. Dengan ungkapan lain, ramai komentar yang sekadar hendak mencuba menegakkan benang basah.

    3. Tetapi, khas buat mereka (penegak benang basah) dan para pembesar Sabah yang menjadi proksi tegar kepada regim pengkhianat ‘Perjanjian Malaysia 1963’ jangan tidak sedar melampau, bahawa Sabah bukan dan tidak pernah masuk Malaysia, bahkan Sabah dan Sarawak adalah pembina sebenar Malaysia 1963. Dalam erti kata lain, tanpa Sabah dan Sarawak nescaya Malaysia tidak sekali-kali wujud.

    4. Justeru, loceng hati kesedaran negara Sabah di kalangan anak-anak jati Sabah sudah mula berdering dan akan terus berdering; berdering di kaki-kaki bukit dan di lereng-lereng gunung; berdering di tebing-tebing sungai dan di tepi-tepi pantai; berdering di hati para petani dan nelayan; dan akan terus berdering menjangkau sarang-sarang burung dan lubang-lubang tikus sehingga tertunai ‘Kedudukan Dan Hak Sabah Dalam Malaysia’ sebagaimana yang telah dimeterai dalam ‘Perjanjian Malaysia 1963’.

    MEMPERTAHAN PERJANJIAN MALAYSIA SATU AMANAH ATAU
    REGIM MELAYU UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU?
    - Naspazi

    ReplyDelete
  11. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    melalui perjanjian Malaysia yang dimeterai pentadbiran di Semenanjung Malaysia akan memulangkan hak-hak pentadbiran terutamanya dalam beberapa bidang sekiranya terdapat anak jati Sabah yang memperolehi kepakaran tersebut.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  12. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Sehingga Julai 2011, Kerajaan Persekutuan secara berperingkat telah melantik Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan yang terdiri daripada anak tempatan Sabah. Daripada 89 Jabatan Persekutuan yang ada di Sabah 44% daripadanya diketuai oleh anak jati Sabah termasuk jawatan-jawatan penting mengenai projek pembangunan di sabah diketuai oleh Haji Matusin Sunsang dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, negeri Sabah. Begitu juga dengan jawatan-jawatan Timbalan-timbalan Pengarah yang dipegang oleh anak jati Sabah.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  13. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Kerajaan Persekutuan juga tidak mengenepikan hak Sabah malahan memberi penghormatan yang tinggi apabila melantik Menteri dan Timbalan Menteri Penuh diperingkat Persekutuan seperti YB Datuk Anifah Aman, YB Datuk Maximus Ongkili, YB Dato’ Shafie Afdal, YB Datuk Rahim Bakri, dan beberapa jawatan lain.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  14. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    20 PERKARA merupakan syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh North Borneo yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin atau wakil North Borneo semasa merundingkan penyertaan Sabah ke alam Gagasan Malaysia pada tahun 1962 hingga 1963.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  15. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    20 Perkara adalah satu dokumentasi yang tidak ditandatangani. Ia merupakan satu dokumen yang mendrafkan senarai20 tuntutanuntuk menjadi syarat penyertaan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  16. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada perlembagaan 5a iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah yang di sokong oleh Kabinet Negeri di bawah Kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu. Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  17. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Perkara 7di dalam “20 Perkara Sabah” bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh Kabinet Negeri mahupun Persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada Kerajaan Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  18. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh Ketua-Ketua Pemimpin Negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa tersebut Negeri Sabah juga dituntut oleh Kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  19. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagaiPemerhati dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat di dalamInter-Governmental Meeting (IGC).

