Saturday 9 February 2013

PEMBANGKANG HARUS TERIMA KEKALAHAN






DAULAT....Najib berkata rakyat harus berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

Oleh : NOMY NOZWIR

KUALA LUMPUR : Pembangkang harus menerima keputusan pilihan raya yang dilangsungkan tahun ini sekiranya tewas, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, pembangkang perlu menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah salah satu prinsip dalam sistem demokrasi.

“Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen, bererti kita mesti terima keputusan rakyat.

“Bila dia kata dia percaya demokrasi dia harus menyanjung prinsip itu, itu hakikatnya,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabatnya hari ini.

Menurut Najib, rakyat secara umumnya tidak menerima politik huru-hara, dan harus berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

“Kalau dia nak buat huru hara, semua orang tak boleh terima. Kita akan wujudkan the rule of law,” kata Najib lagi.

No comments:

Post a Comment