Friday 13 January 2012

BENARKAH ARIF SABRI AGEN NAJIB?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

SOAL kemasukan bekas ADUN Pulau Manis dari UMNO, Datuk Arif Sabri bersama seorang lagi bekas veteran UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP pada Ahad lepas, memang menarik untuk dikupas. Sebaik berita tersebut tersebar pada Isnin, memang penulis gatal tangan untuk menulis mengenainya.

Tapi waktu itu keutamaannya ialah pada berita yang lebih mengejutkan iaitu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pendakwaan kes liwat.

Di samping itu, penulis mahu terlebih dahulu mendapatkan maklumat penting yang boleh digunakan bagi menyokong coretan penulis pada hari ini iaitu mengenai Arif Sabri.

Arif Sabri, selain bekas ADUN Pulau Manis (dalam Parlimen Pekan) dan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, juga terkenal dengan blognya SakmongkolAK47 (http://sakmongkol.blogspot.com). Blog itu dimulakannya pada 2008, dipercayai setelah dia tidak terpilih sebagai calon untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2004 itu.

Penulis rasa, keberanian Arif Sabri mengkritik UMNO dalam blognya itu yang menjadi sebab kenapa DAP menerimanya sebagai ahli parti tersebut, disamping mahu menjadikan penyertaan ini untuk membaiki imejnya dikalangan pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, penulis melihat keperluan untuk DAP berhati-hati dengan orang seperti Arif Sabri ini.

Justifikasi penulis, selain latar belakangnya sebagai bekas ahli dan ADUN UMNO, dia juga adalah bekas Ketua Penerangan bahagian UMNO dimana Perdana Menteri Najib sebagai ketuanya.

Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian. Ringkasnya, Arif Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan bahagian Pekan.

Ini semua menjurus kepada satu tanda yang jelas iaitu Arif Sabri ialah orang kepercayaan Najib.

Walaupun tidak dipilih semula pada 2008, penulis mendapat maklumat hubungan Arif Sabri dan Najib masih kukuh seperti biasa. Menurut sumber penulis, Arif Sabri dikatakan beberapa kali mengunjungi Najib di pejabatnya di Putrajaya seperti tercatit dalam buku pelawat di samping pengesahan visual oleh beberapa orang yang pernah melihatnya.

Penulis percaya, blog Sakmongkol AK47, adalah cubaan Arif Sabri untuk mengelirukan DAP kononnya dia adalah penentang UMNO dari dalam. Kalau betul dia penentang UMNO sekalipun, keikhlasannya boleh dipertikaikan kerana dia hanya mula menulis sejak tidak dipilih semula mempertahankan DUN Pulau Manis - ciri-ciri biasa bagi orang yang kecewa.

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah Arif Sabri mempunyai sejarah sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang sepenggal berkhidmat sebagai ADUN Pulau Manis. Bukan satu rahsia lagi bahawa Arif Sabri sering kali bergaduh dengan beberapa orang ketua kampung dalam kawasan DUN tersebut.

Di samping peranan isterinya (khabarnya baru saja diceraikan) yang sering masuk campur dalam urusan rasmi Arif Sabri sebagai ADUN Pulau Manis sepanjang tempoh tersebut.

Penulis juga mendengar, rakyat sendiri sukar untuk mendapat khidmat Arif Sabri kerana dia diketahui jarang berada dikawasan akibat dari kegilaannya kepada sukan Tomoi dan sanggup pergi kemana pelusuk dalam dunia pun untuk menonton pertandingan tersebut.

Sebelum menceburi politik, Arif Sabri juga ialah seorang ahli perniagaan yang gagal.

Persoalan penulis, dengan latar belakang Arif Sabri yang ‘meriah’ dengan kegagalan, kenapa DAP masih mahu bersengkokol dengan orang seperti ini malah cuba pula menonjolkannya sebagai pemimpin parti tersebut?

