AMARAN KERAS
HAK CIPTA TERPELIHARA. TIDAK DIBENARKAN 'COPY & PASTE' ARTIKEL INI UNTUK APA JUGA TUJUAN.
DESAKAN demi desakan peminat Sabahkini.net dan keterlanjuran kami memaparkan iklan ‘E-Books Skandal Seks Orang Ternama’ sebelum ini menyebabkan Lembaga Editorial memutuskan untuk menyiarkan sedikit demi sedikit kisah benar Skandal VIP yang dihasilkan oleh Editor, Mutalib M.D sehingga selesai ‘Sembilan Skandal’ yang melibatkan VVIP di Malaysia.
Episod Pertama ini berjudul ‘Sekritari’ yang akan disiarkan sebanyak empat siri berdasarkan judul asalnya ‘YB’. Semua gambar atau grafik yang disiarkan hanya hiasan dan hasil imiginasi dan kreativiti pengarang dan tidak ada kena mengena dengan Sabahkini.net.
SKANDAL SEKS ORANG TERNAMA: YB
JAMLIAH terlalu gembira kerana berjaya mendapat kerja di Pejabat YB Rahim setelah beberapa kali gagal sesi temuduga di beberapa buah syarikat swasta dan jabatan kerajaan.
Kegembiraan itu dikongsi bersama ibu bapa serta adik-adiknya yang tinggal di rumah setinggan berdekatan Lapangan Terbang Kerugau.
Malam itu ramai jiran datang ke rumah Jamliah menghadiri majlis kenduri kesyukuran kerana Jamliah berjaya mendapat kerja yang amat membanggakan masyarakatnya yang semuanya berasal daripada Sulawesi Selatan, Indonesia.
Semangat kekitaan dan setiakawan begitu kental di kalangan penduduk kampung Setingarden yang menganggap kejayaan Jamliah sebagai kejayaan mereka juga.
Agak melucukan hati Jamliah ketika mendengar bacaan doa Ustaz Rothman, imam zero-zero yang tidak bertauliah kerana mahkraj dan tajwidnya tidak betul disebabkan giginya rongak di hadapan bagaikan pagar rumahnya yang dilanggar kereta YB Rahim ketika memundurkan kereta untuk berpusing.
Ayah Jamilah, Pak Usok tersenyum bangga apabila para tetamu memuji Jamliah yang telah diterima bekerja sebagai sekritari atau Setiausaha Sulit di pejabat YB Rahim sebagai membalas sokongan para pengundi kaum Bugis yang telah menumpahkan taat setia kepada YB Rahim sehingga menang dengan majoriti 4,444 undi.
Walaupun sebelum ini ramai memohon jawatan tersebut, namun setelah ditemuduga oleh YB Rahim, kesemuanya masam mencuka kerana gagal memikat hati YB Rahim.
Mereka sama sekali tidak menyangka sijil dan ijazah mereka tidak laku di Pejabat YB Rahim. Apatah lagi setelah YB Rahim mengakui bahawa beliau juga tidak memiliki sebarang sijil atau ijazah, melainkan Sijil Parti Keris dan resit pajak gadai barang kemas isterinya untuk menjamu penyokong, namun dapat menjadi YB sehingga menang dengan majoriti yang besar.
Pak Kasman yang turut menghadiri kenduri di rumah Jamliah merasa sangsi dengan penerimaan Jamliah sebagai sekritari YB Rahim kerana anaknya yang berkelulusan Ijazah Perhubungan Awam daripada Univer-siti Sains Malaysia, Pulau Pinang tidak langsung dipandang sebelah mata oleh YB Rahim.
Pak Kasman akui anaknya, Kusmawati tidaklah secantik Jamliah, apatah lagi setelah dididik dengan adab sopan ketimuran dan menjaga adat Siri yang menjadi kebanggaan masyarakatnya.
Jangan-jangan YB Rahim hanya tertarik dengan susuk tubuh dan paras rupa Jamliah? Bisik hati Pak Kasman yang sempat melirik ke arah Jamliah yang menyuakan dulang berisi makanan dari celah pintu dapur dan disambut oleh Pak Usok yang sentiasa ter-sengih.
Tiba-tiba Pak Kasman menyedari kata-kata isterinya, Jukirah bahawa Jamliah anak saudara Pak Karto yang menjadi pengikut setia kepada YB Rahim.
Kalau YB Rahim minta Pak Karto serahkan isterinya pun, Pak Karto akan lakukan. Mujurlah isterinya sudah agak berkerepot sehingga terkadang kala Pak Karto sendiri sudah tidak berselera lagi kerana telaga telah kering sehingga sukar ditimba.
Pak Karto selalu mendapat habuan apabila mengikut YB Rahim mengadakan lawatan sosial ke rumah urut atau salon kecantikan yang terhidang pelbagai spesis ‘amoi’ yang sedia melayani Pak Karto.
Apatah lagi mendapat tips yang lumayan daripada YB Rahim yang tidak terlalu memilih walaupun ‘amoi’ itu kelihatan macam Tok Pekong di Kuil China.
Pak Kasman mengangguk sendiri dan sempat mengurut dada kerana lega memikirkan anaknya berjaya mele-paskan diri dari mendampingi YB Rahim yang kelihatan bukan seperti ‘Yang Berhormat’ sebaliknya ‘Yang Bernafsu’ melihat kecantikan wanita, sekalipun isteri orang.
