Wednesday 26 December 2012

PELUCUTAN SENJATA BANGSAMORO






JOHOR BAHARU : Proses pelucutan senjata anggota pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan hanya dimulakan sebaik sahaja terbentuknya kerajaan Bangsamoro dan beroperasi di Mindanao, selatan Filipina.

Pengerusi MILF, Murad Ebrahim berkata pada ketika ini isu mengenai pelucutan senjata para pejuang MILF masih lagi dalam perbincangan dengan kerajaan Filipina.

Murad mendedahkan perkara ini kepada Bernama ketika ditemui semasa menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) kelapan yang berakhir di sini baru-baru ini.

Beliau mengingatkan bahawa pihak-pihak terbabit perlu mewujudkan keadaan yang betul di peringkat bawahan terlebih dahulu, sebelum memulakan proses pelucutan senjata oleh anggota-anggota pasukan pejuangnya.

Murad berkata, isu pelucutan senjata tidak seharusnya menjadi tumpuan perhatian pihak pejuang MILF sahaja, tetapi perlu juga melibatkan militia kerajaan yang dikenali sebagai Sukarelawan Awam. (Bernama)

No comments:

Post a Comment