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  20. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Isu Perjanjian Malaysia tidak sah adalah tidak relevan. Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia bukanlah satu isu kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  21. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei mempunyai satu Sistem Kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidak menjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  22. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh esakanPeople Action Party (PAP) Singapura yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya mengambil alih peranan MCA.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  23. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  24. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  25. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Sehingga Julai 2011, seramai 53 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah. Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  26. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Senario ini jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menitik beratkan keupayaan serta kemahiran yang dimiliki oleh anak watan Sabah, malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  27. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Agreemant Malaysia yang ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu. Perkara ini telah dimasukkan di dalam artikel 1: Iaitu artikel ini menerangkan bahawa negeri-negeri yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura,Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  28. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Ini menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura adalah satu kompenan negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  29. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    “ 20 Perkara Sabah” adalah 20 tuntutan yang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang perlembagaan Negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia sekarang, “20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  30. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka didalam gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  31. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Sabah bukan sahaja hidup aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  32. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan agar Sistem Pembelajaran yang bersepadu dapat diwujudkan dan diselaraskan diseluruh Malaysia.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  33. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Jika sistem pendidikan Sabah pada masa ini tidak baik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang mampu berdaya saing.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  34. FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DAN DIPUTAR-BELIT OLEH PEMBANGKANG

    Buktinya sahaja pelantikanY. Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah danY. Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.

    KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN ADA BUAT SILAP, AMBIL LA TINDAKAN UNDANG-UNDANG MACAM DUA ORANG WARGA SABAH SEBELUM INI..

    ReplyDelete
  35. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sabah akan terus menjadi keutamaan dalam pembangunan Malaysia dan berharap rakyat negeri itu akan terus menyokong beliau dalam menuju ke arah matlamat berkenaan.

    ReplyDelete
  36. Perdana Menteri berkata beliau juga komited untuk membayar balik semangat muhibah yang dibawa oleh saudara-saudara timur itu ke negara ini, sepertimana komitmen Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein dalam menggabungkan Borneo Utara dengan Malaysia bagi faedah bersama.

    ReplyDelete
  37. Sepanjang tempoh 49 tahun yang lalu, Sabah telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia. Tahun lepas, sektor pelancongan di negeri Sabah telah menyumbang hampir RM5 bilion kepada ekonomi negara, dengan ketibaan lebih 2.8 juta pelancong, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2010.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah berpotensi tinggi menjadi pusat ekonomi yang penting.

      Delete
  38. kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan bekalan elektrik di Sabah agar konsisten selain membantu pengembangan MASwings daripada sebuah syarikat penerbangan khidmat masyarakat kepada sebuah syarikat penerbangan serantau bagi Sarawak dan Sabah.

    ReplyDelete
  39. usaha berterusan kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Luar Bandar pula, jalan raya di Malaysia Timur sahaja sudah membentuk 54 peratus daripada keseluruhan jumlah jalan raya di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem infra luar bandar masih perlu diperbaiki lagi.

      Delete
  40. golongan miskin luar bandar juga telah menerima beribu-ribu rumah baru atau yang dibaik pulih, kesemuanya dilengkapkan dengan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan harus sentiasa dilaksanakan.

      Delete
    2. Berita baik supaya golongan kurang berkemampuan memiliki tempat kediaman yang lebih selesa.

      Delete
  41. Secara keseluruhannya, NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar memanfaatkan 27 daripada 32 kumpulan etnik di Sabah, dengan perbelanjaan sebanyak RM3 bilion bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan di negeri itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek naik taraf akan dilaksanakan mengikut peringkat.

      Delete
  42. Tiada putaran alam dari pintalan lidah-lidah biawak beracun! Kalau ‘Perjanjian 20 Perkara’ tentang hak Sabah dalam Malaysia dan ‘Perjanjian Malaysia 1963’ tentang status Sabah sebagai sebuah negara dalam Malaysia tidak sah, maka atas perjanjian apa yang mengikat ‘Sabah Sarawak Malaya’ tiba-tiba menjadi satu negara? - Naspazi