Walaupun Pak Kasman sudah lama menetap di Sabah, namun baru tiga tahun berpindah ke Kerugau, setelah dapat membeli sebuah rumah dan tanah haram di Kampung Setingarden yang berada di hujung landasan Lapangan Terbang Kerugau.
Sebelum ini, Pak Kasman menetap di Serambi PTI yang terkenal dengan pendatang asing tanpa izin.
Menurut cerita jiran dan kenalan Pak Kasman, YB Rahim sebelum ini merupakan seorang lelaki miang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan melainkan bermain snooker dan suka bergaduh atau mengacau perempuan.
Setelah itu memberanikan diri menjadi pembalak haram atau ‘Zero-Zero’ yang menjadi istilah popular untuk pembalak yang selalu menceroboh tanah persendirian dan hutan simpan untuk mengambil balak tanpa membayar royalti dengan kerjasama Pegawai Perhutanan yang telah dijanjikan komisyen tertentu bagi setiap kaki padu balak yang berjaya dijual.
Semua orang tahu YB Rahim adalah kaki betina yang unggul kerana tidak sayang menaburkan wang untuk memancing betina yang sememangnya mencari wang setelah memberikan perkhidmatan seadanya.
Pak Kasman tersengih apabila terkenangkan betapa bodohnya YB Rahim yang melanggani ramai betina sebelum menjadi YB.
Seronoknya tidak seberapa kerana betina akan merasakan lebih nikmat setiap kali disondol oleh YB Rahim.
Mungkin kerana egonya, YB Rahim menaburkan wang untuk memuaskan nafsunya yang buas seperti harimau, bukan harimau belang tetapi ‘hari-hari mau’.
Jika tidak dapat, dia mula mengganas sehingga isteri orang yang beranak lapan akan digagahinya juga. Asalkan ada lubang boleh dril, YB Rahim akan membuat thrill.
Kadang-kadang kelihatan tidak ubah seperti mengacau dodol kerana terlekat atau tersepit dan kadang kala seperti pengayuh patah mendayung perahu di lautan yang dalam.
Pak Kasman menggeleng-gelengkan kepala dan sekali sekala tersenyum mengenangkan cerita yang didengarnya mengenai YB Rahim, pemimpin Parti Keris yang berjaya menjadi Wakil Rakyat semata-mata kerana hubungannya dengan ‘Raja Sabah’ yang tidak ubah seperti ‘Raja Pakau’ kena gosok baru berjalan.
Kalaulah Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah boleh bangkit kembali, Pak Kasman percaya Mat Salleh akan menentang sekeras-kerasnya kerana kaki betina, tukang zero-zero dan kaki judi boleh diangkat menjadi pemimpin.
Sedangkan Mat Salleh sendiri terpaksa membenteng dada dengan peluru sehingga menghembuskan nafas terakhir bagi merintis kemerdekaan Sabah tidak pun dihargai sehingga kuburnya pun tidak bernisan dan isteri serta anak-anaknya ‘dihalau’ balik ke Filipina.
“Rokok!, Pak Kasman.”
Lamunan Pak Kasman terpangkas mati oleh pelawaan Pak Karto yang tiba-tiba duduk di sebelahnya sambil menghulurkan rokok kretek Gudang Garam Surya sambil menghembuskan asap rokok yang berbau tengik cengkih.
Pak Kasman menyambut suaan rokok yang terjulur keluar dari kotak dan memekup rokok itu dengan dua telapak tangannya yang berkematu ke arah mancis gas yang dinyalakan oleh Pak Karto.
Pak Kasman menyedut perlahan rokok kretek yang memercikkan bunga api ke arah kain pelekat cap gajah yang dipakainya. Cepat-cepat Pak Kasman menepis dan memadamkan bunga api rokok itu sebelum menerobos kainnya yang agak lusuh.
Pak Karto tersengih melihat gelagat Pak Kasman yang kelihatan belum mahir mengendalikan rokok kretek yang sentiasa tersentil di bibirnya sehingga giginya kelihatan seperti gigi belalang kunyit.
“Kusmawati sudah kerja?”
“Belum. Susah betul cari kerja sekarang,” balas Pak Kasman sambil menahan nafas kerana tidak tahan dengan aroma mulut Pak Karto yang semerbak.
“Nanti kita jumpa YB, dia boleh tolong rekemen. Dia ada pengaruh. Lagipun Kusmawati ada ijazah, mesti senang dapat kerja,” pujuk Pak Karto.
“Tapi Kusmawati bilang, dia sudah jumpa YB…”
“Ya, itu dia sendiri, mana YB kenal dia anak siapa. Kalau saya bawa jumpa dan Pak Kasman ikut, mesti dia tolong. Dia bagus sama saya…” ujar Pak Karto bangga.
Pak Kasman diam dan hanya meng-angguk. Namun perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja kerana makanan telah terhidang sehingga memaksa Pak Kasman dan Pak Karto mematikan api rokok untuk menjamah makanan yang terhidang.
Azan Isyak kedengaran dari surau Kampung Setingarden membuatkan sebahagian tetamu segera beredar untuk menunaikan solat setelah kenyang menyumbat tembolok masing-masing dengan kari ayam, acar, ikan goreng, boro’bo dan sebagainya.
