PALU
GONG.....Masiung memalu Gong di majlis adat Titikas.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
BUKIT GARAM : Untuk mengekalkan
satu-satu budaya dan adat resam eknik mengikut kepercayaan masing-masing
haruslah disemai dan dipelihara sehingga
turun menurun kebeberapa generasi akan datang agar tidak pupus
ditelan zaman.
Memelihara satu-satu adat
itu harus ditingkatkan agar menjadi ikutan kepada orang muda supaya
meneruskannya seperti acara Titikas ini
yang hampir lupus dan pupus di kalangan masyarakat Sungai di seluruh
Kuamut dan Kinabatangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus
selepas kunjungannya di Kampung Sinar Jaya Bukit Garam kelmarin.
Masiung menjelaskan, acara
Titikas ini merupakan satu adat yang sudah menjadi budaya kepada kaum Sungai
bertahun-tahun lamanya sebagai adat bagi
menyambut kedatangan orang kenamaan di sesebuah rumah yang dikunjungi; sambil
memalu gong dan disediakan pelbagai jenis makanan.
“Saya minta kepada orang tua-tua
agar dapat mengajar dan mendorong anak-anak mereka supaya mempelajari sedikit
sebanyak adat acara Titikas agar tidak terhakis dan tenggelam di mamah zaman
supaya berterusan dari zaman ke zaman, Ini adalah warisan bangsa kita yang
dijalankan sejak nenek moyang kita lagi. Jadi siapa lagi kalau bukan kita anak-anak
muda yang mewarisi untuk terus menghidupkan adat Titikas ini,” tegasnya.
Masiung dan rombongannya
melakukan lawatan kerja kekampung Sinar Jaya adalah sambil mendekati rakyat
agar segala masalah yang hadapi sedikit sebanyak dapat dipantau, walaupun tidak
secara mendadak agar selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian
diutamakan sambil disusuli slogan 'Janji Ditepati'.
No comments:
Post a Comment