DAULAT....Najib
berkata rakyat harus berpegang kepada kedaulatan undang-undang.
Oleh : NOMY NOZWIR
KUALA LUMPUR :
Pembangkang harus menerima keputusan pilihan raya yang dilangsungkan tahun ini
sekiranya tewas, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga Perdana
Menteri berkata, pembangkang perlu menghormati keputusan rakyat kerana ia
adalah salah satu prinsip dalam sistem demokrasi.
“Menghormati
keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu
demokrasi berparlimen, bererti kita mesti terima keputusan rakyat.
“Bila dia kata dia
percaya demokrasi dia harus menyanjung prinsip itu, itu hakikatnya,” kata Najib
selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabatnya hari
ini.
Menurut Najib, rakyat
secara umumnya tidak menerima politik huru-hara, dan harus berpegang kepada kedaulatan
undang-undang.
“Kalau dia nak buat
huru hara, semua orang tak boleh terima. Kita akan wujudkan the rule of law,”
kata Najib lagi.
No comments:
Post a Comment