Pak Kasman turut bangkit dan meminta diri untuk ke surau kerana jika duduk lebih lama di situ akan lebih sesak nafasnya tercium aroma nafas Pak Karto.
Sepanjang perjalanan ke surau yang terletak tiga ratus meter dari rumah Jamliah, hati Pak Kasman berbelah bahagi sama ada mahu mengikuti cadangan Pak Karto atau membiarkan anaknya mencari kerja di tempat lain.
Sebelum sempat Pak Kasman membuat keputusan, bilal Kadir telah memulakan qamat sehingga terburu-buru Pak Kasman mengambil wudhu dan bergegas menyelinap di celah-celah saf pertama yang kelihatan renggang.
Selesai sembahyang, Pak Kasman tidak segera pulang, sebaliknya duduk berzikir di penjuru surau sambil bersandar di dinding surau yang sudah pudar catnya.
Belum sempat dia berdoa, Ustaz Rothman menegurnya dan duduk tercatuk di sisinya dan terus menanyakan soalan yang sama dengan Pak Karto.
Pak Kasman tersipu-sipu dan hanya tersengih ketika Ustaz Rothman mencadangkan agar Kusmawati tidak perlu bekerja sebaliknya berkahwin sahaja kerana anak saudaranya, Mohdar yang telah jatuh hati dan ingin meminang Kusmawati.
Pak Kasman yang kelihatan bingung bertambah bengang dengan syor Ustaz Rothman, namun agak lega sedikit daripada cadangan Pak Karto yang membuatkan nasib Kusmawati seperti buih ombak yang dihanyutkan ke sana kemari, tanpa arah.
Pada hemat Pak Kasman lebih baik menyerahkan anaknya untuk dinikahi secara sah dengan Mohdar, Pengurus Bank di Serambi PTI daripada menyerahkannya kepada ‘harimau’ yang sentiasa laparkan betina.
Sekurang-kurangnya Kusmawati boleh menumpukan perhatian terhadap keluarga dan melengkapkan impian Pak Kasman untuk menimang cucu.
Tambahan pula gaji Mohdar sudah lebih dari cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Sudah tiga kali ibu Mohdar datang merisik, namun ibu Kusmawati meminta tangguh sehingga anaknya mendapat kerja untuk menyara kehidupan mereka setelah Pak Kasman berhenti sebagai pemandu lori di FELDA kerana sakit darah tinggi.
“Saya balik dulu, Pak Kasman,” ujar Ustaz Rothman setelah melihat air muka Pak Kasman dibayangi kebingungan dan telah menyampai amanat ibu Mohdar secara langsung kepada Pak Kasman.
Pak Kasman segera menyelesaikan wirid dan doanya yang terganggu oleh kehadiran Ustaz Rothman.
Setelah itu dia terus menapak pulang ke rumah berpandukan cahaya suram lampu kalimantang daripada rumah jiran-jirannya.
Ketika melintasi rumah Jamliah, Pak Kasman masih mendengar gelak tawa tetamu yang berborak kosong terutama terusik oleh keletah Pak Karto.
Pak Karto begitu pandai menokok tambah cerita ketika dia menemani YB Rahim ke rumah urut dan salon sehingga isterinya, Mak Meah menarik muka masam kerana memikirkan Pak Karto turut tumpang sekaki perangai YB Rahim.
Sementara itu, Jamliah begitu gembira melayani karenah teman sebayanya di bilik sehingga gelak tawa mereka terkadang kala memecah kegelapan malam dan mengatasi tawa riang mereka yang mendengar celoteh Pak Karto di ruang tamu rumah Jamliah yang kelihatan agak besar.
Bagi Jamliah, inilah peluang untuk membuktikan kepada ibu bapanya bahawa dia anak yang berguna walau-pun sekadar mendapat pangkat tiga di dalam SPM.
Kini Jamliah berpeluang menebus kehampaan ibu bapanya apabila mendapat tahu Jamliah hanya mendapat pangkat tiga sedangkan sewaktu ujian percubaan, Jamliah mendapat pangkat satu dengan 12 aggregat.
Jamliah tercicir daripada memasuki Maktab Perguruan Sandakan, universiti tempatan dan tingkatan enam melainkan terpaksa berperap di rumah setelah gagal beberapa temuduga melainkan operator pengeluaran wanita di Kuala Lumpur.
Ibu Jamliah agak keberatan melepaskan Jamliah pergi kerana bimbang anak kesayangannya itu akan benar-benar menjadi operator bukan sahaja mengeluarkan wanita, malah lelaki dari celah kangkangnya jika terpedaya dengan lelaki hidung belang.
Mahu tidak mahu Jamliah terpaksa bertapa di rumah setelah puas mencari kerja sehinggalah selepas lawatan YB Rahim ke Kampung Setingarden untuk menyampaikan bantuan zing kepada mangsa kebakaran. Pak Karto mendesak Jamliah menemui YB Rahim ketika menjamu selera di rumahnya selepas upacara tersebut.
YB Rahim tidak keberatan membantu lalu meminta Jamliah ke pejabatnya pada minggu hadapan kerana petang itu dia akan terus ke Kota Kinabalu menghadiri mesyuarat.