    1. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 1)
    (MEETING WITH TENGKU ABDURRACHMAN PUTERA)

    https://www.youtube.com/watch?v=Rh6_69gIIIo

    2. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 2)
    (MEETING WITH SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN III AT SULTAN PALACE)

    https://www.youtube.com/watch?v=jP71K2mdIXA

    3. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 3)
    (MEETING WITH TUN ABDURRAZAK)

    https://www.youtube.com/watch?v=Iw2Z26X8wIU

    4. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 4)
    (REBELLION AGAINST BRITISH INFORMED BY A.M. AZAHARI'S BROTHER, OTHMAN BIN SHEIKH MACHMUD IN JOHOR BARU)

    https://www.youtube.com/watch?v=hR_1-BBhfHA

    5. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 5)
    (COMMENT ON THE REBELLION IN NORTH BORNEO)

    https://www.youtube.com/watch?v=t-ap8LxEGio

    6. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 6)
    (MEETING WITH PRESIDENT SUKARNO , A.H.NASUTION , ACHMAD YANI AND SUBANDRIO AT MERDEKA PALACE IN)

    https://www.youtube.com/watch?v=uyFdz_FIzVk

    7. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M.AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (part 7)
    (THE ORGANIZATION STRUCTURE OF BRUNEI PEOPLE'S PARTY)

    https://www.youtube.com/watch?v=rjvmBovd2qQ

    8. EXCLUSIVE INTERVIEW WITH A.M AZAHARI BY DR.H.PRAMUDYA A.TAUFIK (Part 8 - End)
    (COMMENT ON HIS OLD AGE LIFE AND THE FUTURE)

    https://www.youtube.com/watch?v=ZqnuUAt2Wm0

    PERJANJIAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963 TIDAK SAH, ATAU
    REGIM MELAYU UMNO SAH SARJANA AGUNG DALAM MENIPU?
    - Naspazi

    ReplyDelete
  43. penggabungan Borneo Utara dengan Persekutuan Malaysia tidak termeterai tanpa perbincangan yang mendalam terlebih dahulu kerana sebagai permulaan, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi menilai sama ada masyarakat bersetuju dengan penggabungan itu.

    ReplyDelete
  44. satu perjanjian 20 perkara juga dirangka oleh Borneo Utara untuk membentangkan syarat mereka bagi penggabungan itu, antaranya isu seperti agama rasmi negeri, bahasa rasmi dan hal ehwal imigresen ke Borneo Utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan 20 perkara masih tidak berhasil. Semoga kerajan boleh menunaikannya.

      Delete
  45. Apa yang lebih penting lagi adalah Perlembagaan Malaysia telah didraf semula secara keseluruhan bagi mengambil kira kemasukan Borneo Utara sebagai Sabah dan bagi mencegah sebarang pindaan atau pengeluaran perlindungan Perlembagaan yang telah diberikan kepada negeri itu, kecuali jika dikehendaki oleh rakyat negeri itu sendiri.

    ReplyDelete
  46. Jangan cuba mengatur logik biawak komodo beracun! Tanpa Perjanjian ‘20 perkara dan perjanjian Malaysia 1963’ nescaya apa yang dikatakan sebagai ‘Perlembagaan Malaysia’ itu tidak wujud. Dan lagi, tanpa Sabah Sarawak memang tidak wujud Malaysia! - Naspazi

    ReplyDelete
  47. Gagasan 1Malaysia cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata memberi banyak faedah kepada rakyat terutama dalam memastikan tidak wujud kelompok masyarakat yang terabai, kata ketua pergerakan wanita UMNO bahagian Kudat Datin Aminah Ambrose.

    ReplyDelete
  48. cubaan pembangkang untuk menonjolkan kelemahan dan cerita yang tidak tepat mengenai konsep itu selain pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, hanya gimik politik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  49. Tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa konsep 1Malaysia atau pendekatan yang kita guna selama ini sebenarnya berjaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan nasional

    ReplyDelete
  50. Sebaliknya pakatan pembangkang sebenarnya berada dalam keadaan rapuh, tetapi enggan mengakui kelemahan mereka

    ReplyDelete
  51. gagasan 1Malaysia perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat di negeri ini supaya tidak terpesong dengan dakyah parti pembangkang yang hanya mahu memperalat konsep itu demi kepentingan politik.

