Sunday 3 April 2011

'TUI PU CHEE' !: NG TET HAU


Oleh: KAPITAN NG TET HAU

MERUJUK kepada artikel dan kenyataan Timbalan Ketua UMNO Penampang, Dato’ Freddie Sua, yang tersiar dalam portal Sabakini.net pagi tadi, ahad (3 April 2011) berhubung kenyataan mempersoalkan rasional Ketua UMNO Penampang, Datuk John Ambrose mempunyai keahlian dalam UMNO berikutan teguran beliau (Ambrose) kepada LDP yang mempersoalkan perlantikan potfolio kabinet negeri Sabah yang menyisihkan LDP.

Sepertimana yang dihuraikan panjang lebar isu itu sebelum ini, bahawa perjuangan LDP sejak tahun 1989 ketika penubuhan LDP adalah berpaksikan kepada perjuangan membela masyarakat Cina; UMNO adalah untuk Bumiputra Islam dan Parti Akar untuk masyarakat KDM.

Oleh yang demikian, kenyataan itu bermaksud bahawa konsep amalan yang dimaterai pada tahun 1990-an ketika UMNO dikembangkan ke Sabah harus dikuatkuasakan objektifnya iaitu LDP untuk masyarakat Cina, UMNO untuk Bumiputra Islam dan Parti Akar bagi KDM.

Bagaimanapun, jika ada yang tersinggung atau tertekan apabila saya cuba membezakan perjuangan UMNO, UPKO dan LDP yang melibatkan penyertaan KDM dalam UMNO adalah bukan niat saya untuk memperkecil-kecilkan mereka dan saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Namun sepatutnya, kita harus berterus terang bahawa perjuangan tiga parti terdahulu iaitu sejak pengembangan UMNO ke Sabah harus dikekalkan iaitu UMNO untuk Bumiputra Islam dan berhak menubuhkan bahagian bahagian di kawasan majoriti Bumiputra Islam; begitu juga masyarakat Cina tumpuan kepada LDP manakala KDM kepada Parti Akar dan sekarang ini UPKO atau PBRS.

No comments:

Post a Comment