Jamliah agak gembira dengan perse-tujuan YB Rahim untuk membantunya mendapatkan pekerjaan. Namun ibu bapanya agak muram apatah lagi setelah mengetahui iman Jamliah begitu rapuh dan iman YB Rahim terlalu nipis dan senang berkecai apabila berhadapan dengan wanita, terutama Jamliah yang kelihatan semakin ayu dan menggiurkan.
Namun jauh di sudut hati mereka mengharapkan agar Tuhan melindungi anak dara me-reka yang kini menjadi harapan tempat mereka meneruskan kesinambungan hidup se-telah perniagaan kain terpakai yang diusahakan ibu Jamliah tidak begitu menguntungkan dan syarikat pembalakan tempat Pak Usok berkerja telah ditutup.
Pak Usok dan isterinya menaruh harapan yang tinggi kepada Jamliah kerana sekurang-kurangnya memikirkan dengan pertolongan YB Rahim, Jamliah akan mendapat pekerjaan sebagai kerani yang berpendapatan antara RM500 hingga RM700, cukup untuk membantu meringankan beban yang digalas, terutama biaya persekolahan tiga orang adik Jamliah yang semakin meningkat.
Selang beberapa hari kemudian, Jamliah yang berpakaian sopan kelihatan begitu terserlah keayuannya walaupun dengan solekan nipis menaiki tangga pejabat YB Rahim yang terletak di Fajar Harapan dengan membungkus erat harapan ibubapanya.
Sebaik sahaja Jamliah melangkah masuk ke Pejabat YB Rahim, beberapa mata lelaki yang duduk di ruang menunggu tertumpu ke arahnya sehingga Jamliah merasa agak kekok, namun segera menarik nafas lega dan menghayunkan langkah penuh bergaya menuju ke meja penyambut tetamu wanita yang kelihatan agak bengis dan menjengkelkan.
“Sudah buat temu janji?”
“Belum, tapi YB minta saya datang pejabat…”
“Isi borang dulu. Ada sepuluh orang lagi, selepas itu baru giliran awak. Tapi saya fikir tidak sempat kerana satu jam lagi YB ada mesyuarat,” ujar penyambut tetamu itu dengan nada yang agak sombong.
Jamliah tidak terkata apa-apa, sebaliknya melabuhkan punggungnya di bangku papan beralaskan sofa sambil membelek sijil dan dokumen peribadi yang diisi di dalam envelop kuning dan sepucuk surat permohonan meminta sokongan YB Rahim untuk mendapatkan sebarang pekerjaan di mana-mana pejabat kerajaan.
Penyambut tetamu, Salimah sentiasa mencuri pandang ke arah Jamliah yang kelihatan semakin gusar melihat jam tangan tidak berjenama dan membelek sijilnya. Tetamu lain yang sedang menunggu untuk berjumpa YB Rahim kelihatan berbual sesama sendiri dan sekali-sekali mengusik Salimah, janda terlajak beranak satu, sehingga muka Salimah tambah mencuka dan kadang kala ketawa sendiri kerana tercuit oleh usikan tetamu yang mula bosan menunggu gilirannya yang tidak kunjung tiba.
Tiba-tiba pintu bilik terkuak. Kelihatan Pak Karto, YB Rahim dan lebih sepuluh orang tetamu agak tergesa-gesa mahu meninggalkan pejabat untuk menghadiri mesyuarat walaupun masih ada setengah jam lagi daripada masa yang diberitahu oleh Salimah.
Namun apabila terpandangkan sahaja Jamliah yang terpaku di bangku, Pak Karto segera memanggilnya dan YB Rahim masuk semula ke dalam biliknya tanpa ditemani oleh Pak Karto. Hanya YB Rahim dan Jamliah yang berada di dalam bilik yang sebentar tadi dipenuhi tetamu yang masuk tetapi tidak keluar kerana menunggu surat sokongan sehinggalah YB Rahim bangkit dari kerusi dengan alasan untuk menghadiri mesyuarat LUC.
“Awak pandai menaip?”
“Boleh YB!”
“Komputer?”
“Ya, saya ada Sijil Komputer,” ujar Jamliah sambil menghulurkan sijil dan dokumen peribadinya kepada YB Rahim.
“Awak mau kalau kerja di sini?” soal YB Rahim tanpa membelek dokumen yang tergeletak di atas mejanya, sebaliknya memandang tepat ke arah anak mata Jamliah sehingga membuatkan Jamliah terkedu dan tunduk malu.
“Kerja apa YB?”
“Jadi sekritari saya!,”
“Sekritari?”
“Ya, tolong buat surat. Atur perjumpaan orang dan….”
Namun YB Rahim tidak meneruskan kata-katanya sehingga Jamliah kelihatan begitu resah menanti bidang tugasnya yang tidak dijelaskan oleh YB Rahim yang semakin galak merenung ke arahnya.
“Saya akan cuba YB ...” cetus Jamliah kerana tidak ingin mendengar kata selanjutnya daripada YB Rahim kerana bimbang YB Rahim akan memintanya melakukan sesuatu di luar bidang tugas sebagai syarat tambahan, mujur YB Rahim tidak meneruskan kata-katanya.