    ReplyDelete
  52. sebalik gagasan itu terkandung hasrat pucuk pimpinan kerajaan BN untuk mengutamakan kepentingan rakyat di negara ini agar mereka kekal bersatu padu.

    ReplyDelete
  53. UMNO Kudat turut menyatakan sokongan padu kepadaKetua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  54. "Gagasan NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

    ReplyDelete
  55. Gagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  57. SYAITAN YANG DIKENALI TAK SEDAR DIRINYA PENDUSTA

    1. HANYA orang gila saja yang percaya kepada kata-kata melayu UMNO/BN yang diakui sendiri oleh Mahathir pada 25 Ogos 2012 sebagai gerombolan Syaitan Yang Dikenali. Justeru, khianat kepada janji adalah budaya hidup gerombolan Syaitan Yang Dikenali ini.

    2. Yang demikian, mungkin ramai yang percaya, bahawa taraf Sabah Sarawak hanya sama dengan taraf 11 negeri dalam Malaya (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan).

    3. Apapun, anggapan tersebut di atas sudah berjalan selama 49 tahun yang mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, saya ada pemberatan lain, iaitu, kalau 31 Ogos 1957 Malaya merdeka; kalau 22 Julai 1963 Sarawak merdeka; dan kalau 31 Ogos 1963 Sabah merdeka, maka bolehkah komentar proksi regim Malaya, beritahu tarikh kemerdekaan 11 negeri dalam Malaya bagi mewajarkannya taraf sama dengan taraf Sabah Sarawak?

    4. Selainnya, khas buat anak-anak jati Sabah yang beria-ia sangat dan bermati-matian sangat mahukan ketuanan regim kaum Malaya di Sabah, saya ucapkan selamat menjual kedaulatan kemerdekaan Sabah kepada anak-anak kaum Malaya, dengan pertanyaan “Malaysia dibentuk oleh tandatanagn Malaya Sabah Sarawak, kalau status Sabah Sarawak jatuh kepada negeri dalam Malaysia, maka Malaya jatuh ke status apa dalam Malaysia?”

    5. Dunia tahu, bahawa 16 September 1963 adalah hari pembentukan Malaysia. Dunia juga tahu, bahawa 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya. Oleh itu, penukaran 16 September 1963 kepada 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Malaysia adalah logik biawak komodo sarjana agung dalam berbohong yang sangat-sangat bodoh jika mempercayainya.

    6. Bahkan, perkataan ‘Hari Kemerdekaan Malaysia’ itu sendiri adalah simbol kepada pengkhianatan jijik terhadap pembentukan Malaysia, kerana semenjak Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, Malaysia 1963 tidak pernah dijajah! Kini, Sarjana agung dalam berbohong, gerombolan Syaitan Yang Dikenali mengatur logik biawak sebagai perbandingan kewajaran mengagungkan 31 Ogos 1957 kemerdekaan Malaya dengan 4 Julai kemerdekaan Amerika Syarikat kononnya.

    a) Amerika Syarikat merdeka pada 4 Julai 1796 atas nama United States of America (USA);

    b) Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 atas nama Persekutuan Tanah Melayu;

    c) Penambahan wilayah USA, sama ada melalui pembelian wilayah baru atau penaklukan wilayah baru dan nama masih kekal (USA);

    d) Pembentukan Malaysia dalam konteks masa kini pula atas persetujuan dan akujanji bersama (Sabah Sarawak Malaya) menjadi rakan kongsi sama taraf ‘Equal’ dan nama berubah atau bertukar kepada (MALAYSIA).

    7. Akhirnya, Brunei Singapura tidak memerlukan 31 Ogos 1957; Brunei Singapura tidak memerlukan 16 September 1963; dan Brunei Singapura tidak memerlukan MALAYSIA untuk menjadi antara negara terbaik, termaju dan terkaya di persada dunia!

    SYAITAN YANG DIKENALI SARJANA AGUNG DALAM MENIPU!
    - Naspazi

    ReplyDelete
  58. Maliau Basin, which is poised to be a World Heritage Site soon, has become the most enticing destination in Sabah.

