SUNGGUH malang nasib rakyat miskin
kerana Pemimpin BN Senallang di Semporna kerana menggunakan rumah PPRT
dijadikan Pejabat Rasmi ladang kelapa sawit yang dipercayai milik Ahli Parlimen
Semporna, merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal.
Pemimpin USNO Semporna yang
menerima aduan penduduk kampung Trapuli, berhubung perkara ini telah mengarah Setiausaha
Penaja USNO DUN Senallang, Antoni, untuk menjalankan siasatan ke lokasi yang
didakwa berlaku penyelewengan.
Dalam lawatan mengejut pemimpin
USNO ke Kampung Bukit Sakong di DUN Bugaya Semporna pada pagi 3 Februari lalu, mengesahkan
terdapat 4 buah rumah PPRT yang digunakan sebagai pejabat rasmi ladang kelapa
sawit di kawasan itu oleh para pekerja.
Pasukan peninjau juga
mendapati kerani pejabat ladang sedang menjalankan tugas harian di dalam rumah
PPRT yang digunakan sebagai pejabat ladang.
Dilaporkan bahawa
penyelewengan peruntukan dan salahguna peruntukan rakyat dan hak orang miskin
sedang berluasa di daerah ini sejak akhir-akhir ini.
Manakala di DUN Sulabayan pula,
USNO menerima laporan bahawa FELCRA telah menjadikan perusahaan rumpai laut di
Kg. Look Butun dan Labuan Haji menggunakan modus operandi yang sama iaitu
menggunakan peruntukan PPRT untuk membina pejabat ladang rumpai laut; malah
menyewa pajak perusahaan berkenaan kepada pengusaha daripada Semenanjung Malaysia.
USNO Semporna memohon pihak
berwajib, terutama SPRM membuat siasatan rapi mengenai perkara ini dan
mengambil tindakan sewajarnya supaya peruntukan rakyat miskin tidak
disalahgunakan dan wakil rakyat diambil tindakan sewajarnya. (Media USNO)
No comments:
Post a Comment