“Baiklah, awak boleh bekerja sekarang. Buat permulaan saya bagi RM 2,300 sebulan. Kalau awak sudah mahir saya boleh naikkan gaji…,” putus YB Rahim setelah memikirkan seketika dan puas merenung rupa paras Jamliah yang kelihatan agak ayu jika dibandingkan dengan dua orang isterinya yang kelihatan seperti tongkang pecah atau balak hanyut.
“RM2,300?”
“Ya, kenapa tidak cukup?”
“Cukup.. Cukup… banyak betul itu YB.”
“Tak apalah kerana awak ada banyak tugas dan surat mau dibuat. Jurutaip kita tidak pandai buat. Oh ya! Kebetulan ini banyak surat sokongan mau ditaip. Tolong siapkan semua surat ini. Saya pergi mesyuarat dulu, nanti bila saya balik boleh sign dan bagi kepada mereka yang sedang tunggu di luar tadi…”
Jamliah hanya mengangguk dan mengambil seberkas surat yang diserahkan kepadanya. YB Rahim menekan interkom dan berkata sesuatu. Sebentar kemudian pintu biliknya diketuk dan muncul dua lelaki dan dua perempuan, salah seorang daripadanya Salimah yang mencebeknya sebentar tadi.
“Ini saya perkenalkan. Halim, PKR. Kassim CDO. Juritaip, Minah dan yang ini Salimah, penyambut tetamu...”
Jamliah terpaksa bangkit untuk menyambut huluran jabat tangan Halim, Kassim, Minah dan Salimah sambil menguntum senyum kelat kerana pertama kali berhadapan dengan situasi yang agak formal.
“Mulai hari ini, Jamliah akan bekerja di sini sebagai Setiausaha Sulit saya. Buat sementara waktu saya minta PKR dan CDO tolong tunjuk ajar Jamliah kerana dia masih baru…” ujar YB Rahim sebelum bangkit dari bangku dan bergegas keluar dari biliknya untuk ke Majlis Daerah Kerugau.
Setelah YB Rahim meninggalkan pejabat, PKR menunjukkan bilik Jamliah yang telah dilengkapi dengan komputer dan mereka berbincang seketika dengan CDO sebelum Jamliah tenggelam dengan tugas menyediakan surat sokongan dan membalas bebe-rapa surat serta mengatur jadual lawatan dan jemputan untuk YB Rahim di dalam buku Diari yang diserahkan PKR kepadanya.
Jamliah senang sekali dengan kerja-sama PKR, CDO dan Minah melainkan Salimah yang kelihatan tidak begitu menyenanginya. Muka Salimah tidak begitu ceria walaupun Jamliah cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hatinya.
Hari pertama dilalui dengan agak kekok terutama teguran PKR yang menyifatkan surat sokongannya perlu dimantapkan lagi dengan kaedah surat rasmi, namun agak gembira kerana YB Rahim tetap menandatanganinya dan menyerahkan kembali kepadanya untuk diserahkan kepada tetamu yang sudah lama menunggu.
Hari-hari berikutnya semakin mencabar, terutama ketika YB Rahim ada di pejabat sehingga sehari suntuk Jamliah sibuk menyediakan surat sokongan dan melayan tetamu yang masuk dan keluar dari bilik YB Rahim.
Peranan Salimah telah berkurangan dan lebih banyak masanya menjadi Tukang Sapu daripada penyambut tetamu kerana semua penyokong YB Rahim sudah mengetahui Adun mereka sudah ada Setiausaha Sulit, Jamliah.
Sebelum ini semua surat menyurat disediakan dengan ihsan PKR atau CDO. Namun sejak kehadiran Jamliah, Pejabat YB Rahim sentiasa dikunjungi orang berbanding Pejabat YB Jafri yang mula lengang, sementelahan pula YB Jafri selalu berada di Kuala Lumpur kerana tugas.
Gaji bulan pertama diserahkan seminggu lebih awal daripada tarikh sepatutnya kerana YB Rahim memikirkan keluarga Jamliah memerlukan wang, apatah lagi YB Rahim akan ke Kuala Lumpur selama satu minggu kerana menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri.
Pak Usok dan isterinya begitu gembira kerana Jamliah menyerahkan semua gajinya untuk perbelanjaan mereka sekeluarga, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban persekolahan adik-adik Jamliah yang semakin meningkat. Jamliah hanya meminta RM50 sebagai wang saku kerana dia membawa bekal ke pejabat dan menyewa kereta secara bulanan untuk pergi dan balik. Jamliah bersyukur kerana PKR dan CDO melayannya dengan begitu baik dan harmoni.
Setelah hampir tiga bulan bekerja dengan YB Rahim, Jamliah tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah pada suatu hari Jamliah terpaksa mengiringi lawatan YB Rahim ke Serambi PTI.
Pada mulanya Jamliah agak keberatan, namun setelah YB Rahim memberi jaminan mereka akan balik pada petang itu juga, Jamliah bersetuju setelah singgah sebentar di rumahnya untuk meminta izin ibubapanya.
Pak Usok tidak dapat berdalih apabila YB Rahim meminta izin untuk membawa Jamliah ke Serambi PTI kerana ada kerja mustahak yang perlu dilakukan dan mengiringi lawatan rombongan Yang DiPertua Negeri Sabah, tambahan pula Pak Karto ikut serta.
