Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH
PADA pilihanraya umum 2008
lalu, kerusi N13 INANAM merupakan antara kerusi paling sengit direbut seramai 4
orang calon yang mewakili BN, PKR, DAP dan bebas. Hanya dengan perpecahan undi
pembangkang, calon PBS yang mewakili BN, iaitu Johny Goh, menang dengan majoriti
1,686 undi.
Namun persoalannya, mampukah
Johny Goh atau siapa sahaja calon BN mempertahankan lagi kerusi berkenaan
kerana jika dikaji gabungan undi PKR dan DAP pada 2008 sejumlah 7,157 undi
iaitu masing-masing PKR 4,293 undi dan DAP 2,864 undi.
Senario ini bermakna pada
PRU-12, pengundi Inanam sebenarnya sudah membuat keputusan untuk menolak calon
BN kerana undi yang diperolehi BN hanya sekitar 5,979 undi sahaja.
Adakah dengan gelombang
sentimen slogan 'TUKAR' maka calon BN dapat mengekalkan kerusi tersebut? Memandangkan
Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah mengesahkan bahawa Johny Goh
akan dikekalkan mewakili DUN Inanam, maka beliau mungkin ditakrifkan sebagai 'WINNABLE
CANDIDATE'.
Jika Johnny Goh dikekalkan,
maka ramai pemerhati politik berani bertaruh bahawa beliau akan menyebabkan BN
kecundang di kerusi tersebut dengan syarat satu lawan satu.
Dikhabarkan STAR bakal
meletakan pemimpin lantang memperjuangkan hak-hak Sabah iaitu Daniel John
Jambun; manakala DAP akan menurunkan Jefrey Kumin sekali lagi.
Jika berlaku pertandingan
tiga penjuru, maka adalah satu kelebihan bagu BN untuk mengekalkan kerusi ini.
Namun atas dasar ingin menumbangkan BN maka mereka berharap agar DAP dapat
berunding dengan STAR supaya membatalkan niat mereka meletakkan calon di
Inanam.
Maka dengan itu, hasrat penduduk
Inanam yang inginkan Wakil Rakyat baru akan tercapai selepas PRU 13 nanti bagi
menggantikan 'Ayam Karan' yang sewajarnya disembelih kerana tidak lagi
produktif.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
No comments:
Post a Comment