Friday 1 April 2011

SEDCOVEST, GLC YANG MEMALUKAN KERAJAAN?



Saudara Pengarang,

Kami merupakan bekas penyewa Komplek Sedcovest di Wisma SEDCO (Wawasan Plaza ) Kota Kinabalu, Sabah. Kami amat menyokong keberanian Abdul Karim Ahmad membuat aduan dan akan mengambil tindakan undang-undang di atas ugutan peguam SEDCOVEST terhadap beliau.

Memang tidak dapat dinafikan, SEDCOVEST banyak melakukan diskriminasi dan juga penindasan kepada ramai usahawan bumiputera Negeri Sabah. SEDCOVEST juga telah banyak merampas peralatan dan mesin-mesin daripada pengilang-pengilang kecil di negeri ini dan disimpan dalam stor SEDCOVEST sebagai besi buruk.

Seolah-olah SEDCOVEST adalah senjata utama SEDCO untuk menghancurkan, menggagalkan semua usahawan bumiputera di Negeri Sabah. Contohnya, berapa ramaikah usahawan bumiputra yang telah berjaya dilahirkan oleh SEDCOVEST sekarang?

Pihak kerajaan persekutuan melalui MECD telah menyalurkan peruntukan sebanyak lebih RM 16 juta kepada SEDCOVEST. Persolannya sekarang, di manakah wang RM 16 juta itu dibelanjakan?. MECD telah memberi tahu kepada para usahawan bumiputera di negeri Sabah bahawa mereka telah menyalurkan peruntukan untuk membangunkan usahawan bumiputera Sabah.

Malangnya, wang RM 16 juta sudah habis tapi tidak ada usahawan bumiputra yang telah berjaya dilahirkan oleh SEDCOVEST. Ramai yang berjaya tapi tidak mendapat bantuan dari SEDCOVEST.

SEDCOVEST kononnya untuk membantu usahawan bumiputra di negeri Sabah tapi kenapakah sewa premis milik SEDCOVEST yang disewakan kepada peniaga bumiputera dengan kadar RM2.20 sekaki persegi sedangkan pemis milik bukan bumiputera disewakan kepada peniaga bumiputera dengan kadar RM 1.60 sekaki persegi di kawasan yang sama.

Tidak hairanlah lebih 90% ruang kedai milik SEDCOVEST tiada penyewa sekarang. Ramai juga kakitangan SEDCOVEST dan SEDCO tidak berdisiplin dan suka menghisap rokok di kawasan larangan merokok.

Tiap-tiap hari, waktu masa bekerja dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi, ramai kakitanggan SEDCO dan SEDCOVEST berada di tingkat 3, Wisma Wawasan Plaza ‘Food Court’ untuk minum dan makan, sehingga urusan pejabat ditinggalkan. Jika kita hendak berjumpa kakitanggan yang berkenaan, pegawai yang berada di pejabat memberitahu yang pegawai berkenaan ada urusan di luar.

Sejak akhir-akhir ini kita lihat bangunan SEDCO bergelap selalu seperti tidak lama lagi SEDCO akan BANKRAP. Benarkah begitu?

Salam Hormat,

BEKAS PENYEWA MALANG

No comments:

Post a Comment