Setelah mengiringi TYT, mereka bertiga menghadiri jamuan di sebuah hotel terkemuka dan Jamliah semakin resah kerana hari semakin larut dan belum ada tanda-tanda mereka akan bertolak balik Ke Kerugau.
Namun Jamliah memujuk hatinya supaya bertenang kerana memikirkan Pak Katek Saloko ada bersamanya.
“Kita terpaksa tidur di sini, malam ini ada acara penting… dan esok pagi terpaksa hantar TYT balik…”
Bagaikan dentuman guruh melanda gegendang telinga Jamliah apabila mendengar penjelasan YB Rahim setelah mereka diam beberapa ketika.
Jantungnya berdegup kencang, namun mula kendur setelah memikirkan selama tiga bulan bekerja, YB Rahim tidak langsung pernah menyentuhnya melainkan jelingan nakal dari celah cermin pemisah antara biliknya dengan bilik YB Rahim.
“Tapi YB, saya tidak bawa pakaian!”
“Kita beli saja. Nah ambil ini…”
Jamliah tidak terkata apa-apa lalu menerima segenggam wang kertas yang entahkan berapa lalu mengucapkan terima kasih dan mengangkat pinggulnya lalu meninggalkan YB Rahim dan Pak Karto di lobi hotel yang terkebil-kebil memandang goyangan pinggul Jamliah yang kelihatan padat berisi sehingga sekali-sekala YB Rahim menelan air liur sambil melontarkan pandangan ke arah lain.
Pak Karto hanya tersenyum seakan dapat mentafsir betapa geloranya om-bak nafsu yang menghempas hati YB Rahim yang pantang menolak bang-kai sekalipun bangkai tongkah pecah.
Jamliah segera membeli beberapa helai pakaian luar dan dalam daripada bazaar yang berdekatan Hotel Venis dan segera mendapatkan YB Rahim dan Pak Karto yang berborak kosong di lobi sambil menikmati kopi segar.
Kepulan asap rokok kretek membungkus wajah orang tua itu yang tidak serik merokok walaupun hampir seminggu terdampar di hospital kerana sesak nafas.
YB Rahim menyerahkan kunci bilik 511 Hotel Venis kepada Jamliah dan berpesan agar Jamliah segera bersiap kerana satu jam lagi mereka akan menghadiri jamuan rasmi.
Jamliah agak lega kerana melihat YB Rahim dan Pak Karto masing-masing memegang kunci bilik sehingga gelora hatinya sebentar tadi melanda pantai kebimbangan, lebur berkecai di pukul ribut kelegaan.
Jamliah dihantar oleh penyambut tetamu sehingga ke pintu bilik 511 yang kelihatan biasa sahaja tetapi sebaik sahaja pintu bilik terkuak, Jamliah terbuai oleh kekaguman kerana bilik tersebut begitu indah dan istimewa seolah-olah dia berada di alam lain, alam mimpi yang kini menjadi realiti.
Namun Jamliah segera sedar kerana dia perlu bersiap segera agar tidak terlambat walaupun ketika meninggalkan lobi tadi YB Rahim dan Pak Karto masih berborak kosong dan belum bersiap.
Walaupun kamar mandi terlalu indah, namun Jamliah tidak hanyut dalam lamunan dan agak kekok mandi dalam keadaan yang tidak dibaluti oleh seurat benang kerana kebiasaannya dia mandi berkemban di perigi di belakang rumahnya.
Inilah pertama kali selepas baligh, Jamliah mandi bertelanjang bagaikan kanak-kanak kecil. Jamliah sempat menjenguk cermin untuk melihat tubuhnya yang mulus dan payu daranya yang masih pejal bagaikan tertongkat oleh tiang besi semberani, menonjolkan puting yang merah jambu.
Belum pernah tersentuh oleh sebarang media lelaki melainkan tangannya sendiri ketika mandi. Dalam diam, Jamliah mengkagumi keanggunan wajah dan kemulusan tubuhnya yang begitu menggiurkan sehingga dia naik berahi menyaksikan susuk tubuhnya di cermin yang dibayangi kabus wap air panas dan pancuran air di takungan air mandi.
Namun Jamliah segera tersedar bahawa yang di hadapannya bukanlah orang lain melainkan tubuhnya sendiri dan tidak mengetahui kenapa setiap kali melihat tubuhnya di cermin dia akan terangsang dan merasakan sedikit kelainan.
Mungkinkah kerana kelebihan hormon atau nalurinya yang tersengkang oleh didikan keluarga yang membataskan pergaulannya dengan lelaki sehinggakan semasa di tingkatan lima dia tidak pernah bercinta beruk dengan rakan sekolah walaupun air liur berpuluh teman lelaki di sekolahnya bagaikan boleh dibuat empangan jika boleh dikumpulkan setiap kali melihat Jamliah yang dibaluti oleh baju putih berbayang dan kain biru yang jarang.
Walaupun bertudung, namun keayuan Jamliah semakin terserlah. Tidak kurang teman lelaki di sekolahnya yang terpaksa meluru masuk ke dalam tandas untuk membuat hantaran tangan atau courier service kerana tidak tahan melihat bonjolan payudara dan goyangan pinggul Jamliah yang agak tertonggek.