Kalau pun peranannya sebagai ejen Najib untuk memusnahkan DAP dari dalam diragui, pertimbangankan rekod perkhidmatannya yang buruk di Pulau Manis sehingga tidak dicalonkan semula walaupun menjadi antara orang kepercayaan Najib.

Penulis dimaklumkan bahawa DAP akan meletakkan Arif Sabri bertanding di Parlimen Raub yang kini dipegang Menteri Perlancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen. Walaupun khabarnya Ng Yen Yen gagal berkhidmat dengan baik, itu bukan alasan untuk DAP mencalonkan Arif Sabri yang mempunyai track record yang lebih kurang sama (malah mungkin lebih teruk lagi) di Pulau Manis.

Kenapa perlu menggadaikan nasib rakyat dengan mencalonkan orang seperti ini?

Penulis harap, masih belum terlambat untuk DAP mengkaji semula penyertaan Arif Sabri dalam parti tersebut. Penulis tidak mahu akhirnya nanti DAP akan menjadi tempat lambakan bekas pemimpin UMNO yang ditolak dalam partinya sendiri.

Memang ada keperluan mendesak untuk DAP menonjolkan parti tersebut sebagai parti untuk semua kaum tapi tidaklah sampai menggadai masa depan parti dalam usaha tersebut.

Untuk membuktikan keikhlasannya memasuki DAP kerana perjuangan parti tersebut (bukan mengejar jawatan), penulis menggesa Arif Sabri memulangkan kembali darjah kebesaran ‘Datuk’ yang diterimanya itu kerana sudah menjadi polisi parti DAP, ahlinya dilarang menerima atau memegang gelaran tersebut selagi aktif dalam politik.

12 comments:

  1. Rasanya Sabri keluar BN kerana tidak dilantik menjadi calon dan bukan kerana dia adalah agen Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dalam filem pula sampai gunakan "mata-mata" untuk mengintip startegi pihak lawan.

      Delete
    2. alasan tidak puas hati ni. kalau tidak dilantik pun, terima sajalah ba. ini sampai mau menentang pula. nampak sangat mau jawatan semata2.

      Delete
  2. Lagipun, ini cuma satu ramalan, satu spekulasi yang belum dibuktikan. Kita tunggulah dan lihat gerak geri Arif Sabri ini.

    ReplyDelete
  3. "Arif Sabri kerana dia diketahui jarang berada dikawasan akibat dari kegilaannya kepada sukan Tomoi dan sanggup pergi kemana pelusuk dalam dunia pun untuk menonton pertandingan tersebut."

    Sibuk dengan aktiviti peribadi daripada mendahulukan masalah rakyat? Susah mahu harap pemimpin macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajarlah dia tidak terpilih kalau macam ni. bukannya mengutamakan tanggungjawab terhadap rakyat. bila sudah tidak terpilih baru terngadah, baru mau bising2 sampai ambil pilihan keluar parti. tengok berapa lama juga boleh bertahan di dalam DAP kalau sikap masih tak diubah.

      Delete
    2. dia seharusnya utamakan rakyat, kita tak perlukan pemimpin seperti ini.

      Delete
  4. Macam semua pun gagal saja ni. Tapi adakah peranan Arif Sabri dalam DAP akan gagal juga

    ReplyDelete
  5. rasanya DAP bukannya sebodoh itu. Sejarah dia banyak yang gagal. Kalau jadi orang Najib pasti gagal lagi.

    ReplyDelete
  6. Itu terpulang dengan dua ahli UMNO untuk menyertai mana-mana parti pun. Maka janganlah kita asyik membuat fitnah mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  7. ada saja syak wasangka.. kalau begitu baik jangan ambil ahli lompat atau mana2 ahli yang sebelum ini pernah berjumpa atau mempunyai hubungan baik dengan pemimpin2 kerajaan..

    ReplyDelete
  8. apapun keputusan yang dibuat oleh DAP, biarlah mereka sendiri tanggung jika hasilnya kelak akan memporak perandakan parti itu..

    ReplyDelete