Saturday 12 February 2011

LDP KECAM SULTAN SULU PALSU



TERIMA….OCPD sedang menerima surat jemputan daipada Ng untuk memeriahkan majlis berkenaan malam esok.

Oleh: MAIL MATHEW

KETUA Bahagian Liberal Democratic Party (LDP) Tenom, Kapitan Ng Tet Hau menyifatkan tindakan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang yang membuat laporan Polis baru-baru ini untuk menyiasat insiden pertabalan Datu Akjan sebagai ‘Sultan Sulu’, amat bertepatan sekali demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Katanya, proses undang-undang negara perlu ditegakkan demi kedaulatan Negara mengikut lunas perlembagaan yang sedia ada, lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai dua kerakyatan yang cukup meragukan.

“Kita merasa lega kerana isu ini sudah berada di tangan pihak Polis dan biarlah undang-undang negara yang menentukannya,” kata beliau selepas menyerahkan surat jemputan ke Majlis Muhibbah Tahun Baru Cina (TBC) pada ahad ini kepada Ketua Polis Daerah Tenom, DSP Mazlan Haji Lazim.

Majlis muhibbah sempena perayaan TBC anjuran LDP dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden LDP, Datuk V.K Liew pada kira-kira jam 7 malam esok di Dewan Seri Antanom, Tenom.

Kapitan Ng yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) LDP pusat seterusnya berkata, rakyat sekeliling tidak perlu risau mahupun merasa cemas dengan kemunculan insiden pertabalan ‘Sultan Sulu’ itu dan sebaliknya menyerahkan kepada kewibawaan pihak berkuasa khususnya PDRM untuk menangani masalah tersebut dengan sebaik mungkin.

Sebelum itu tegasnya, Presiden LDP yang juga Timbalan Menteri di JPM pernah berkata bahawa slot undang-undang di negara ini jelas memperuntukkan hukuman yang tegas kepada mana-mana individu yang mempersendakan kedaulatan Raja Melayu dan Sultan di negara ini.

Sementara itu, Kapitan Ng turut mengumumkan bahwa pihak beliau telah pun menerima sumbangan kewangan daripada Ketua Pergerakan Pemuda BN Tenom yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Jamawi Jaafar untuk menaja perbelanjaan majlis muhibbah TBC yang akan berlangsung pada ahad ini.

No comments:

Post a Comment