Jangankan kawan sekolah, beberapa orang ustaz yang mengajar di sekolah itu terpaksa berpuasa beberapa hari untuk mengekang nafsu kerana terliur melihat susuk tubuh Jamliah ketika menjalani pendidikan jasmani.
Jamliah segera bersiap dan sebentar kemudian telefon di biliknya berdering. Setelah meletakkan gagang, Jamliah segera keluar dari bilik menuju ke lif dan terserempak dengan YB Rahim dan Pak Karto yang sedang menunggu lif bersama dua orang lagi tetamu di hotel berkenaan.
YB Rahim kelihatan agak bergaya mengenakan baju sutera walaupun perutnya ke hadapan bagaikan mendukung guni beras. Manakala Pak Karto masih mengenakan pakaian tadi, cuma agak segar selepas mandi.
Mata liar YB Rahim cuba dialihkan ke arah lain, namun tertumpu semula ke arah tubuh Jamliah yang dibungkus dengan baju kurung berkerongsang yang semakin melorek alur pada dada yang semakin membonjol. Goyangan pinggul Jamliah semakin melerai dan mengelodakkan nafsu YB Rahim yang tertampan oleh lif yang terkatup dan jelingan tetamu lain ke arahnya.
Mereka menuju ke arah meja yang disediakan untuk mereka di Dewan Makan yang agak luas di tingkat 7 Hotel Venis sementara menunggu ketibaan TYT. Jamliah hanya mengukir senyum setiap kali YB Rahim mencuri pandang ke arahnya.
Bibir mongelnya dilapis gincu merah jambu kelihatan mengulas bagaikan sebuah lukisan di atas kanvas, kelihatan garis dan rekahannya. Tidak ada yang menyangka dirinya seorang gadis Bugis yang selama ini ditrademark sebagai amah dan pekerja ladang memetik koko atau buah kelapa sawit relai. Kecantikannya semula jadi tanpa perlu ditokok tambah atau dicat seperti Tok Pekong China atau pelakon opera agar kelihatan cantik.
Namun Jamliah gadis pingitan yang terpenjara oleh adab sopan ketimuran dan dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan budaya ‘Siri’ merasa janggal diapit oleh dua orang lelaki ganjil di suatu majlis yang sangat asing baginya, apatah lagi dihadiri oleh orang kenamaan yang berpangkat Tun, Tan Sri, Datuk dan Datin.
Mujur Jamliah berpengalaman serba sedikit melayan beberapa orang Datuk yang melawat Pejabat YB Rahim sebulan lalu ketika YB Rahim tidak ada di pejabatnya kerana menghadiri mesyuarat di Pejabat Daerah Kerugau.
Beberapa buah buku berkaitan Perhubungan Awam yang dibacanya di perpustakaan cuba dijadikan panduan agar tidak menghampakan Jamliah berjaya merubah penampilannya daripada gadis pingitan menjadi gadis berketrampilan sesuai dengan kerjayanya sebagai sekritari kepada YB Rahim.
Tiba-tiba semua tetamu berdiri ketika MC majlis mengumumkan ketibaan TYT dan rombongannya. YB Rahim sudah tidak lagi berada berdekatannya sebaliknya berbaris berhampiran permaidani merah di lorong tengah bersama-sama tetamu VIP yang lain menyambut ketibaan TYT yang kelihatan tersenyum diiringi oleh isteri dan beberapa VIP yang tidak dikenali Jamliah.
Hanya tinggal sembilan orang di meja bulat tersebut termasuk dirinya dan Pak Karto yang menganggukkan kepala apabila mata mereka bertentang.
Setelah bersalaman dengan VIP yang berbaris di sepanjang permaidani merah, TYT duduk di bangku berukir indah yang dibawa khas untuknya.
Tiba-tiba lampu dewan dipadamkan. Serentak dengan itu terdengar alunan muzik Kitaro dan diikuti oleh dua puluh orang pelayan membawa dua puluh replika bot naga yang berlampu gemerlapan mengikut rentak muzik Kitaro menuju ke pentas utama sebagai mengalu-alukan ketibaan TYT dan rombongannya.
Apabila lampu dinyalakan YB Rahim sudah tercegat di sebelahnya sambil tersengih menyebabkan Jamliah tersipu oleh kejakunannya sebentar tadi yang terlopong melihat persembahan slapstik para pelayan di Majlis Makan Malam tersebut.
Hidangan demi hidangan lazat dihidangkan satu persatu yang disulami dengan beberapa nyanyian dan silap mata oleh Kelvin, pakar silap mata terkemuka di Sabah.
Tidak ada ucapan di majlis tersebut melainkan bacaan doa selamat dan suara juru acara menghebahkan sesuatu.
Jamliah ingin makan dengan lahap, namun apabila terpandangkan YB Rahim dan tetamu lain, nafsu makannya tiba-tiba bercempera apatah lagi melihat perut boroi YB Rahim yang seakan menongkat dada atau persis ketika genap lapan bulan ibu Jamliah mengandungkan adiknya, Yusup.
Selepas TYT meninggalkan majlis, Jamliah meminta diri untuk tidur awal meninggalkan Pak Karto dan YB Rahim berborak sakan bersama beberapa YB lain sambil berdiri.
