Saudara Pengarang,
TERIMA KASIH atas tindakan cepat pihak Sabahkini.net menyiarkan aduan saya berkaitan Kwantas. Cuma yang menyedihkan saya, orang yang di maksudkan, Rodolfo Elmidolan yang taraf kewarganegaraannya diragui masih dapat keluar ke Sarawak untuk bekerja. Di samping itu Madam Froctousa semakin bermahajarela seperti Sabah ini milik beliau.
Semoga ada pihak yang dapat membantu untuk memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap Rodolfo Elmidolan dan Froctousa Marcoco. Sungguh memalukan kerana satu ketika dahulu, sekitar 2010, difahamkan pihak Imigresen dari pusat membuat serbuan; tapi mereka semakin bertambah kukuh, mungkin kerana unsur rasuah.
Hanya melalu Sabahkini.net kami sandarkan harapan untuk menyiarkan masalah kami kerana media di Sabah boleh dikatakan ‘pengecut’ dan tidak berani menegakkan kebenaran.
Salam Hormat,
MANGSA KWANTAS.
No comments:
Post a Comment