Friday 8 April 2011

MALAKUN PERTAHAN REKOD PAIRIN



PERSATUAN Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) kelmarin kesal dengan kenyataan Wakil Rakyat Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail terha dap Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang menyatakan Pairin dan Parti Bersatu Sa-bah (PBS) sehingga hari ini bukan menjadi material politik nasional.

“Kita amat kesal terutama sekali oleh ahli-ahli KDCA bahawa Rahim memilih untuk menyerang Pairin,” kata Timbalan presiden persatuan itu, Datuk Clarence Bongkos Mala- kun.

Pairin adalah Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Presiden KDCA.

Malakun juga menambah: “Kita ingin bertanya kepada Rahim apa yang dia maksudkan material politik nasional?”

Katanya, dengan berkata Pairin sehingga hari ini bukan material politik nasional bukan saja serangan peribadi ke atasnya tetapi juga turut menyerang ahli-ahli KDCA di seluruh Sabah memandangkan Pairin adalah Pemim pin Agung atau ‘Huguan Siou’ masyarakat Kadazandusun Murut.

Dalam mempertahankan Pairin, beliau berkata, Huguan Siou itu sudah menjadi Presiden KDCA sejak 29 tahun lepas.

“Rahim tidak wajar menyerang secara terbuka Huguan Siou sebagai bukan material politik kebangsaan kerana dengan berbuat demikian, dia secara tidak langsung memalukan masyarakat KDM terutama sekali ahli-ahli KDCA di seluruh Sabah termasuk pengundi di Pantai Manis dan kawasan Papar.

“Jika dia berkata Pairin bukan material politik kebangsaan, jadi bagaimana yang lain pemimpin Sabah yang berkhidmat dalam Kabinet Persekutuan seperti Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Maximus Ongkili?”.

Apakah mereka juga dianggap sebagai ‘rendah darjat’ dan tidak memenuhi kehendak Rahim sebagai material politik kebangsaan? Kita mesti ingat bahawa Pairin adalah pemimpin yang paling lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Malaysia hari ini dan Parlimen adalah badan tertinggi yang menggubal undang-undang di negara ini.

“Jika Pairin bukan material politik nasional, sudah pasti dia tidak akan berkhidmat begitu lama di Parlimen,” tegasnya.

Malakun berkata, beliau menyokong kenyataan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman baru-baru ini bahawa ‘Kesatuan Sabah’ amat penting untuk membawa pembangunan untuk Sabah dan rakyat negeri ini.

Malakun juga berkata, beliau juga akan berbincang dengan peguamnya kemungkinan akan menyaman Rahim terhadap kenyataannya bahawa: “Kayu balak berjuta-juta meter padu dari Yayasan Sabah dan Sabah Forest Industries (SFI) dieksport dengan mengurangkan harga untuk memperkayakan beberapa orang tertentu.

“Sebagai Pengarah Urusan SFI dari 1985-1992, saya menganggap kenyataannya itu adalah fitnah dan dari itu saya meminta dia (Rahim) memohon maaf dan menarik balik kenyataannya mengenai SFI, atau saya akan saman beliau kerana fitnah dan membuat kenyataan palsu,” kata Malakun.

Sementara itu, katanya, harga kayu balak yang dijual oleh SFI berdasarkan pasaran harga pada masa itu dan dengan mengatakan’ menjual balak dengan harga kurang’ adalah fitnah dan bohong.

“Dalam kebanyakan kes, kayu-kayu SFI pada waktu itu dihantar ke kilang untuk diproses menjadi fiber untuk pembuatan kertas cetak dan tulis,” tambahnya.

Mengenai dakwaan Rahim bahawa Kerajaan PBS membazirkan RM5 bilion (RM2.5 bilion) simpanan yang ditinggalkan oleh Kerajaan Berjaya serta defisit lagi RM2.5 bilion Malakun berkata:”Saya tidak tahu dari mana Rahim dapat angka ini.”

“Jumlah ini mungkin bayangan Rahim semata-mata,” katanya.

“Dia mesti tahu Menteri Kewangan semasa pemerintahan PBS ialah Tan Sri Bernard Dompok dan timbalannya ialah Datuk Yong Teck Lee. Tidak ada seorang pun yang menuduh Pairin telah memboroskan wang simpanan negeri seperti jumlah yang disebut oleh Rahim.

“Adalah mustahil bagi mana-mana Ketua Menteri untuk memboroskan wang rakyat sebanyak ini tanpa mendapat kelulusan dari Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu,” katanya.

No comments:

Post a Comment