Friday 15 April 2011

BA’ KELALAN BUKAN LAGI KAWASAN KELABU



TERAKHIR.... Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar yang berkampung di Lawas dan memberikan tumpuan bagi membantu calon Barisan Nasional N 70 Bekakalan Willie Liaw petang kemarin berkesempatan mengiringi Menteri Dalam Negeri.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

MENTERI Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang melakukan lawatan kerja ke Ba’ Kelalan bagi merasmikan program Bakti Setia dan Penyerahan Pakaian Seragam RELA di samping turut meluangkan masa bagi melawat sekolah rendah di Long Tengoa, salah sebuah sekolah yang agak terpencil di kawasan tersebut.

Di majlis tersebut Hishammduin dan Jamawi turut beramah mesra dengan guru-guru dan para belajar di sekolah berkenaan.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom ketika ditanya mengenai peluang BN memenangi pilihanraya umum kali ini, optimis BN akan mencapai kemenangan besar termasuklah di DUN Ba’ Kelalan yang disifatkan sebelum ini sebagai kawasan kelabu.

RIANG….. Hishammuddin bersama Jamawi ketika beramah mesra dengan pelajar sekolah dan guru guru semasa melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Long Tengoa Ba’ Kelalan.

Menurut beliau jentera Pemuda yang belum ketuai bersama lawatan lawatan pemimpin utama parti BN turun padang melawat ke kawasan tersebut mendapat sambutan positif dari masyarakat setempat kerana pertemuan tersebut telah memberi ruang kepada mereka, bukan sahaja beramah mesra namun secara lebih dekat, malah dapat mendengar penjelasan mengenai beberapa isu berhubung dengan dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan BN.

"Andaian banyak pihak terutamanya parti pembangkang yang menyifatkan kawasan ini akan mereka tawan hanya merupakan provokasi, namun realitinya rakyat di kawasan ini masih memerlukan sebuah kerajaan yang mampu membela masa depan mereka," tegas Jamawi

No comments:

Post a Comment