Jamliah sempat melirik ke arah YB Rahim yang tersengih dan merenung tajam ke arahnya ketika dia meninggalkan majlis itu dan diikuti oleh gelak tawa rakan-rakannya yang tidak dapat ditangkap lagi butir percakapan mereka kerana pintu lif telah terkatup rapi.
Jamliah agak kekok dengan kehidupan YB dan VIP yang membuang masa menghadiri majlis makan malam tersebut, terutama YB Rahim yang sanggup memandu kenderaan selama dua jam dan terpaksa menginap di Hotel Venis dan menempah bilik yang mahal.
Apa perlunya Jamliah ikut serta sedangkan tidak ada apa yang boleh diperlakukan di majlis tersebut melainkan menemani YB Rahim dan Pak Karto di meja makan bersama tujuh tetamu yang tidak begitu dikenalinya.
Walaupun makanan di hotel itu amat sedap, namun tidak begitu menyelerakan Jamliah kerana lehernya agak geli geleman menjamah masakan ala China yang pertama kali dijamahnya.
Jamliah mula gelisah kerana YB Rahim kata ada tugas penting yang harus dilakukannya di sini, namun sehingga jam 10 malam, tidak ada apa yang boleh dilakukannya melainkan duduk di meja makan dan kini kembali ke biliknya.
Mungkin esok ada tugas penting atau YB Rahim tidak dapat membawa isterinya, Suzana menemaninya di majlis tersebut dan Jamliah terpaksa menjadi kambing hitam?
Belum sempat Jamliah menemui jawapan yang berkecamuk di benaknya, pintu lif terkuak lebar dan Jamliah melangkah longlai dan terus merebahkan diri di atas katil empuk bertilam spring yang pertama kali pernah ditidurinya.
Memang agak meletihkan duduk selama beberapa jam menjamu selera di majlis yang tidak berselera itu melainkan menjadi sasaran mata liar YB Rahim setiap kali dia menumpukan perhatian ke pentas menyaksikan pertunjukan silap mata.
Katil empuk itu begitu nyaman sehingga Jamliah menggeliat sepuas hati kerana jika ibunya nampak sudah pasti dia dimarahi. Anak gadis tidak baik menggeliat baik ketika bangun atau mahu tidur, nanti mendapat jodoh yang tidak baik atau hidup susah seperti ular sawa yang tidur selama seminggu selepas menelan seekor ayam.
Tetapi ular sawa tidak menggeliat, bisik hati kecil Jamliah yang agak kehairanan kenapa ibunya begitu jengkel jika Jamliah tidak tersengaja menggeliat ketika bangun dari tidur.
Jika diikutkan hati mahu rasanya dia terus melelapkan mata tanpa membuka pakaian dan membersihkan diri. Namun amalannya di rumah setiap kali mahu tidur mesti mandi kerana bilik tidurnya hanya mempunyai satu jandela tanpa sebarang kipas menyebabkan Jamliah bingkas bangun walaupun suhu bilik itu begitu dingin.
Setelah mandi dan membersihkan diri, Jamliah segera menarik gebar tebal dan menyelimuti tubuhnya yang bertelanjang bulat. Setelah sekian lama inilah kali pertama Jamliah tidur tanpa memakai sebarang pakaian melainkan selimut tebal.
Jamliah bergolek ke kiri dan ke kanan seketika di atas katil empuk bersaiz kelamin sebelum bangkit memasang lampu tandas untuk menerangi bilik itu. Dalam cahaya yang samar-samar Jamliah merebahkan tubuhnya ke katil dan memeluk sebiji bantal yang begitu empuk dan menyamankan apabila terkena payudaranya yang menonjol bagaikan spotlight kereta Porshe yang terangkat apabila dinyalakan.
Oleh kerana keletihan, Jamliah yang risau kerana terpaksa tidur di Hotel Venis tanpa meminta keizinan ibu bapanya, semakin bimbang lalu bangun memastikan semua pintu biliknya berkunci dan diselak dari dalam.
Hanya satu pintu yang tidak dapat dibuka kerana berkunci, mungkin pintu kecemasan yang akan terbuka sendiri apabila ada kebakaran, bisik Jamliah di dalam hati.
Hawa dingin begitu mencengkam sehingga menggigit sum sum tulangnya walaupun sudah dikawal pada tahap paling minima. Kesejukan yang mencengkam dan kesuraman bilik yang indah itu bagaikan mendodoikan Jamliah, apatah lagi bunyi muzik berdekatan katilnya mendendangkan lagu yang begitu mengasyikkan.
Jamliah merengkuk bagaikan udang kena bakar dan memeluk bantal sehingga kain cadar yang begitu tebal dan bercorak cantik turut menyelimuti tubuhnya yang boleh mencairkan iman Ustaz Rothman yang membujang kerana tidak mempunyai cukup wang untuk menikah janda beranak satu yang selalu menghantar makanan kepadanya.
Jamliah terlena dalam pelukan hawa dingin dan memori indah yang membungkus tidurnya beralaskan mimpi yang begitu mengasyikkan.
Tanpa disedarinya, pintu bilik rahsia yang berkunci tiba-tiba terkuak ketika embun jantan menitis membasahi bumi. Sesusuk tubuh melangkah masuk dan duduk di birai katil memerhati Jamliah yang sedang hanyut dibuai mimpi.
BERSAMBUNG….
No comments:
Post a Comment