RUNTUH
… Rumah PPRT di Kampung Air yang roboh baru-baru ini.
SANDAKAN: Menteri Belia dan
Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Karamunting Datuk Peter Pang
En Yin mahukan laporan teknikal dari Felcra tentang kejadian sebuah rumah skim
PPRT yang roboh di Kampung Air pada Rabu.
Pang berkata beliau akan
menulis surat kepada Felcra berhubung perkara itu selepas dimaklumkan tentang
kejadian itu pada waktu subuh.
Setiausaha Politik beliau,
Jason Tan melawat mangsa di Dewan Masyarakat Kampung Air dan menghulurkan
bantuan bagi pihak Pang kepada ketua keluarga, Rajimah Latip, 59.
Tan juga turut menguruskan
bantuan perlu dan memaklumkan kepada Persatuan Palang bulan Sabit Merah
Cawangan Sandakan agar pakaian terpakai diberikan kepada mangsa- mangsa yang
terbabit.
Rajimah bersama 18 anggota
keluarganya mengandungi enam dewasa dan 13 kanak- kanak, telah berpindah ke
rumah PPRT itu sembilan bulan lepas.
Kesemua mereka sedang tidur
apabila kejadian berlaku pada jam 4 pagi. Mereka berada di dalam air sebelum
diberikan bantuan untuk keluar oleh penduduk-penduduk lain.
Salah seorang anak lelaki,
Rajimah iaitu Herman Modjahirin, 29, berkata mereka terjaga apabila rumah itu
tiba-tiba bergegar sebelum runtuh.
Herman berkata dia dan orang
dewasa kemudiannya mengumpulkan semua anak-anak dan mengangkat mereka dari
lemas.
“Ketika itu cuaca masih
gelap dan para penduduk lain hanya dapat memberikan bantuan pada waktu siang,”
katanya.
Bekas pengawal keselamatan
dan isterinya Juriah Ahmad, 25, tinggal di rumah itu bersama tujuh anaknya yang
berumur enam bulan hingga 13 tahun.
Timbalan Presiden Majlis
Perbandaran Sandakan, Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain yang turut melawat
tempat kejadian berkata kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina projek
itu telah dipanggil untuk membina semula rumah itu dan mengarahkan untuk
memeriksa rumah-rumah skim PPRT yang lain untuk mengelakkan kejadian sama
berulang lagi.
“Mangsa buat masa ini di
tempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Air dan Jabatan Kebajikan akan memberikan
bantuan yang diperlukan,” kata Hamsan yang gembira kerana semua penghuni
selamat dalam kejadian itu.
Kejadian kelmarin adalah
yang kedua dalam tempoh empat bulan membabitkan skim rumah PPRT di kawasan Batu
Sapi. Sebelum ini satu keluarga tujuh orang tidak mengalami kecederaan apabila
rumah mereka di Kampung Lupak Meluas juga runtuh pada malam 9 Ogos.
Lehon Maddhigel, 45, bersama
isteri serta anak-anak yang berusia 7 hingga 15, berjaya menyelamatkan diri
dengan memanjat ke jambatan kayu selepas rumah mereka roboh pada jam 9.30
malam.
No comments:
Post a Comment