    ReplyDelete
  59. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today outlined several factors which places the Barisan Nasional (BN) in a favourable position in the run-up to the 13th general election.

    ReplyDelete
  60. Giving Sabah a fair share of oil money

    Sabah Chief Minister Musa Aman is right. After 36 years, it is certainly time to review the oil revenue- or profit-sharing agreement between Sabah, Sarawak, the federal government and Petronas, the national oil company. And it is opportune since Najib Razak, the prime minister, is reviewing cash payments, deemed as royalties, from petroleum revenue to oil-producing peninsular Malaysian states of Kelantan, Pahang and Terengganu. Sabah, like the others, has been receiving 5% oil royalty. And this has been a source of unhappiness of Sabahans who feel shortchanged. But it would be naïve to think that increasing it will placate Sabahans suffering from a sense of loss of what is theirs. They don’t see oil and gas as a national asset despite having been Malaysians for almost 50 years.

    Sabah in fact has never been shortchanged by Kuala Lumpur of its oil and gas. It receives about four times more than its 5% oil royalty from the federal government for its social and infrastructure development under each succeeding five-year Malaysia plan. The state problem has been in spending the money quickly enough.

    ReplyDelete
  61. Giving Sabah a fair share of oil money

    Sabah expects about 800m ($258m) ringgit in petroleum royalties this year. Federal grants are estimated at about 350m ringgit. The state has got slightly more than 10 billion ringgit to carry out 424 projects under the first phase of a rolling plan of the 10th Malaysia plan which started last year.

    The Borneo island state contributes a little more than a quarter of Malaysia’s crude oil production of about 635,000 barrels a day. The bulk of it comes largely off the peninsular coast of Trengganu. Sarawak’s makes up the rest. Petronas last year paid 5.4 billion ringgit in “petroleum proceeds” to the federal and state governments. (Petronas has never referred to these cash payments as “royalties” in its financial statements.)

    ReplyDelete
  62. Giving Sabah a fair share of oil money


    Najib speaks of a “fair” distribution of cash payments from petroleum revenue. And this is what the Petroleum Development Act of 1974 has set out to achieve after Petronas signed the first production sharing contracts with Shell, Exxon and other foreign oil companies in 1976. Under a complex mechanism, Petronas sets aside 10% of gross revenue from oil and gas production for cash payments to the federal government and oil-producing states. Out of this money, the federal takes half and the states keep the balance.

    The only sore point is that the federal government is the sole shareholder of Petronas. It gets a flat annual dividend of 28 billion ringgit. Last year it got 30 billion ringgit out of a profit of 63 billion ringgit.

    It would thus be pertinent then for Najib and Petronas to consider converting Sabah’s and other oil-producing states' share of oil and gas revenue into equity. This would certainly help to diminish Sabahans’ sense of loss of their natural resources. Surely, they will be proud to own a piece of Malaysia’s only Fortune 500 company that will heighten their sense of belonging to the 13-state federation where they are separated from the peninsula by the South China Sea.

    ReplyDelete
  63. Giving Sabah a fair share of oil money


    Rather than “cash payments” or “royalties”, Sabah and the other oil-producing states would be receiving dividends as long as Petronas continues to be profitable. Whether dividends will pay more is a moot point even though Petronas is trying to plough back more profit into its operations and limit dividends to 30% against 61% now. So is the question of whether it would reduce federal funding of the country’s social and infrastructure development should payment of oil and gas dividends to the federal government fall. Sooner or later Kuala Lumpur will have to cut its dependence on oil and gas money which now accounts for 45% of the national budget.

    Giving Sabahans and Sarawakians a stake in Petronas will surely help their integration in Malaysia. After almost 50 years, it is still not too late to start

    ReplyDelete
  64. The Federal Government has never seized the rights of Sabahans as claimed by the opposition but instead has given more than due to Sabah, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Urging the people of Sabah not to fall prey to such lies, he said,"Representing the Federal government, I say that we have never seized the rights of Sabahans. So don't ever incite the people of Sabah."

    "As I said during the tabling of the 2013 Budget, the true worth of a leader can only be evaluated when he's in power and not when he has no power.

    Najib said this during the ground-breaking ceremony of the Native Court Training Institute building and the opening of the Inobong bridge in Padang Pagansakan near here Saturday.

    He added that the Federal government was committed to the welfare of Sabahans and to maintain the harmony and diversity of the state's culture.

    ReplyDelete
  65. In this regard, he suggested that a comprehensive study be done to decide the future of the native court system in Sabah.

    "We want the system to be properly developed so that it will not be seen as 'ala kampung' (village-level) but on the other hand, we want to upgrade its knowledge foundation and position.

    "So, I appeal to experts in the field to give their views and suggestions so that the native court system can continue to be relevant in the future," he said.

    Najib also reminded the people not to be easily taken in by the sweet promises of the opposition who had clearly failed to administer the states they won in the previous general election.

    "Don't think national administration is so simple that we can arbitrarily spend money as we like just to become popular and get the support of the people."

    "When we utter a word or statement it must be based on the credibility of a government and this is the Barisan Nasional (BN) government," he said.

    "It's very easy to make promises or become dream merchants. Like the opposition in 2008 who wanted to win in Selangor and Penang and let's not even mention Kelantan.

    ReplyDelete
  66. How much did they deliver? One hundred percent per cent? Ninety per cent are not backed up by facts. In their report card (Penang and Selangor), they would have got Grade D or might even have failed," he added.

    Najib said the opposition's arsenal could be described in three words, which were "criticise, incite and promise".

    "These are the three weapons they have. For example, they criticised my wife and I for dancing the Sumazau during a recent visit to Sabah. The opposition criticises but we respect the Kadazandusun culture," he said.

    "Maybe I am not as good as (Sabah Deputy Chief Minister) Tan Sri Pairin (Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) and (Minister of Plantation Industries and Commodities) Tan Sri Dompok (Tan Sri Bernard Dompok) in dancing the Sumazau...what is important is that I respect the culture of the multi-ethnic community of Sabah," he said.

    Najib also rejected the opposition's contention that his numerous visits to Sabah, namely, five visits this year, had to do with worries about the political situation in the state.

    "I have come here five times, not because I am worried but this is a promise kept and our commitment to look after the people and Sabah," he said.

    ReplyDelete
  67. "A leader must know how to feel the pulse of the people and we must know the people's aspirations. We cannot be a big leader if we are only adept at talking like the medicine seller by the road side.

    "They will promise they can cure any disease.., that everything is possible if the people would listen to the opposition. Don't place your hopes in leaders who are like road side medicine traders who go all over the places talking about votes and power...the question of the people's interest is not important to them," he said.

    Najib said leaders must be responsible and "walk the talk." "As a result, when we announced BR1M 2 (1Malaysia People's Aid for the second time) the people have confidence we will pay next year.

    We can hold the general election at any time because the people are confident that we will deliver what we promise..sometimes a bit late but sooner or later we deliver.

    During the ceremony, Najib also announced the approval of the Sekolah Menengah Kivoupo project and the construction of the multi-purpose hall at Kampung Pagansakan, Penampang.

    He also announced that a Permata Centre (centre for early childhood education) had been approved for Penampang.

    ReplyDelete
  68. kamus sumua sepatutnya bersyukur berada di malaysia kerana masih hidup aman.cuba kalian amati nasib jiran kita filipina sudahlah miskin,ditindas oleh kerajaan.tentera berlegar kesana sini.masaaalah sabah bukan salah orang melayu tetapi salah pemimipin umno bn yang memerintah.samasamalah kita berganding bahu menumpaskan kerajaan ini bukannya mewujudkan sensitiviti kaum.kerana kesannya akan meghancurkan negara.mudah-mudahan sabah dan sarawak dan semua negeri yang kucintai mendapat pemimpin sejati seterusnya memupuk cinta diantara kita.

    ReplyDelete